Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Friday, 3 April 2015

Kenapa kita mesti berselawat ke atas Nabi SAW?

Berapakah kali kah kita berselawat ke atas Nabi SAW setiap hari? 1000 kali? 100 kali? 10 kali? 

Berselawat sebenarnya berkait rapat dengan konsep iman dan Islam seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang yang beriman berselawatlah kamu ke atas Baginda dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya” – 
Surah Al-Ahzab 33: 56


Sebab apa kita disarankan untuk berselawat?

Tempat paling mustajab berdoa

Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan, ruang dan peluang untuk berdoa kepada Allah SWT. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a menjelaskan bahawa doa ialah inti atau otak ibadah. Ini membuktikan bahawa doa adalah sebahagian daripada ibadah yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian kita.


Berdoa boleh dilakukan di mana-mana sahaja, asalkan di tempat yang bersih dan sesuai, tetapi lebih afdhal jika kita boleh berdoa di tempat-tempat tertentu :