Friday 3 April 2015

Tempat paling mustajab berdoa

Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan, ruang dan peluang untuk berdoa kepada Allah SWT. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a menjelaskan bahawa doa ialah inti atau otak ibadah. Ini membuktikan bahawa doa adalah sebahagian daripada ibadah yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian kita.


Berdoa boleh dilakukan di mana-mana sahaja, asalkan di tempat yang bersih dan sesuai, tetapi lebih afdhal jika kita boleh berdoa di tempat-tempat tertentu :

1. Apabila melihat Kaabah di Makkah.
2. Ketika tawaf.
3. Di sekeliling dan di dalam Kaabah.
4. Di sisi Multazam dan Hijr Ismail.
5. Ketika melihat Masjid Nabawi di Madinah.
6. Di sisi telaga zam-zam.
7. Di atas bukit Safa dan Marwah.
8. Di belakang makam Nabi Ibrahim a.s
9. Di Muzdalifah pada malam 10 Zulhijjah.
10. Di padang Arafah  pada 9 Zulhijjah.
11. Di dalam masjid.
12. Di sisi Jamratul Aqabah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Semoga bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment