Thursday 17 July 2014

Energizing Soy Protein : Khasiat protein yang terbaik!

Pengambilan protein membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan. 

Apa kelebihan dan kebaikan protein sebenarnya ?

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. 




PENTINGKAH PROTEIN?

Friday 4 July 2014

Persediaan untuk menyusukan bayi kali pertama

Benarkah susu ibu yang terbaik?
Benar, susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Bayi yang diberi susu badan sejak lahir kurang berkemungkinan jatuh sakit dalam tahun pertamanya.




Penyusuan susu ibu sebenarnya melibatkan psikologi dan juga fizikal.

Berikut adalah beberapa tip persediaan untuk menjayakan penyusuan susu ibu:

Tips menyusukan anak di bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua..

Sempena bulan Ramadhan ni...saya nak share tips berpuasa bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi. Bukan mudah kan bagi ibu yang baru pertama kali mengalaminya.

Sebelum tu..tahukah anda bahawa puasa bulan Ramadan mula diwajibkan pada tahun ke-2 Hijrah?
Terjemahannya : “ Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa ”.


Ayat yang memerintah umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan ialah ayat 183 daripada surah al-Baqarah iaitu firman Allah S.W.T :

Haaa...dapat ilmu sikit lah kan tentang puasa ni... Alhamdulillah







Jika anda menyusu badan, anda tidak diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. Kebanyakan sarjana Islam percaya bahawa wanita yang menyusukan, seperti juga wanita yang tidak sihat atau sedang bermusafir, dibenarkan untuk tidak berpuasa. Malah, ramai yang mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini dengan berpuasa jika anda tidak perlu berbuat begitu. 



Namun begitu,