Saturday, 11 April 2015

Bolehkah tukar tarikh penerbangan setelah tempah tiket Air Asia?

Bolehkah tukar tarikh penerbangan setelah tempah tiket Air Asia?
Jawapannya : Boleh.

Caranya: Senang saja. 
Pergi ke website Air Asia dan click Manage My Booking. Anda boleh terus tukar tarikh penerbangan yang anda mahu di situ. Anda semestinya akan dicaj atau didenda la dalam maksud lain sebab tukar tarikh tu. Kadarnya bergantung pada destinasi. Lain-lain harga lah kiranya. Kalau negara yang lebih jauh, so lebih mahal lah ‘denda’ nya…huhu



Pengalaman saya tukar tarikh penerbangan 6 bulan yang lepas (tak sanggup nak buat entry tentang ni kat blog sebab sedih sangat hahah) ke Melbourne, Australia. Saya yang gatal tangan book tanpa confirm date school holiday betul-betul, sebab school planner for the next year tak keluar lagi…saya pergi book based on normal school holiday punya date… haha bagus lah! Alhamdulillah ada pengajaran saya dapat kat situ dah ye…..hehe….

So saya kena bayar ‘denda’ sebab tukar tarikh penerbangan dalam RM 1400. Huhuhuhu- nangisssss!!!!!

Kalau beratus ringgit boleh tahan lah..tapi ni RM 1400 kottt….. tapi nasi dah jadi bubur…tak kan nak cancel or postpone kot nak ke sana….so terpaksa lah tukar date tu and bayar je la tambahan RM 1400 ‘aje’ tu…..telan air liur je lah hehe…..

Apapun di Manage My Booking tu – kita boleh tukar date penerbangan dan perkara-perkara lain pun boleh tukar sehingga sebelum fly lah ye… dah on board tak boleh lah nak tukar apa-apa. Even dah check-in online pun kita still boleh tukar and tambah apa-apa yang kita nak – contoh : nak tambah berat check-in bag, nak beli dan tambah makanan, nak resend intenary, nak beli seat or nak tukar seat (if still available ye). Yang penting sediakan ‘ongkos’ nya sahaja ya bukk! Maklumlah Air Asia kan memang kena bayar kalau nak apa-apa..hehe..

Ada pengalaman tukar tarikh penerbangan? 
Anda kena bayar duit ‘denda’ tak? Jom share..nak tahu jugak tu….



12 comments:

  1. terjumpa entry ni.sangat membantu. baru plan nak tukar tarikh flight tapi bila difikirkan charge yang dikenakan boleh dapat lg 1 tiket, rasa tak jadi lah nak tukar tarikh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..kadang2 begitulah..harga tukar tarikh boleh dapat 1 lg tiket.. untung besar lah Air Asia hehe.. safe journey ya!

      Delete
  2. hmmm. excited sangat sampai tak ingat nak tengok bulan puasa n raya. dah terbeli tiket holiday bulan puasa. ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh kalau holiday ke negara sejuk takpela bulan puasa pun.heheh.....

      Delete
  3. Saya mahu tukar destinasi, adakah kena denda

    ReplyDelete
  4. dah cuba tukar tarikh penerbangan ... tetapi ditutup entry nya

    ReplyDelete
  5. dah cuba tukar tarikh penerbangan ... tetapi ditutup entry nya

    ReplyDelete
  6. sya bli tiket kt kaunter..so..nk tkar msa penerbangan tu mcm mana??..sebb kalau tekan manage booking..kena dftar.

    ReplyDelete
  7. Sy pn da salah beli tarikh tiket. Cadang nak ke korea musim luruh. Terbeli hujung musim panas. Nak tukar, harga tambahan mencecah rm9++.😭😭

    ReplyDelete
  8. tq.. sangat2 membantu. First time nak tukar tiket nih..

    http://mummyumardian.blogspot.my/

    ReplyDelete
  9. Kalau dah denda mahal macam tu, bagus beli tiket baru jer.. tak gitu?

    ReplyDelete