Sunday 19 October 2014

Day 2 : Part 1 - Melawat Chu Chi Tunnel, Vietnam

Hari ke-2 di Ho Chi Minh City

Pagi-pagi setelah siap breakfast kami semua berkumpul di depan hotel penginapan, Kingston Hotel untuk ke Chu Chi Tunnel. Alhamdulillah hotel ini memang menyediakan makanan halal untuk pengunjung Muslim..memang sah lah ramai sangat pengunjung dari Malaysia kan? hehe... So jika anda ingin ke Ho Chi Minh Kingston Hotel adalah pilihan yang tepat. Lagipun ia terletak di tengah-tengah bandar senang dan dekat saja nak ke Bent Thant Market dan Bent Thant Night Market. Restoren halal pun banyak juga.

Okay setelah lebih kurang 1 setengah jam perjalanan dengan van maka kami pun sampai ke Chu Chi Tunnel yang terletak lebih kurang 70 km dari Ho Chi Minh City. 



tempat menarik di vietnam
Posing dulu depan hotel sebelum masuk terowong hehe



Chu Chi Tunnel ni merupakan 'kampung bawah tanah' sepanjang lebih kurang 250 km yang dibina semasa Perang Vietnam oleh komunis Vietnam. Terowong ini dijadikan tempat tinggal dan pusat segala aktiviti mereka pada ketika itu. Boleh bayangkan tak tinggal di bawah tanah bertahun lamanya? Sesak nafas rasanya....tapi mereka mempunyai sistem pengudaraan yang dibina seperti lubang udara.



chu chi tunnel vietnam
So inilah pintu masuk terowong Chu Chi ni...amacam...muat tak?


Dah datang jauh-jauh...mestilah kena masuk jugak! Muat ke? haha
                                                    
                                                               Haaaaa.....dah tutup! muat!!! yeayyyy!!

           Gelap kott dalam ni...kalau tak ingat kubur..tak tahula....          

Actually time nak keluar dari lubang tu...susah jugak la sebab kena henjakkan badan ke atas..yela dalam jugak la...tak cukup ketiggian la saya ni...so apa lagi..tersangkutla nak keluar..hahahha...adoiii gelak banyak pun satu hal...macam mana nak keluar..mat saleh kat sekeliling dah kerumun dah tengok saya tersangkut....hahahha...dah macam artis..lepas beberapa kali cubaan melonjakkan badan keluar dan ditarik oleh kawan-kawan barulah berjaya..Hahahha gelak kat diri sendiri! Best la....mana nak dapat pengalaman ni kat tempat lain kan? ayat cover...
Posing bersama 'komunis'
Aktiviti-aktiviti di bawah tanah
Perangkap yang banyak jenis digunakan untuk menentang tentera Amerika..dahsyat la perang
chu chi tunnel vietnam
Lagi...depan aktiviti-aktiviti di bawah tanah
                         
Boleh menembak..kalau nak...
                        
Ada National Defence Sports Shooting Range (seperti tertulis kat signboard heheh). Kat sini bolehlah nak cuba aktiviti menembak dengan pelbagai jenis senapang. Tapi peluru kena beli sendiri..boleh bayar guna RM macam biasa. Tapi saya dan kawan-kawan tak buat pun sebab kena beli bullet sendiri (punyala berkira hehe) lagipun tak suka la bising bingit telinga... Yela tu...hehe.

Then boleh tengok proses pembuatan makanan tradisional jugak macam lempeng kot...dah tak berapa ingat..serius kan makcik ni...tapi yang kami perasan orang-orang Vietnam ni memang kecil molek dan susah nak jumpa yang overweight. Mungkin sebab tu lah boleh bina lubang kecil (yang saya tersangkut tu lah hehe).... hidup bawah tanah...sebab size mereka yang kecil. 



                               Tengok kulit makcik ni...gebusss...jelezz betul...          


Selepas penat keluar masuk lubang dan terowong...kita dijamu teh dan ubi kayu yang yummmyyyy sedap. Mungkin sebab dah lama tak makan makanan kampung macam ni..sambil duduk-duduk bawah pokok yang nyaman..memang layan la.... Lagipun tak dapat dinafikan dah pukul 1 lebih masa tu...pastinya perut memang berkeroncong dah..so ubi kayu pun dah rasa macam nasi beriani..Heheh... 

Lepas ni pemandu pelancong kami Dominic akan bawa kami lunch di Satay House dan seterusnya ke Kedai Haji Basiroh. Then ke War Remnants Museum, Notre Dame Cathedral dan Post Office.  

Dah penat masuk keluar terowong..kita akan dijamu dengan ubi kayu dan teh yang menyegarkan...
Ala-ala tentera la ni makan macam ni...
                               

End of Day 2 part 1
Next : Day 2 part 2
                       

No comments:

Post a Comment