Friday 8 May 2015

9 Tips ke Great Ocean Road, Melbourne

Day 3 : Great Ocean Road Melbourne

Hari ni kami telah dibawa oleh Fauzan ke Great Ocean Road. Bertolak pun lambat dalam pukul 10 pagi. After having breakfast cepat-cepat kami keluar. Ingatkan dekat nak sampaitu..jauh rupanya…- and apa yang nak tengok sangat kat sana? The 12 Apostles...
Orang cakap kalau ke Melbourne tempat wajib pergi ialah The Great Ocean Road. Must visit!!

Tempat-tempat lain PATUT PERGI apabila ke Melbourne? Boleh baca dalam entry saya dengan - KLIK SINI


Dalam perjalanan memang ada singgah beberapa tempat. Maklumlah naik kereta sendiri so memang senanglah nak stop kat mana-mana dan apabila tetiba rasa nak stop. Hehe. Sepanjang jalan memang cantik sangat seaside view ombak yang memutih dan laut biru yang terbentang luas. Wahhh ayat karangan bahasa melayu SPM lah.. Memang rasa macam kat town omputeh dalam drama sebab very calm and peaceful…lain dari tempat kita. Town kat area ni tak besar ada shop lots yang kecil sahaja untuk beli barangan dan keperluan pengunjung di sini.

Seagull cantik putih...tapi sama macam gagak kat Malaysia perangainya...hehe
Town yang akan anda lalu di sepanjang Great Ocean Road ni sebelum sampai ke The Apostles ialah antaranya Torquay, Anglesea, Lorne, Apollo Bay sebelum akhirnya akan sampai di Port Campbell National Park. 

First stop kami singgah di Cape Otway Lighthouse. Bukan rumah api biasa ye...hehe..cantik scenery di sini. Tapi our student cakap biasa saja berbanding di The Apostles nanti. Woww..tak sabar nak sampai. 


Nampak rumah api?

Rumah di area Lighthouse..cantik macam dalam cerita dongeng kanak-kanak.

Pemandangan laut yang amazing!



Nak lunch? Please lah singgah di Apollo Bay ada satu food court tapi saya tak ingat nama apa...yang menyediakan fish and chips (dont worry..halal). Super sedap, banyak dan masih teringat-ingat sampai hari ini! Huhuhu.. 
Dalam perjalanan kami jumpa koala atas pokok! Cool!!
Tempat wajib bergambar apabila datang di sini
Pemandangan yang  menakjubkan
Okay...bukti dah datang ye...
Pemanadangan dari atas kesuluruhan The 12 Apostles (google)
Kalau banyak masa bolehlah jalan-jalan di tepi pantai ni lama sikit

Here you are....The 12 Apostles



The 12 Apostles ni adalah berupa batu-batu yang sebelum ini ada 12 tapi tinggal 8 sahaja sekarang. Kali terakhir pada Julai 2005 ada 1 runtuh so sebab tu tinggal 8 saja. Kalau anda perasan yang paling kiri kecil itulah batu yang runtuh tu.. Tahu tak macamana boleh terbentuk batuan macam tu? Ia disebabkan oleh hakisan angin dan laut dari Southern Ocean itu yang sememangnya sangat kuat. Amazingly...setiap tahun batu itu akan terhakis sebanyak 2 cm. Headland (tanjung) yang ada sekarang pastinya akan menjadi the next 12 Apostles..... So boleh imagine tak sebenarnya headland yang ada zaman dahulu adalah jauh dan akhirnya tinggal seorang diri di tengah laut disebabkan hakisan angin dan air..... Subhanallah...

Lebih kurang 3.5 km dari The 12 Apostles tu kami singgah di Loch Ard Gorge. Subhanallah....speechless..rasa macam berada dalam dunia yang lain. Saya selalu bayangkan kalau tempat-tempat yang cantik macam di dunia ni memang membuatkan kita rasa amaze sangat apatah lagi lah di syurga nanti.. Pastinya jauh lagi cantik!! 

