Saturday 30 August 2014

Penyusuan Susu Ibu : Jimatkah? Jom kira!!

Hai uolss…
Ini bukan first entry saya bercerita tentang penyusuan susu ibu (BF), kan? Apa lagi yang best menarik dan tertarik dengan BF ni saya suka? Hehe…

Salah satu sebab untuk anda BF ialah jimat!
Di bawah adalah pecahan belanja untuk membeli FM (formula milk) dan kita boleh bandingkan dengan belanja untuk BF(hahaha…so mathematics class la ye hari ini).

Walaupun ada pendapat mengatakan, belanja untuk BF lebih besar, tapi apa yang dapat membandingkan antara khasiat BM dengan FM? Kajian menunjukkan bayi BF jarang sakit, dan frekuensi dimasukkan ke hospital adalah lebih rendah dari bayi FM.
Perbelanjaan untuk perubatan boleh dikurangkan dengan BF, dan wang tersebut boleh digunakan untuk perkara lain seperti pendidikan dan simpanan.


kebaikan susu ibu


OK lah, memanglah belanja untuk BF lebih besar, kena beli pam segala. Tapi itu semua untuk MASA ITU sahaja. Lepas tu kalau tak rosak, boleh pakai lagi untuk anak-anak seterusnya. Tak luak pun pam susu tu kecuali kalau maknya ganas sangat atau lupa simpan kat mana sampai hilang. Kalau FM? Kalau tak tiap-tiap bulan, tiap-tiap minggu kena beli satu tin besar!

Mari kita kira kos BF dangan FM kalau masih tak dapat terima yang BF ni jimat.



Kos Susu Formula Untuk 2 Tahun
 (Tidak termasuk botol, strelizer, dan sebagainya.)

Katakan 1 tin FM adalah untuk kegunaan seminggu. Harga 1 tin RM 50 (purata).
RM56/tin x 4 tin/1 bulan x 24 bulan = RM4,800 untuk dalam masa 2 tahun.

Kos Penyusuan Ibu Untuk 2 Tahun 
(Tidak termasuk botol, strelizer dan sebagainya.)

Percuma.

Wahhhh memang pandai mengira!

Pam susu paling mahal pernah saya jumpa berharga RM2,200.
Beza RM2,400 berbanding FM, sekiranya anda menggunakan pam susu yang paling mahal. Dengan RM2,400, macam-macam lagi boleh dibuat, bukan?

Bagaimana pula kalau anda pakai pam susu yang lebih murah, atau langsung tak guna pam, pakai tangans saja? Wah! Lihatlah berapa ribu ringgit yang anda boleh masukkan ke dalam akaun simpanan anak anda!

Bukankah penyusuan susu ibu satu tindakan yang bijak dalam menguruskan ekonomi keluarga? 

Sekian kelas matematik hari ini!
*wink*

Mmmuahhhhh



No comments:

Post a Comment