Saturday 23 August 2014

Gangguan emosi selepas bersalin

Bermula dari peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah mencecah ke usia emas, terlalu banyak perubahan fisiologi dan biologi yang harus dilalui oleh seseorang wanita.


Pakar perunding obstetrik dan ginekologi di sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, perubahan ini biasanya tidak disedari oleh ramai wanita. Sebaliknya, ia lebih banyak dikesan oleh mereka yang hampir dengan wanita terutama pasangan mereka

                         


Menurut beliau, salah satu aspek yang mungkin tidak difahami oleh sebahagian besar wanita, mahupun mereka yang berada di sekelilingnya, ialah emosi seseorang wanita.

``Ini kerana emosi dan perasaan seseorang wanita banyak dipengaruhi 
oleh hormon yang terdapat dalam tubuhnya".

Emosi selepas melahirkan anak
Fasa selepas melahirkan anak juga dikenali dalam istilah perubatan sebagai post partum depression (PPD) merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kemurungan selepas melahirkan anak.Penurunan hormon estrogen yang mendadak selepas bersalin dikatakan faktor yang menyumbang kepada masalah seumpama ini.Ketidakseimbangan hormon boleh berlaku kepada semua wanita, namun mereka yang tidak menanganinya dengan baik boleh mendapat psikosis.

PPD boleh terbahagi kepada tiga kategori:

1) PPD baby blues
Seseorang wanita boleh termasuk dalam kategori ini sekiranya mereka mengalami perubahan emosi atau mood dalam tempoh dua minggu selepas melahirkan anak.Bagaimanapun, bukan semua wanita yang melahirkan anak melalui fasa seperti ini. Wanita di Barat dikatakan lebih ramai mengalami fasa ini berbanding wanita Asia dengan anggaran sebanyak 80 peratus.

Biasanya wanita terbabit akan mengalami gejala seperti:

a. kesedihan 
b. menangis lebih daripada biasa 
c. lebih sensitif
d. mudah tersinggung
e. rasa berdebar-debar

Wanita yang mempunyai masalah dalam rumah tangga dan mengalami banyak komplikasi semasa hamil lebih terdedah kepada risiko ini.Risiko ini meningkat sekiranya mereka pernah mempunyai sejarah PPD. Gejala yang dialami ini biasanya akan hilang selepas sepuluh hari.

2) PPD kemurungan. 
Wanita yang dikategorikan dalam kumpulan ini mengalami gejala-gejala seperti:

a. Perasaan putus asa
b. Tidak boleh memberi tumpuan
c. Gangguan ingatan 
d. Perasaan bersalah
e. Rutin harian seperti makan terganggu

Masalah ini kebiasaan dialami dalam tempoh sebulan selepas bersalin dan terus berlaku dalam tempoh beberapa bulan.Mereka yang menghadapi masalah ini perlu diberi bantuan. Mereka memerlukan rawatan kaunseling, terapi psikiatri dan sokongan emosi ahli 
keluarga.


3) PPD psikosis. 
Di kalangan masyarakat Melayu, PPD psikosis dikenali sebagai penyakit gila meroyan.
Individu terbabit mengalami gejala seperti pesakit mental.

Antara gejala-gejala yang dialami ialah:

a. Mendengar suara-suara halus
b. Tingkah laku yang pelik seperti gelak atau bercakap seorang diri
c. Kekeliruan yang ketara
d. Sentiasa dalam keadaan ketakutan
e. Memiliki tenaga fizikal yang begitu kuat
f. Mengalami kesukaran untuk tidur
g. Keinginan untuk membunuh diri

Seperti juga PPD kemurungan, individu yang mengalami penyakit gila meroyan perlu menerima bantuan dan rawatan.

Pengalaman saya semasa berpantang, saya juga mengalami PPD Blues tetapi dalam tempoh yang lebih lama sehingga habis berpantang. Tetapi on and off bukan berterusan. Pada pandangan saya ini mungkin kita sebagai seorang Islam kita tidak dapat beribadah seperti solat dan mengaji Al Quran yang merupakan terapi diri yang amat mujarab. Maka amalan-amalan rohani yang lain perlu dilakukan supaya kita tidak merasa 'kosong'. 

Peranan suami sangat penting untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan isteri semasa tempoh ini. Saya akan berasa lega apabila suami mengaji dan saya dapat menghayatinya maka perasaan akan lebih tenang. Apapun sememangnya pegangan agama yang kuat sahaja yang dapat membantu dan perbanyakkan berdoa pada Allah SWT semoga ditingkatkan iman kita untuk menghadapi sebarang cabaran selepas kelahiran. 

Selain itu peranan suplemen seperti B-complex memang tidak dapat dinafikan. Mengikut kajian B-complex dapat mengurangkan stress dan meningkatkan daya tumpuan. Disini lah kepentingan B-complex untuk ibu-ibu yang sedang berpantang. Ia turut dapat menambah tenaga supaya kekal cergas dan minda yang positif.

Sekian sahaja untuk entry kali ini.Semoga kita semua menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak yang baru dilahirkan itu! InsyaAllah.


May Allah bless us always



No comments:

Post a Comment