Wednesday 22 October 2014

Day 3 : Part 2 : Melawat Ho Chi Minh City

Day 3 : Part 2

Next destination after Mekong Cruise....Saigon Central Post Office. Pejabat pos ini terletak di tengah-tengah bandar Ho Chi Minh dan bertentangan dengan Notre Dame Cathedral. Ia dibina pada 1886 hingga 1891. Apabila masuk saja pejabat pos ni rasa seolah-olah berada di zaman lama sebab rekaannya yang klasik lagi bersejarah. Ada peta dilukis di dinding-dinding. Begitu klasik sebab itulah ia menjadi tarikan pelancong di Ho Chi Minh City ni. Pejabat pos ni masih beroperasi hingga hari ini. So...bolehlah kalau nak pos surat ke Malaysia ye! Hehehe...

Tempat menarik di ho chi minh



Tempat menarik di ho chi minh

tempat menarik di vietnam


Tempat menarik di ho chi minh

Tempat menarik di ho chi minh


Bertentangan dengan post office yang klasik ni ialah Notre Dame Cathedral. Ala-ala Paris gitu heheh... 

Notre Dame ini dibina oleh Perancis kerana mereka kan pernah menjajah Vietnam dahulu sekitar 1863 hingga 1880. So pembinaan ini adalah salah satu usaha pihak Gereja Roman Katolik tuntuk membantu pihak Perancis dalam urusan agama mereka.

melawat vietnam
Okayy..control nye...
tempat menarik di vietnam
Okayyy...control sangat!!!!
Boleh nampak tak The Hunchback of Notre Dame? hehe 
Selepas penat berposing di dua tempat ni lebih kurang 1 jam....hari pun dah petang...kami pun balik ke hotel untuk sambung jalan-jalan di Night Market untuk malam terakhir.. Jom!!!

No comments:

Post a Comment