Wednesday 19 November 2014

Penyusuan Susu Ibu : Cukupkah baby kita minum susu?

Assalamualaikum semua...
Untuk Tips Penyusuan Susu Ibu kali ini..soalan ini memang kadangkala bermain-main di fikiran para ibu..terutama ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata...termasuklah saya juga dulu.

Soalannya adalah - Adakah Bayi Kita Menyusu & Membesar Dengan Baik?

susu badan


Kita mestilah ingin tahu sama ada bayi kita mendapat susu yang mencukupi atau tidak kan sebab ia sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan yang optimum.
Perasaan sebegini memanglah lumrah terutamanya jika kita tidak boleh menyukat
berapa banyak susu yang diminum oleh bayi pada setiap kali penyusuan. Teruskan membaca untuk mendapatkan kepastian bahawa bayi kita mendapat susu yang mencukupi.

Monday 17 November 2014

Tempat mustajab berdoa

Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah berkesempatan juga untuk entry kali ini...saya nak share tentang tempat-tempat mustajabnya doa kita.


tempat mustajab berdoa


Sebenarnya berzikir dan berdoa boleh dilakukan di mana-mana sahaja, asalkan di tempat yang bersih dan sesuai, tetapi lebih afdal sekiranya berdoa di tempat-tempat yang tertentu:

Sunday 16 November 2014

Khasiat utama Ostematrix Shaklee

Kalsium merupakan bahan galian penting dalam diet yang sihat. Kekurangannya boleh memberi kesan terutamanya terhadap pembentukan tulang dan gigi, sementara penyimpanan berlebihan juga boleh mengakibatkan masalah seperti  masalah pada ginjal. Maka sebab itulah kita mesti berhati-hati dengan pil kalsium yang diambil terutama daripada jenama yang diragui.


Mari kita tengok apakah Khasiat Ostematrix Shaklee:

Friday 14 November 2014

Tanda-tanda utama kekurangan kalsium

Pernah rasa sakit sendi? sakit lutut? Adakah mungkin anda kekurangan kalsium??

Ini adalah tanda-tanda sekiranya anda kekurangan kalsium:

Otot & Saraf:

  •  Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
  •  Kejang otot
  • Wheezing(pernafasan berdehit)
  •  Susah menelan
  •  Suara berubah akibat laryngospasm
                                   tulang rapuh

Thursday 13 November 2014

Panduan dan adab berdoa supaya dimakbulkan

Asslamualaikum semua...

Setiap hari kita pastinya berdoa pada Yang Maha Kuasa...Yang Maha Esa...
Begitu juga seperti ibadat-ibadat yang lain yang kita lakukan, berdoa juga mempunyai adab dan cara yang tertentu supaya doa kita dimakbulkan dan diterima oleh Allah SWT. Berdoa adalah suatu ibadah yang mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi.


doa yang dimakbulkan


Mari kita lihat adab-adab berdoa yang dianjurkan oleh Ustaz Ismail Kamus:

Tuesday 11 November 2014

Cara guna kad kredit dengan bijak!

Assalamualaikum semua...
Mari kita berkongsi cerita dan tips tentang penggunaan kad kredit pula untuk kali ini. Entahlah lately suka nak share tentang kewangan ni sebab...sebab..sebab ape ye? Hehehe...mungkin sebab saya dan family sedang merancang untuk bercuti so sentiasa mengira-ngira wang yang tak berapa nak banyak tu...hehe..Dan mungkin dah akhir tahun..maksudnya kita kena revise kedudukan kewangan kita untuk perbelanjaan tahun datang..cewahhhh so futuristic!!

Okay siapa yang tak pernah ada kredit kad? Angkat tangan? Wahhh..bravo!!! Hmmm..nak kata kad kredit ni bagus ke tak bagus ke bergantung pada individu lah kan? Lain orang lain kemampuan dan cara pengurusan wang...so..pandai-pandai lah...kesimpulannya....hehe



Mari kita tengok adakah kita menggunakan kad kredit dengan bijak seperti yang dicadangkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ini:

Saturday 8 November 2014

5 Tips Berguna Untuk Beli Kereta

Dah ada kereta sendiri? Sedang berkira-kira untuk beli kereta?Oppsss tunggu ye....
Mari kita cerita tentang tips membeli kereta pula ye untuk entry kali ini.... Tips ni saya baca di salah satu buku pengurusan kewangan baru-baru ini.

Kebiasaannya selepas kita mula bekerja, salah satu pembelian utama yang mesti dan tak sabar-sabar nak buat - BELI KERETA!! Sebabnya...ialah...dah lama sejak zaman belajar lagi dok naik bas turun bas, berpanas hujan dengan motor lah...jalan kaki ke sana ke sini...so akhirnya....dah ada gaji sendiri mestilah nak kereta pula kan? (sangat faham..hehe)

Sebelum membeli kereta (walaupun dah survey ke semua pusat menjual kereta hehe)...kita mestilah ambil tahu bahawa kereta itu perlu mempunyai jadual penyelenggaraan, perlu membaikinya apabila rosak dan membayar cukai jalan serta insurans kereta.


panduan membeli kereta

Jika kita hendak membeli kereta, kita perlu decide sama ada nak beli kereta baru atau kereta terpakai. Ramai orang berpendapat lebih baik beli kereta baru saja kerana kos penyelenggaraannya jauh lebih rendah berebanding kereta terpakai. Mungkin betul jugak kan, tapi kereta baru juga mungkin ada masalahnya tersendiri dan susut nilainya juga lebih tinggi.

