Saturday 18 October 2014

Kesan asap rokok! Jangan merokok di depan anak saya!!

Di mana-mana saja kita boleh tengok orang yang merokok ni..sebenarnya memang tak berapa selesa dengan orang yang merokok berhampiran kita ni...iya lah tapi nak buat macamana tak kan nak 'sound' orang tu kan..kalau cakap baik-baik pun okay je rasanya tapi ada beranikan? Hahah..rakyat Malaysia ni kadang-kadang bukan boleh tentu perangainya..tak diduga kadang-kadang.. So diam sajalah... Tak pastilah kalau anda berani tegur orang tu untuk merokok jauh sikit dari anda..pernah buat tak?

Perasaan tak selesa terhadap asap rokok ni bertambah apabila ada anak kecil. Baby kot...tak kan la tak fikir nak merokok jauh sikit dari baby tu..adoii geram rasanya..Time macam ni la rasa nak duduk Singapore sebab memang tak boleh merokok in public..terutamanya kedai-kedai makan..ada certain area yang dikhaskan untuk mereka. Jangan jadi macam di negara mana entah tak ingat..pernah baca yang penduduknya memang merokok dalam bas yang ada air cond..hadooiiii kalau 12 jam perjalanan memang nangis la lemas dengan asap rokok dalam bas tu...



merokok membahayakan kesihatan



Kalau nak tahu..saya ada baca baru-baru ini yang perokok hanya menyedut lebih kurang 25 peratus asap rokoknya saja, manakala 75 peratus asap rokok yang lain selebihnya meresap ke udara dan mungkin disedut oleh orang disekitarnya... Haa ni yang tak berapa berkenan ni..kita pula yang kena kesan sekali.. Asap yang keluar dari puntung rokok mengandungi 3 kali lebih banyak tar, 2 kali nikotin, lima kali karbon monoksida dan 50 kali lebih banyak racun karsinogenik berbanding dengan asap yang dihisap semasa merokok.

Selain itu, pasangan perokok mempunyai risiko menghidap barah paru-paru yang lebih tinggi berbanding dengan pasangan yang tidak merokok. Asap rokok turut boleh menyebabkan pertumbuhan janin atau bayi di dalam rahim ibu terencat. Anak-anak perokok pula lebih kerap diserang batuk-batuk, selesema, sakit kerongkong dan jangkitan paru-paru. Seorang penderita sakit jantung lebih mudah mendapat serangan jantung ditempat-tempat yang penuh dengan asap rokok. Begitu juga dengan mereka yang bekerja di persekitaran yang banyak perokok untuk jangka masa yang lama mungkin mengalami pelbagai gejala penyakit paru-paru. 

Begitulah antara kesan-kesan akibat asap rokok yang memang sangat membahayakan. So..perokok di luar sana tolongla ye..tolong bertimbang rasa sikit fikir dahulu sebelum nak merokok in public tu...kasihanilah orang lain..


kesan asap rokok


Ketahui Tips berhenti merokok dari Dr D. M Viskers yang telah terbukti berkesan dan Suplemen untuk berhenti merokok yang telah ramai membebaskan perokok-perokok tegar di luar sana.


Jangan merokok di depan anak saya!!


Sekian.



No comments:

Post a Comment