Friday 28 August 2015

Doa bangun tidur



Assalamualaikum


a very good morning everyone!


Mari kita mulakan hari ini dengan doa.
Didiklah anak-anak kita dan ahli keluarga kita dengan doa.

DOA DOA




Wednesday 26 August 2015

Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu...

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Memang panik dan susah hati kalau kita atau salah seorang ahli keluarga kita terkena demam denggi. Segeralah berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi. Di hospital doktor akan 'masukkan' air sentiasa supaya pesakit tidak dehydrated.

Tonton video ini untuk mengetahui bagaimana untuk merawat demam denggi yang insyaAllah akan membantu kita semua.

Thursday 20 August 2015

Hari Sukan - Allah yang menentukannya

Sabtu lepas sepatutnya my daughter’s kindergarten ada Sport’s Day. In fact Alya memang dah training bagai dengan kawan-kawan kat sekolahnya sebab sukan tu intertadika la kiranya for district level.  Saya pun menyakatnya –jangan jadi macam mail dalam upin upin tau…jatuh masa lari dalam guni. And of course she is excited because she has been watching upin ipin movie especially the Sport’s Day episode for hundred times.

Namun kita hanya merancang Allah yang tentukan. Rupanya saya ‘terpaksa’ ke Surabaya atas tiket lawatan kerja. Then okayla papa yang akan teman Alya ke Sport’s Day. Rupa-rupanya last minute papa kena attend 1 course on the same day in KL. Alamakkkkk…….tiada rezeki Alya untuk ke Sport’s Day. Kesian sangat. Memang rasa bersalah. Tapi pastinya perancangan Allah adalah yang lebih baik pastinya.