Thursday 19 July 2018

Pengalaman IUI yang pertama

Assalamualaikum
Hi all

Alhamdulillah 2 hari lepas saya telah berjaya menjalani prosedur IUI. Untuk pengetahuan, IUI adalah singkatan kepada intrauterine insemination. Memang kita akan rasa nervous sekiranya ini adalah prosedur IUI yang pertama. Saya pun begitu juga, macam-macam blog dan video di Youtube yang saya tengok sebelum tu. Tak kurang juga, saya bertanya pada rakan yang pernah menjalaninya sebelum ini.


pengalaman IUI


Bilakah IUI boleh dijalankan?
Berdasarkan pengalaman, saya hanya menjalani IUI setelah beberapa tahun mencuba untuk mendapatkan anak yang kedua. Saya memang telah berjumpa pakar sakit puan dan diberi makan clomid sejak beberapa tahun lepas. Walaupun begitu, bukanlah secara berterusan consume clomid tu kerana ikut mood saya juga ada on off berjumpa doktor. Hehe. Lagipun consumption clomid ada had dan tak boleh berterusan. IUI biasanya dijalankan antara hari ke-12 hingga ke-16 cycle.
Peratus peluang untuk mendapatkan zuriat melalui IUI sekitar 35% (doktor saya cakap) dan lebih rendah berbanding IVF. IUI lebih murah lebih kurang RM 1 ribu (di hospital saya pergi) berbanding IVF kosnya lebih daripada RM 10 ribu.

Day 1 until 5
Pada mulanya dulu saya hanya makan 1 biji clomid sehinggalah sekarang doktor meminta saya makan sehingga 3 biji clomid setiap malam untuk 5 hari yang bermula dari hari pertama period.

Day 10
Appointment dengan doktor. Doktor scan rahim untuk memeriksa size ovum. Untuk menjalani IUI, doktor memaklumkan size ovum mestilah at least 12 mm. Pada hari ke-10, size ovum saya hanyalah 6 mm. Alahaii risau pulak size ovum tak cukup besar. Kemudian, doktor minta saya buat ovulation test selama 5 hari untuk memastikan ovulasi berlaku atau tidak. Ovulation test kit boleh dibeli di farmasi. Saya beli Watson harga lebih kurang RM 50, mengandungi 5 test kit. Boleh guna 5 hari.

Sepanjang 3 hari saya buat ovulation, memang ovulation masih belum berlaku. Saya redha saja.

Day 13
Appointment dengan doktor lagi. Doktor scan lagi sekali untuk periksa size ovum. Untuk menjalani IUI, doktor maklumkan sebaik-baiknya ada 3 biji ovum di setiap kanan dan kiri tiub fallopio, dan size mesti lebih daripada 12 mm. Tetapi didapati ovum yang ada hanya 1 biji saja bersaiz 19.2 mm. Again..redha saja. Doktor cakap tetap nak teruskan IUI pada hari ke-15 kerana ada patient doktor yang sama kes seperti saya dan IUI nya berjaya. Hmmm...baru saya boleh menarik nafas lega. Doktor juga telah memberi suntikan hormon yang disebut hcg.

Day 15
Pagi 8.30 saya dan suami telah menghantar semen sample ke lab untuk dibasuh dan diekstrak supaya mencapai kualiti yang terbaik, inshaAllah. Proses pencucian dan pemilihan spema dilakukan dan sperma aktif akan diasingkan daripada sperma yang kurang aktif. Sperma aktif akan dibasuh dan dimasukkan ke dalam rahim.
Kemudian,saya pun pulang ke rumah dan suami terus ke tempat kerja.  Lebih kurang 1 tengahari, saya ke hospital semula untuk menjalani prosedur yang ditunggu-tunggu namun mendebarkan. Alhamdulillah tak sampai 10 minit, prosedur berjaya dijalankan. Lega hati. Sekejap sungguh dan saya tak rasa sakit pun. Memang tak sama macam yang saya imagine hehe. Selepas prosedur, kita perlu berbaring dalam 1 jam disitu kemudian barulah pulang ke rumah.

So begitulah pengalaman IUI yang pertama untuk saya. Diharap ianya berjaya. InshaAllah. Mesti think positive dan berbaik sangka pada Allah. Apa saja keputusan, ada hikmah kerana Allah SWT yang Maha Bijaksana sebaik-baik perancang.

Saranan saya kepada ibu/bakal ibu yang hendak menjalani IUI:

1. banyakkan berselawat, berzikir, membaca ayat-ayat al-Quran sebelum, semasa dan selepas menjalani IUI.
2. buat solat hajat bersama suami supaya prosedur dipermudah dan berjalan lancar seterusnya supaya berjaya mendapatkan zuriat.
3. membaca doa Nabi Zakaria yang memohon pada Allah untuk mendapatkan zuriat.
4. mengambil wudhuk sebelum menjalani prosedur.
5. sedekahkan al-Fatihah kepada telur di dalam rahim. Didoakan semoga menjadi anak yang beramal soleh sekiranya berjaya terjadi. Melalui proses ini, kita ibu bapa berpeluang dan berkesempatan untuk mendoakannya sejak daripada sekecil-kecil sel di dalam rahim kita. Inilah hikmahnya.
6. tingkatkan amalan sunat : solat tahajjud, solat taubat, solat witir setiap hari, bersedekah.

Saya doakan supaya kita semua dapat menjadi ibu bapa terbaik untuk anak kita dan dikurniakan zuriat yang beramal soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.
Jangan putus asa berusaha kerana Allah tidak akan mensia-siakan perbuatan baik yang dilakukan hambaNya dan Allah telah berjanji di dalam al-Quran untuk memakbulkan doa hambanya. Semoga kita terus diberi kekuatan, ketabahan, keyakinan dan berbaik sangka pada setiap perkara yang Allah SWT telah tentukan untuk kita.

InshaAllah
mama Alya




3 comments:

  1. Awak dah Berjaya selapas IUI sis?

    ReplyDelete
  2. Awak dah berjaya sis?

    ReplyDelete
  3. Selepas IUI tu berapa lama kene berehat dan mengurangkan aktiviti fizikal?

    ReplyDelete