Saturday 17 May 2014

Tips terbaik turunkan demam anak

Bilakah kali terakhir anda demam?

Saya sendiri tak berapa ingat bila ye…oohhh yaa awal bulan lepas! Tapi Alhamdulillah demam tak lama Cuma 3 hari..Baru demam sikit dah rasa tak boleh nak buat apa-apa..Baru sikit Allah uji tu. 
Tapi  Alhamdulillah ujian kesihatan pun salah satu cara untuk menyucikan dosa kita. So mestilah kita sentiasa redha sebab Allah mestilah hendak beri yang terbaik untuk hambanya kann…Baiklah ustazah Zila hehe…

Saya sebenarnya sanggup demam sendiri daripada tengok anak saya Alya yang demam.
Rasa kasihan sangat. (Tapi Allah swt lagi Maha Mengasihani)… saya rasa ibu-ibu kat luar tu pun sama la macam saya kan….tengok anak-anak kecil terbaring je tak bermaya…makan tak lalu..



Walau bagaimanapun pakar perubatan (doktor-doktor lah kan) percaya bahawa demam ini bukanlah sesuatu yang sangat menakutkan pun..
Ohhh sebab apa ya? 
Sebab mereka percaya yang demam membantu tubuh memerangi penyakit. 
Prosesnya macam ni : Suhu dikawal oleh otak dan apabila bakteria atau pun virus masuk ke dalam tubuh kita, maka otak akan memberi isyarat supaya sel darah putih diaktifkan untuk menyerang dan menghancurkan bakteria atau virus itu.
Sel darah putih yang terangsang itu akan mengeluarkan firogen endogenus yang akan meningkatkan kadar prostaglandin di bahagian hipotalamus otak. Prostaglandin inilah yang merangsang pusat kawalan suhu tubuh supaya meningkatkan suhu tubuh. 
Tadaaaa….so jadi lah demam! Wahhh soo clever laah you olss hehe…
Selepas itu suhu yang meningkat ini akan merangsang pembentukan dan pelepasan 2 unsur kekebalan tubuh iaitu sel T dan interferon. Mereka berdua inilah ye yang akan memerangi bakteria dan virus tadi. Suhu badan yang tinggi akan menyebabkan bakteria dan virus susah nak membiak dalam tubuh. Sebab itu lah pakar perubatan berpendapat demam ialah fenomena semulajadi yang baik untuk memerangi penyakit sebab virus itu akan mati sendiri tanpa perlu ambil antibiotik pun!  

TAPI….bukan untuk semua kes ya: Kena jumpa doktor segera kalau
  •  Bayi
  • Berusia 65 tahun ke atas
  • Seseorang itu ada penyakit yang lain pada masa demam itu.
  • Suhu badan melebihi 39oC

  

Apa yang boleh dilakukan untuk merawat demam bayi kita?
  •  Pakaikan bayi baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).
  •  Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.
  •  Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu -- susu badan atau susu formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.
  •  Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.

Saya ada kenal seseorang yang dia memang tak ambil panadol/paracetamol pun semasa demam sejak zaman sekolah sampai lah sekarang umurnya 30 tahun! Wahhh nampaknya dia memang membina sistem pertahanan/antibodi iaitu sel T dan interferon yang kuat.

Bercakap tentang interferon ni… tahukan anda bilakah interferon pertama kali dijumpai? Soalan sains apa pulak ni…Heheh..Ok ok tak boleh fikir laa lagipun hari ni baru tahu perkataan tu (adehhh)…..

Jawapan : 1954 oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo selepas kajian selama 40 tahun! What??

Fakta menarik lagi : Itu adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia yang dikenali sebagai Nutriferon dan diiktiraf penemuan terhebat dalam bidang immunilogi. Dan ianya adalah formula eksklusif Shaklee dan telah dipantenkan. Tiada di kedai biasa ye. 




Apa lagi yang best tentang Nutriferon ini?


Antara pengalaman hebat tentang Nutriferon ni.....



Memang superb lah Nutriferon ni.
Ohhh yaaa mesti tahu khasiat Vitamin C kan?
Pun bagus untuk tingkatkan sistem imunisasi...

Ni dia kunyah saja...Chewable Vita-C Plus....
anak saya memang suka..... anak anda pun pasti suka!


Nak jugak tingkatkan system imun & rasa lebih sihat?

Zila

019 5592717

No comments:

Post a Comment