Sunday 12 October 2014

Memaafkan itu indah

Saya nak tulis tentang perkara lain...tapi takpela tulis yang ni dulu...
Tentang - MEMAAFKAN-

Pasti ada orang sekeliling anda yang buat salah..paling tidak pun kecikkan hati kita...so..apa yang anda akan buat? Buat tak tahu saja? Simpan dalam hati? Biarlahh...ini hari hang..esok lusa aku balas hang balik....wohohoho... Sebenarnya bukan mudah untuk memaafkan orang lain kan? Boleh je cakap kat mulut- ya saya maafkan awak- tapi dalam hati tak 100% maafkan pun....simpan sikit-sikit dalam hati... orang puteh cakap sepatutnya - Forgive & Forget -

Seorang pelajar saya Z yang sangat baik dan sangat pandai telah pindah ke sekolah lain.. atas sebab yang tertentu.. Baru-baru ni Z contact saya semula berceritakan keadaannya di tempat baru.. terkejut jugak sebab hilang khabar berita.Sedihnya terkenangkan semula masa dia ada dalam kelas saya..dia lah yang tolong saya angkat barang..tolong pasang projektor lah..apple tv lah..tolong pesan pada kawan-kawan info dari saya lah...macam-macam lagi..ringan tulang budaknya....pulak tu dalam kelas sangat aktif membuatkan kelas tu lively. So bila dia pindah kelas tak seceria macam dulu lagi...Sedih dan sebak rasanya...kawan-kawan lagi la terasa...they are like family..
Kawan-kawan dia tanya saya - Teacher sedih Z pindah sebab dia pandai dan baik ek? - Saya tak terkata. Lagipun ada je orang lain pindah sebelum ni dalam kelas ni tapi saya tak terasa sangat macam Z. Entahlah...lagipun saya teringat Z pernah cakap dia sedih dengan perangai kawan-kawan kelas tu yang tak berubah..kadang-kadang tak siap homework..kalau siap pun tiru Z...Ade ke orang yang begitu concern pasal pembelajaran orang lain? Z did it!

So bila Z contact saya semula - Teacher saya minta saya maaf atas semua kesalahan saya kerana mungkin telah memalukan teacher kerana ada pelajar yang macam saya - terus mengalir laju air mata saya dan semasa tulis ni... Sanggupkah saya kata -tidak? walaupun kesalahan itu sangat-sangat tak patut dilakukan oleh seseorang? Allah pun Maha Pengampun Maha Pengasih lagi Maha Penerima Taubat hamba-hamba Nya...inikan lagi saya manusia yang sangat lemah dan hina tidak memaafkan?

Saya cakap pada Z - tiada orang yang sempurna di dunia ini...(kecuali Rasululullah saw) - semua orang buat salah termasuklah saya. Yang penting kita bertaubat, Allah suka pada hambaNya yang bertaubat. Setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya..Allah tentukan semua yang baik-baik untuk kita untuk menolong kita menjadi yang lebih baik...saya percaya awak akan jadi pelajar yang baik dan cemerlang walau di mana pun dan diharap dapat capai impian untuk sambung belajar di oversea.

Mudah memaafkan, penyayang terhadap sesama Muslim dan lapang dada pada kesalahan orang merupakan amal soleh yang keutamaannya besar dan sangat dianjurkan dalam Islam.

Allah Azza wa Jalla berfirman:

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ

Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan perbuatan baik, serta berpisahlah dari orang-orang yang bodoh.
 [al-A’raf/7:199]

Dalam ayat lain, Allah Azza wa Jalla berfirman:

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah, kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. 
[Ali Imran/3:159]

Bahkan sifat ini termasuk ciri hamba Allah Azza wa Jalla yang bertakwa kepada-Nya, sebagaimana firman-Nya.

الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ


(Orang-orang yang bertakwa adalah) mereka yang menafkahkan (hartanya) baik di waktu lapang mahupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya serta (mudah) memaafkan (kesalahan) orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. 
[Ali-Imran/3:134]

Rasulullah saw secara khsusus menggambarkan besarnya keutamaan dan pahala sifat mudah memaafkan di sisi Allah Azza wa Jalla dalam sabda baginda :

“Tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan pemberian maafnya (kepada saudaranya) kecuali kemuliaan (di dunia dan akhirat)”

Aduhhh pedih mata asyik menangis...very deep sympathy..apapun ujian diberikan kepada kita kerana Allah sayang pada kita..hatta tertusuk duri sekalipun dapat menebus dosa inikan lagi ujian-ujian yang lebih besar... Saya harap dapat terus berhubungan dengannya selepas ini membimbing mana yang perlu..melihat kejayaannya walau dari jauh..

Memaafkan Z adalah perkara yang telah lama saya buat walaupun dia tak minta sebelum ni...
Kerana saya juga berharap apabila saya melakukan kesalahan..orang lain turut memaafkan saya..











No comments:

Post a Comment