Saturday 3 May 2014

Punca Sakit Kepala

Pernah tak anda rasa sakit kepala?
Mesti pernah, kan… Apa yang anda buat untuk kurangkan atau hilangkan rasa sakit kepala tu?
Sebenarnya terdapat pelbagai jenis sakit kepala dan hampir setiap orang pernah mengalaminya. Kebanyakan jenis sakit kepala akan hilang sendiri tanpa mengambil ubat-ubatan, cukup hanya dengan berehat, bersantai dan menghirup udara segar. Tetapi ada juga yang perlukan ubat-ubatan untuk membantu.


Punca?
Biasanya kurang tidur, mata yang letih, rasa lapar, fikiran yang tegang atau terganggu, perasaan was-was, ubat-ubatan, alahan kepada makanan atau minuman tercemar di udara atau disebabkan cuaca hujan atau panas.

Migrain pula macamana ye?
Ianya adalah sejenis sakit kepala yang sangat kuat dan boleh bertahan selama beberapa hari. Saya sendiri ada beberapa orang kawan yang biasa mengalami migrain. Memang kasihan sangat tengok sebab hingga menjejaskan aktiviti harian. Saya sendiri masa awal kehamilan dulu setiap petang akan dapat migrain. Apa yang saya buat? Tutup mata dan muka dengan bantal, pastu baring dalam bilik gelap sampai tertidur. Alhamdulillah selepas habis fasa awal kehamilan tu migrain dah takde.
Lazimnya sakit migrain ni melibatkan sebelah bahagian kepala. Pada peringkat awal sakit ini bermula pada satu kawasan sebesar hujung jari, tapi kemudiannya merebak dan membabitkan sebelah bahagian kepala. Keadaan ini boleh berlanjutan sehingga menyebabkan pitam, mudah marah, kadang-kadang muntah, mata berpinar dan berpeluh.

Punca migrain?
Penyebab migrain yang sebenarnya masih belum diketahui dengan pasti. Kemungkinan disebabkan perubahan hormon, perubahan sekitaran secara tiba-tiba, stress, alkohol atau perubahan tekanan udara. Mungkin juga disebabkan alahan terhadap makanan atau minuman, contohnya keju, coklat, susu dan monosodium glutamate (MSG).


Scary nye picture ni....huhu

Mengikut Sam Rachmat dalam bukunya Amalan Hidup Sihat kajian menunjukkan migrain lebih sering terjadi pada wanita. Didapati juga bahawa kebanyakan penderita migrain mempunyai keribadian yang hamper sama iaitu mempunyai tujuan pencapaian yang sangat tinggi, terlalu ingin sempurna dalam pekerjaan, pembelajaran dan berkecenderungan memendam perasaan.

Pada tahun 1987, Harvard University School of  Medicine melaporkan terdapat 5 jenis sakit kepala yang berbahaya sehingga perlu ditangani secara perubatan.
1) Sakit kepala yang kuat disertai demam dan kejang otot leher. Ini boleh disebabkan oleh meningitis (radang selaput otak)
2) Sakit kepala yang disertai kesakitan untuk berbicara dan lumpuh.
3) Sakit kepala yang datang secara tiba-tiba dan bertahan lama.
4) Sakit kepala yang semakin meningkat kesakitannya sehingga berhari-hari malam bermingu-minggu.
5) Sakit kepala di bahagian belakang kepala terutama pada waktu pagi, tetapi reda pada sepanjang siang. Ini boleh menandakan terdapatnya tekanan darah tinggi. So periksalah tekanan darah kita!

Sekiranya anda mengalami sakit kepala dengan ciri-ciri di atas cepat-cepatlah jumpa doktor. Ini penting untuk pastikan yang sakit kepala itu tidak ada kaitan dengan penyakit-penyakit yang lain.

Pada tahun 1956, Dr. Forrest C. Shaklee, Sr telah mencipta  multivitamin yang pertama di dunia. Sehinggalah hari ini terdapat pelbagai suplemen atau makanan tambahan di bawah jenama Shaklee, termasuklah yang dapat membantu masalah sakit kepala ataupun migrain.
 Ianya terdiri daripada B-complex, Omega Guard dan Vitamin C.



Apa khasiatnya?
Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya iaitu 500mg. Uniknya Vitamin C Shaklee adalah jenis ‘Sustained Released Vitamin C’ yang bermaksud pembebasan Vitamin C secara berperingkat-peringkat ke dalam tubuh kita. Ini berbeza dengan sesetengah jenama lain yang melepaskan kesemua Vitamin C ke dalam badan kita sekaligus. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin C Shaklee ( di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam! Di dalam menangani masalah sakit kepala Vitamin C membantu mengurangkan stress dan keresahan serta masalah berkaitan mental yang menjadi antara punca migrain.


Omega Guard pula merupakan minyak ikan ataupun dikenali ramai sebagai fish oil. Berbanding dengan produk omega lain di pasaran, Omega Guard adalah minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Omega Guard membantu melincirkan perjalanan darah dan ketegangan di leher atau sakit kepala.



Terima kasih juga pada B-complex yang membantu melawan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan dan kemurungan.




Kat sini antara mereka yang berjaya kurangkan migrain dengan Shaklee.




Untuk maklumat lanjut berkaitan produk Shaklee ini:


InsyaAllah saya bantu anda J


No comments:

Post a Comment