Thursday 13 November 2014

Panduan dan adab berdoa supaya dimakbulkan

Asslamualaikum semua...

Setiap hari kita pastinya berdoa pada Yang Maha Kuasa...Yang Maha Esa...
Begitu juga seperti ibadat-ibadat yang lain yang kita lakukan, berdoa juga mempunyai adab dan cara yang tertentu supaya doa kita dimakbulkan dan diterima oleh Allah SWT. Berdoa adalah suatu ibadah yang mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi.


doa yang dimakbulkan


Mari kita lihat adab-adab berdoa yang dianjurkan oleh Ustaz Ismail Kamus:

  1. keadaan bersih diri sebaik-baiknya berwuduk, bersih pakaian dan tempat juga menutup aurat.
  2. dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri kepada Allah dan menghadap kiblat.
  3. merendahkan suara dan tidak menganggu orang lain.
  4. jangan menggunakan lafaz doa seperti bersajak.
  5. yakinkan bahawa doa yang dipohon itu diperkenankan oleh Allah SWT.
  6. mengulang-ulang ungkapan doa yang penting ditempat-tempat tertentu.
  7. memulakannya dengan memuji Allah dan selawat ke atas Nabi SAW dan juga mengakhirinya dengan pujian terhadap Allah SWT dan berselawat.
  8. beristighfar sebelum berdoa.
  9. hendaklah memahami isi dan maksud doa yang dilafazkan.
  10. doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa atau memutuskan silaturrahim dan jangan memohon doa itu segera dimakbulkan.
  11. tidak berputus asa dengan segala doa yang dipinta walaupun telah sekian lama berdoa.
  12. menadah tapak tangan mengarah ke langit dan sekiranya meminta perlindungan, tapak tangan mengarah ke bawah.
  13. mengangkat kedua-dua tangan sehingga ke paras bahu seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW.
  14. berdoalah dengan kalimah yang ringkas, jelas dan meliputi maksud yang dihajatkan.

adab-adab berdoa


Semoga bermanfaat

InsyaAllah





No comments:

Post a Comment