Friday 10 October 2014

Tips elak meroyan

Harini saya nak share tentang gila meroyan dengan anda semua...
Saya teringat pertama kali saya dengar perkataan ini semasa tingkatan 3..kawan saya cakap maknya gila meroyan..sebab baru lepas melahirkan adiknya.. Saya pelik jugak..boleh gila ke sebab bersalin? Kasihan kawan saya tu..adik beradiknya ramai...semua kerja ayahnya yang tolong buat...Hmmm.. sekarang apabila dah meningkat dewasa barulah saya faham tentang gila meroyan ni macamana.. 

Apakah gila meroyan?

Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.

B-complex shaklee

Bagaimanakah untuk mengatasi diri daripada meroyan?
Bersedia dari segi mental sebelum bersalin.
Sebagai bakal ibu, kita seharusnya mempelajari dan memahami tenggungjawab dan peranan yang akan dipikul. Pelajarilah sebanyak mungkin ilmu sama ada daripada rakan-rakan, ibu bapa, majalah keibubapaan, seminar dan pelbagai lagi.


Dapatkan bantuan suami
Suami semestinya insan yang paling rapat dengan kita kan?... Maka mintalah bantuan darinya terutama semasa dalam berpantang. Alhamdulillah suami saya sangat membantu saya menjaga anak kami Alya..kadang-kadang risau jugak tak nak menyusahkan dia..tapi tak mengapalah…bukan selalu pun kan? Untuk kepentingan dan kesejahteraan bersama.

Dapatkan pembantu rumah
Sekiranya anda berkemampuan apa salahnya dapatkan pembantu rumah untuk membantu melakukan kerja-kerja rumah dan menjaga bayi.. setidak-tidaknya dapat mengurangkan kerja sedia ada..Kalau saya sendiri lah memang tak boleh tengok rumah bersepah…serabut kepala rasanya…tambah-tambah bila dalam pantang kan? Ehhh..saya berpantang di rumah mak so tak perluah pembantu rumah..Heheh… Anda bagaimana?

Rehat yang cukup!
Dalam proses berpantang lah yang perlu rehat cukup. Apabila baby tu tidur…kita pun tidurlah ye…sebab nanti baby bangun tak kan pulak kita nak tidur..eh..eh…. ada jugak kadang-kadang terlelap..hehe… Kita boleh berjalan-jalan sekitar rumah untuk menghirup udara yang segar…tengok persekitaran yang menghijau pastinya hati pun tenang.. Insya Allah dapat elakkan meroyan.

B-complex shaklee elak meroyan


Diet seimbang
Pemakanan semasa berpantang turut dipengaruhi oleh faktor keluarga..terutamanya ibu/ibu mertua yang membantu menjaga kita. Ada sesetengah orang yang tak boleh makan ayam lah, makan sayur-sayuran dan macam-macam lagi pantang-larang. Apa yang penting pemakanan mestilah berkhasiat kerana makanan itulah yang akan membekalkan tenaga untuk kita. Kalau tak bertenaga dan letih bagaimana nak menjaga baby kan? Selain itu suplemen pun Insya Allah membantu. Contohnya vitamin B-complex terbukti dapat membantu melawan simptom dan punca masalah kemurungan dan tekanan. 

Lakukan senaman ringan
Contohnya regangan dan berjalan-jalan pastinya menjadikan badan kita lebih cergas dan bertenaga. Kalau asyik terbaring atas katil sepanjang hari 44 hari berpantang..memang sangat tak patut..tak patut..tak patut…Jangan pula jalan laju-laju nanti tersadung apa-apa orang-orang tua cakap boleh kena bentan tu. Jangan! Nanti stress punca meroyan! So..berhati-hati ya.

Realistik
Jangan harapkan kesempurnaan sebagai seorang ibu. Tiada orang pun yang sempurna di dunia ni…termasuklah kita. Jangan rasa terbeban dengan hal-hal penjagaan baby terutama untuk ibu yang pertama kali melahirkan. Tenanglah sentiasa..Bersikap dan berpandangan positif…Yang penting kita nikmatilah pengalaman baru ini dengan sebaiknya….Insya Allah

Semoga info tentang gila meroyan kali ini membantu kita menambah ilmu.

Thanks for reading!
May Allah bless all of u!





8.        

No comments:

Post a Comment