Tuesday 13 May 2014

Khasiat Allicin dalam bawang putih

Siapa kat sini yang suka makan bawang putih?



Makan bawang putih? Heheh ada ke orang yang makan bawang putih mentah-mentah macam tu saja…
Biasanya kita ambil pil/tablet bawang putih kan..ataupun yang memang ada dalam masakan kita…

Apakah sifat-sifat bawang putih?


Bawang putih mempunyai sifat panas kering. Secara jujurnya saya kenal suplemen bawang putih daripada mak saya. Mak saya memang makan hari-hari. 
Waktu tu saya fikir…ehhhh bawang putih pun orang makan ke…tak cukup ke kalau dalam masakan tu? Ohohoho……

Kalau nak makan bawang putih mentah tu pun tak salah…tapi tahan ke dengan bau nya? Kalau tahan..silakan ye…ataupun cuba makan dengan coklat atau susu. Yummy!!

Ohh kalau nak tahu kenapa ye bawang putih tu berbau macam tu…
Sebab ia mengandungi komponen Allicin – bahan utama penyebab bau busuk pada bawang putih. 
Bawang putih mengandungi bahan yang tidak berbau dan merbahaya di panggil Alliin dan juga enzim yang di panggil Allinase. Alliin dan Alliinase ni wujud bersama secara harmoni, tidak mengganggu fungsi antara satu sama lain, dan di pisahkan oleh lapisan nipis yang membahagi antara kedua bahan ini. Akan tetapi, apabila bawang putih itu di serang, di pecahkan atau di tekan, pembahagi nipis antara Alliin dan Alliinase akan pecah dan kedua unsur ini akan berhubung antara satu sama lain. 

Dan apabila ini berlaku dengan kehadiran oksigen, kedua unsur ini akan bergabung untuk menghasilkan satu mekanisma untuk mempertahankan diri yang di panggil - Allicin. Alliicin ini kemudian akan ditukar kepada ‘Diallul Disulfide’ untuk menampakkan kesannya. Mekanisma pertahanan yang begitu menakjubkan inilah yang menghasilkan bau yang busuk – untuk mempertahankan bawang putih dari jangkitan bacteria dan virus. Ini adalah sebab mengapa Alliicin mengandungi bahan antibakteria, antivirus serta sistem steril yang kuat. 

Wahhhhaaa sangat berilmu pulak rasanya dah tahu tentang bau bawang putih kan ? Hahaha…. Rasa macam kelas sains.



Untuk saya sendiri (maklumla mengikut amalan mak tersayang kan) saya suka tablet/pil lah kan…senang..telan saja 1 biji setiap hari.. InsyaAllah dapat khasiat nya. Maklumla zaman sekarang ni macam-macam penyakit yang ada…bak kata orang putih it’s better to prevent than cure. Tak gitu?

Tadaaaa…. 
Ni bawang putih yang saya suka..



Apakah khasiat bawang putih yang terkenal sejak zaman-berzaman ni sampai ada tablet ni?

  •          Sebagai antibiotik – kalau ada luka baru kena, sapukan bawang putih.
  •      Pencegah penyakit kanser – membantu mengurangkan bahan penyebab kanser iaitu Nitrosamine.
  •     Pengubat insomnia – makan setiap hari bawang putih boleh membuatkan saraf menjadi tenang. Cubalah!
  •     Detoksifikasi – bawang putih mampu mengeluarkan logam toksik seperti kadmium, raksa dan kadmium daripada tubuh dengan pantas. Toksik ini boleh menaikkan tekanan darah.
  •     Menurunkan kolesterol – seterusnya dapat melindungi jantung.
  •      Menstabilkan glukos di dalam tubuh.
  •     Menurunkan tekanan darah tinggi 
  •     Membantu masalah pencernaan – bawang putih akan merangsang pengeluaran enzim pencernaan seterusnya mengatasi sembelit.
  •     Membantu mengatasi alergik


Ini adalah antara khasiat bawang putih. Sebenarnya saya percaya ada banyak lagi. Boleh tak share dengan kami?

Pada saya untuk kesihatan menyeluruh saya suka cadangkan ambil suplemen bawang putih ini. Lagipun harganya bukan mahal dan berbaloi sangat dengan khasiatnya. Kenapa la kita nak berkira dalam bab-bab penjagaan kesihatan kan…baju mahal-mahal boleh beli…Opsss hehehe.. 


Nak Garlic Shaklee hari ini?

Zila 019 5592717
Jumpa lagi!









No comments:

Post a Comment