Saturday 25 April 2015

I am Apple Distinguished Educator (ADE)!

Alhamdulillah!
Hari ni saya dapat berita gembira. Saya telah terpilih menjadi Apple Distinguished Educator (ADE) yang diiktiraf oleh pihak Apple seluruh dunia. Saya pernah share juga sebelum ni cara-cara nak apply for this position...di sini.

Okay....so my whatsapp penuh dengan ucapan tahniah dari kawan-kawan..hehe..off course lah kita tumpang gembira dengan kejayaan kawan kita. Ohhhh baru je jadi ADE..so tak boleh nak cakap berjaya macamana lagi ye..hehe...huhu...Ada 600 applicants dari seluruh dunia yang apply..alhamdulillah di Malaysia 9 orang berjaya terpilih. 1 orang saja perempuan dan berketurunan Melayu - me? yup!!! it's me!!!




ADE merupakan komuniti educators yang diiktiraf oleh Apple yang menggunakan teknologi Apple dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Educators ini perlulah menjadi kreatif dan innovative di dalam pembelajaran para pelajar. Bukannya seperti ramai di antara kita yang mengajar dan belajar dengan kaedah 'chalk and talk'. Kaedah ini digunakan sejak zaman nenek moyang kita lagi...sedangkan ini adalah zaman teknologi yang budak umur 1-2 tahun pun dah pandai main iPad, kan? Sungguh kasihan bila datang ke sekolah gurunya mengajar berdiri depan kelas saja. Sepatutnya dengan teknologi dapat menarik minat para pelajar seterusnya meningkatkan kefahaman mereka tentang sesuatu topik dengan lebih baik. Secara tidak langsung dapat meningkatkan curiosity mereka. Tidakkah ini sejajar dengan kehendak National Education Plan negara kita? Wahhh..tetiba becone so seriousss lahhh me! Hehe 

You can read more about ADE, klik sini.

Next step; saya akan mengikuti international ADE conference di Singapore nanti. Saya harap dapat bertukar-tukar pendapat dan idea dengan ADE dari negara lain. Tengok bagaimana mereka apply the Apple technologies in their teaching and learning. Fuhh statement! heheh. And more activities and sharing in our ADE community.

Soalan yang buat saya tergelak apabila orang tanya : Apple Steve Jobs tu ke? Nanti kerja dengan Apple la ye? Hehehe

Anyway may Allah makes me stronger in my new path & journey.
Semua ini dari Allah SWT dan saya berharap untuk memberi yang terbaik juga untuk manfaat orang lain.

Pray for me!!


No comments:

Post a Comment