Monday 13 October 2014

Sheikh Muszaphar Shukor datang lagi!



2 minggu lepas Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah datang ke sekolah kami buat kali ke-3. First time datang tahun 2008 masa tu dia baru balik dari ISS tu..masa jelajah Malaysia ke sekolah-sekolah. Kiranya laku macam pisang goreng panas masa tu...

Kali ni Dr SMS datang lagi untuk memberi ceramah kepada student Form 4 & Form 5. Elokla jugak sebab SPM pun dah dekat. Harap budak-budak ni adalah suntikan semangat sikit dapat jumpa angkasawan negara... Bukan senang jugak nak jumpa orang-orang terkenal macam Dr SMS ni...public figure...


My little astronaut

Sebelum ni Dr SMS ni datang waktu persekolahan..tapi kali ni datang waktu petang hari Ahad, so saya pun bawa la anak kesayangan sekali pukul 2.30 petang tau..haaa sanggup pergi walaupun tu time tidur anak..dan tak wajib pun pergi... Tapi takpelah..boleh tengok apa yang berlaku kat sana..walaupun mungkin sama je macam 2 kali datang sebelum ni.. Lagipun saya ni penasihat kelab sains dan astronomi sekolah...mestilah related jugak dengan kelab saya....Kot-kot la penasihat kelab ada peluang nak ke angkasa lepas pulak lepas ni..Haaa??? mengarut! Hahaha.....


Dr.SMS yang tengah bagi talk...paham bebenor cikgu-cikgu depan tu kan?Hehe

Again..Dr SMS

Again..

Masa mula-mula Dr SMS masuk je dewan apa lagi mestilah budak-budak menjerit kesukaan...tu belum lagi jumpa One Direction ke...mahu pengsan terus....Rasanya sebab Dr SMS ni hensem kot tu yang diorang suka sangat..maklumla kat sekolah muka budak-budak lelaki yang ada macam tu je la...sebaya diorang tak cukup hensem lagi... Hehe
Then Dr SMS terus bagi talk tentang adventure dia yang so adventerous tu lah ke ISS (International Space Station). 

Sesiapa yang tak tahu lagi...ISS ni kiranya macam satelit tapi berpenghuni oleh astronaut. Ia megorbit Bumi sebanyak 16 kali sehari. Tahu tak yang ISS ni terletak di kawasan yang dipanggil orbit rendah Bumi iaitu sekitar 360 km dari Bumi dan boleh dilihat dengan mata kasar dari Bumi! Haaa....Pernah nampak?? 


ISS
 Inilah rupa bentuk ISS tu...

Dr SMS pun ceritakan jugak la tentang eksperimen ataupun kajian yang dia buat masa kat atas tu... dan sebenarnya itulah salah satu tugas astronaut kat atas tu pun....conduct scientific research... Ingat duduk-duduk ke kat atas tu? Heheh... 

Okaylah kalau uols nak tahu lebih lanjut tentang ISS ni boleh google je website ISS tu..boleh tengok jugak siapa yang tengah stay kat situ sekarang ni... kot-kot la kenal kan? Hehe... Saya rajin jugak baca blog wife Dr SMS ni iaitu http://barelysupermommy.com/
Ramai betul follower dia...iya lah kann public figure....kalau saya yang public figure sure lah saya pun berjuta-juta follower..hahah berangan ya?

Adios




No comments:

Post a Comment