Thursday 26 February 2015

Fadilat Surah Yaasiin

Hari ni hari Jumaat. Alhamdulillah jumpa lagi hari Jumaat untuk minggu ini. Penghulu segala hari. Apa amalan yang anda biasa amalkan pada hari Jumaat? Potong kuku? Attend majlis usrah dengan rakan-rakan? Baca Surah Yaasin la ramai yang kita buat..betul kan….. Alhamdulillah saya start amal baca Surah Yaasiin every Friday night start masa zaman belajar di Matrikulasi dulu… duduk asrama so amalan-amalan rohani ni memang terjaga sikit…hehe….

surah yaasiin


Apa sebenarnya Fadilat Surah Yaasiin ni?


1. Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda : “ Setiap sesuatu ada hati dan hati Al-Quran adalah Yaasiin dan barang siapa yang membacanya, maka Allah SWT tulis baginya sepertimana membaca Al-Quran 10 kali”
2. Daripada Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang membaca Yaasiin pada malam hari, maka akan diampunkan esok harinya”.
3. Daripada Safuan berkata : ada alim ulamak berkata: “Apabila dibaca Yaasiin ke atas mayat, maka diringankan Allah baginya (sakaratulmaut).

Ada banyak lagi keistimewaan Surah Yaasiin ni…saya percaya anda pun maklum kan…
Marilah kita sama-sama beramal dengannya…semoga kita semua mendapat ganjaran dariNya.
insyaAllah.

Selamat beramal


No comments:

Post a Comment