Loch Ard Gorge

Boleh baca sejarah tentang Loch Ard Gorge di sini. 

Tips nak datang Great Ocean Road : 

1- lagi seronok kalau boleh pergi dengan private tour (tak jauh beza pun harga berbanding naik bas pelancong) sebab boleh berhenti sesuka hati. Lagipun ramai student Malaysia di Melbourne yang buat private tour. My private tour agent is Fauzan (my student). Dia memang buat private tour dan banyak pengalaman. Boleh contact dia  +61 406 050 339 (aussie number, whatsapp free saje). Baca SINI untuk details.


2- Then, jalan di sana macam ular kena palu. Saya pun pening juga dan hampir nak muntah..huhu... So bawalah minyak cap kapak ke..vicks ke...gula-gula ke...

3- Kalau yang bawa orang tua (ibu bapa), tolong jangan bawa di hari-hari awal sampai di Melbourne terus datang sini. Kasihan orang tua mesti tak larat penat tak habis naik kapalterbang, then esoknya terus pulak lagi 4-5 jam duduk dalam kereta + jalan macam ular kena palu di Great Ocean Road ni. Sebab memang penat datang sini -jauh. Mungkin pada hari kedua or ketiga or keempat ke...tak kisah asalkan bukan the next day.

4- Kalau ada masa yang lebih saya cadangkan anda bermalam di Great Ocean Road. Boleh pilih nak tidur di mana-mana town yang ada di situ untuk menikmati pemandangan dengan lebih aman tanpa perlu terkejar-kejar masa. Dan silalah pilih jalan pulang ke Melbourne ikut laluan hutan yang ada pemandangan yang cantik. Boleh baca di SINI untuk info. Kalau anda balik hari yang sama, biasanya jalan balik paling cepat sampai Melbourne semula adalah ikut highway. So pastilah laluan hutan lagi menarik berbanding highway. Hehe

5- Keluar sewal pagi yang boleh! Sebab boleh habiskan banyak masa menikmati pemandangan yang subhanallah menakjubkan. Boleh selfie lebih lama sikit di lebih banyak tempat menarik sebab banyak masa. 

6- Walaupun excited keluar awal pagi (sebab ikut Tips no.5) tolonglah breakfast juga sebab memang sangat susah jumpa makanan halal di sepanjang Great Ocean Road. Air laut adalahhhh...halal jugak! Cuma di Apollo Bay ada satu food court halal. Lagipun jauh perjalanan so memang kena isi perut dulu. Bawalah bekal makanan juga.

7- Pemandangan paling menarik di The Apostles adalah semasa matahari terbenam dekat-dekat maghrib. So pandai-pandailah bajet masa untuk berada di situ pada masa tersebut.

8- Boleh berbarbecue di Apollo Bay. Tempat lain saya tak pasti. Memang ada pondok di situ untuk bakar-bakar. Bawalah ayam ke..ikan salmon ke..ikan dori ke...hehe...terpulang... kalau nak buat bbq. So kalau anda bermalam di sini pastinya sangat sesuailah untuk buat aktiviti pembakaran ni bersama family dan rakan-rakan tersayang. Pembakaran? sangat tragik lah word tu..hehe

9- Nak solat? bentang saja sejadah di taman-taman yang ada. Pastikan kebersihannya ya. 

Okay...dah terbayang-bayang Great Ocean Road?
Pasti tak sabar kan nak sampai di sini..saya pun masih merasai kesegaran dan kenyamanan udara Great Ocean Road hingga kini. Semoga kita menjadi hamba Allah yang lebih mensyukuri nikmatNya dan beramal sebanyak mungkin untuk memasuki Jannatul Firdaus yang pastinya tidak terbanding keindahannya berbanding di dunia ini apatah lagi bumi Great Ocean Road.


Selamat melancong!





No comments:

Post a Comment