Mari kita cerita tentang tips membeli kereta pula ye untuk entry kali ini.... Tips ni saya baca di salah satu buku pengurusan kewangan baru-baru ini.
Kebiasaannya selepas kita mula bekerja, salah satu pembelian utama yang mesti dan tak sabar-sabar nak buat - BELI KERETA!! Sebabnya...ialah...dah lama sejak zaman belajar lagi dok naik bas turun bas, berpanas hujan dengan motor lah...jalan kaki ke sana ke sini...so akhirnya....dah ada gaji sendiri mestilah nak kereta pula kan? (sangat faham..hehe)
Sebelum membeli kereta (walaupun dah survey ke semua pusat menjual kereta hehe)...kita mestilah ambil tahu bahawa kereta itu perlu mempunyai jadual penyelenggaraan, perlu membaikinya apabila rosak dan membayar cukai jalan serta insurans kereta.
Jika kita hendak membeli kereta, kita perlu decide sama ada nak beli kereta baru atau kereta terpakai. Ramai orang berpendapat lebih baik beli kereta baru saja kerana kos penyelenggaraannya jauh lebih rendah berebanding kereta terpakai. Mungkin betul jugak kan, tapi kereta baru juga mungkin ada masalahnya tersendiri dan susut nilainya juga lebih tinggi.
Berikut adalah tips dan petua berguna apabila kita hendak membeli kereta:
- Buat survey untuk mendapatkan kereta yang benar-benar sesuai dengan kita. Jika hendak beli kereta terpakai dapatkan pandangan mekanik yang boleh dipercayai untuk memeriksa kereta tersebut terlebih dahulu. Minta pendapat ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan juga.
- Atur belanjawan berasaskan gaji bulanan. Mesti pertimbangkan ansuran kereta bulanan juga kos-kos lain. Contoh : kos petrol, bayaran tol, tempat parking, cukai jalan, insurans, servis kereta. Juga perbelanjaan di luar dugaan seperti membaiki kereta jika rosak atau accident.
- Jika kita hendak membuat pinjaman membeli kereta (kalau boleh beli cash...no problem hehe), kena fikir bagaimana nak bayar downpayment atau duit muka kereta tu. Biasanya 10% daripada harga kereta...so mana nak dapat tu..soooo alangkah bagusnya kita menyimpan kumpul duit untuk buat pendahuluan tu.
- Nak bayar duit muka guna kad kredit? Oh tidak!! Jangan!! Sebab kadar faedah kad kredit adalah tinggi.
- Sebagai langkah pengurusan kewangan yang berhemah, tak perlulah nak ubahsuai kereta yang dibeli tu, tukar tayar kepada yang lagi mahal lah, pasang sound sistem canggih lah - sebab ini tidak akan menambah nilai kereta kita!
So kesimpulannya membeli kereta memang seronok dan sangat diidamkan tambahan pula sekarang ni pelbagai jenama kereta yang menarik di hati. Namun demikian memiliki kereta bukanlah mudah dan murah. Boleh saja beli apa-apa jenama kereta...cuma pastikan adakah kita mampu menyelenggaranya mengikut kedudukan kewangan kita?
Bagaimana pendapat anda?
No comments:
Post a Comment