Berikut adalah tips dan petua berguna apabila kita hendak membeli kereta:

Friday 7 November 2014

Apa kata pakar tentang suplemen untuk hamil?

Assalamualaikum semua

Hari ni saya nak share tentang hal-hal kesuburan.. Pada saya ini hal yang agak sensitif untuk sesetengah orang yang masih belum dikurniakan cahaya mata ataupun mana-mana wanita mahupun lelaki yang mempunyai masalah kesuburan. Namun saya sendiri pernah mengalami masalah kesuburan kerana pernah mempunyai cyst di ovari, maka saya turut faham dengan perasaan anda. 

Kita memang kadang-kadang tak faham macamana boleh sesetengah orang suka-suka saja tanya macam-macam hal :
- bila nak dapat anak, kan dah lama kahwin?
- bila kakak sulung nak dapat adik?
- memang plan nak anak tunggal ke?
- kenapa tak pregnant lagi?
- aduhhhh dan macam-macam lagi soalan cepumas yang ditanya..huhu 

Thursday 6 November 2014

Mudahnya Cara Makan Omega Guard Shaklee!

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya nak share cara makan Omega Guard Shaklee...Hehe mestilah Shaklee kan brand lain saya tak sure lah...sebab saya kan pengguna dan pengedar tegar Shaklee...Masalahnya apabila dah beli Omega Guard Shaklee ni..tapi ada yang tak pasti cara nak makan. Untuk makluman semua InsyaAllah jika anda beli vitamin Shaklee ni daripada saya, saya akan beri panduan makanan yang sempurna secara berterusan dengan anda. Okay, so pastikan anda memilih pengedar terbaik untuk anda...iyalah kan..dah keluar duit beli..mestilah kita sebagai customer deserve yang terbaik kan?

Cara makan omega guard shaklee

Sebelum saya nak share cara makan Omega Guard Shaklee ni, bolehlah KLIK SINI untuk mengetahui INFO HEBAT OMEGA GUARD SHAKLEE BERBANDING JENAMA LAIN.

BAGAIMANA CARA MAKAN OmegaGuard UNTUK KANAK-KANAK?

Omega Guard Shaklee : Minyak Ikan Terbaik

Tahukah anda Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan Negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Selain itu, Omega Guard Shaklee adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Ia merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. 
Dan....satu sajian Omega Guard terdiri daripada 905mg asid lemak omega-3 EPA dan HDA.

Mari kita tengok perbandingan dengan jenama lain di pasaran yang mungkin kita pernah atau sedang consume sekarang ni :

Khasiat Omega Guard
Shaklee Omega Guard mengandungi lebih 85% Omega-3 berbanding jenama lain yang hanya mengandungi kandungan lemak ikan yang tinggi.

Wednesday 5 November 2014

Hebat dan ajaibnya Surah Al-Mulk!

Saya masih ingat masa zaman belajar dulu ada seorang kawan saya pernah bercerita yang dia mahu menghafal surah Al-Mulk. Katanya cikdu dia pesan. Walaupun begitu cerita dia berlalu begitu saja walaupun saya tak tahu kenapa dia mahu menghafaz. Mungkin masa tu saya masih remaja dan hal-hal kerohanian ni kurang sikit nak amek tau...tapi Alhamdulillah when time goes by...saya mula 'kenal' dengan surah ini. Subhanallah Maha Suci Allah!

Surah al-Mulk adalah surah ke 67 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah 'makkiyah' yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan al-Mulk kerana kata 'al-Mulk' yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti 'Kerajaan'. Surat ini disebut juga dengan 'at-Tabaarak' yang bererti 'Maha Suci'.

Surah al-Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. 



Saturday 1 November 2014

Suplemen untuk tingkatkan kesuburan wanita

Adalah menjadi impian setiap pasangan yang berkahwin untuk menimang cahaya mata. Namun apabila setelah masuk tahun pertama masih tiada tanda-tanda untuk hamil sudah tentulah suami isteri dan biasanya isteri semakin resah. Saya pun mengandungkan anak saya Alya hanya setelah 1 tahun 8 bulan berkahwin. Sebabnya saya mempunyai cyst di ovari dan terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang cyst yang sebesar bayi 3 bulan itu. Alhamdulillah tak lama selepas itu rezeki kami untuk mendapat anak sulung. 

Bagaimana pula dengan anda?
Saya percaya kisah pasangan suami isteri yang masih tidak dikurniakan cahaya mata bukan kisah baru. Tengok sekeliling kaum keluarga dan rakan-rakan pasti ada yang masih belum dikurniakan rezeki ni kan? InsyaAllah pasti ada rezeki suatu hari nanti dengan syarat kita seharusnya tidak berhenti berdoa dan mencuba.

Rasa tak puas rasanya kalau saya tak share pengalaman rakan-rakan yang berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee. Saya sendiri kini sedang mengambil suplemen GLA yang terbukti sangat membantu saya mengatasi senggugut dan juga beberapa vitamin yang lain. Sila KLIK SINI untuk info GLA yang hebat.

Di sini antara testimoni yang berjaya hamil: