Saturday 25 April 2015

IKEA dan sifat manusia

Salah satu hobby saya sejak zaman kecil adalah membaca. Saya ingat lagi saya sudah ada World Atlas masa saya darjah 3 atau 4. Masa saya darjah 6 saya sudah baca macam-macam buku tentang Ibnu Sina, Joan of Arc, Mahatma Gandhi, Umar Al Khattab, Usman bin Affan dan banyak lagi. Sekolah rendah saya ada buat kutipan buku dari semua pelajar untuk mengumpul buku-buku untuk dibaca dan end up saya duduk di bawah tangga di atas timbunan buku-buku itu membacanya. 

Setelah menjadi seorang guru, pada setiap cuti sekolah (sebelum berkahwin), saya akan pinjam buku dari library sekolah untuk baca masa holiday. Dan tahu apa yang saya baca? Sejarah melayu, sejarah keturunan raja-raja, asal-asal suatu tempat...yang orang lain mungkin fikir 10 kali nak baca..hehe (this is what my friends told me hehe).

Sikap suka membaca itu masih tebal hingga sekarang namun telah di up to date kan dengan zaman sekarang iaitu- membaca blog. Hehe. 
Saya nak share tentang suatu blog yang sangat disukai oleh saya, iaitu blog Encik Khairul Abdullah. Boleh visit blog dia di sini.


Baru-baru ini saya terbaca tentang post dia bertajuk 'IKEA dan sifat manusia'. Post ini telah membuka mata dan minda saya tentang sikap kita orang Malaysia dibandingkan dengan negara yang beliau sedang tinggal iaitu Jerman. Sedihnya Malaysia adalah negara Islam manakala Jerman adalah negara bukan Islam. Bagaimana sikap dan perilaku kita sebagai seorang Islam yang sejati? Adakah sikap kita sekarang menggambarkan ajaran Nabi Muhammad SAW kita?




Boleh baca tentang entry tersebut di sini.

Apapun...selain itu, membacanya membuatkan saya telah menambah Jerman dalam senarai negara yang akan saya kunjungi suatu hari nanti! Hehehe (positive or negative effect tu? Hehe)
'dalam senarai negara' - bermaksud dah ada senarai negara and ditambah lagi...hehehe

Okay. semoga bermanfaat!





No comments:

Post a Comment