Monday 2 June 2014

Teknik/Posisi Menyusukan Susu Ibu

Hai semua bertemu lagi.
Sebelum ini saya ada ceritakan tentang faedah menyusukan anak, hari ini kita pelajari pula teknik/posisi menyusukan si manja kita pula ye..

Ramai ibu/bakal ibu pastinya teruja untuk menyusukan anak kita kan...Iya laaa dengan sejuta kebaikan pada susu ibu kan...

Adakah anda tahu perkara-perkara yang perlu diambil kira untuk mula menyusukan bayi?




Ok..here you go!
  • Posisi untuk menyusu
  • Bagaimana mengampu bayi anda.
  • Kedudukan bayi di payudara.
  • Bagaimana bayi lacth di payudara.
  • Apa yang perlu diberi perhatian semasa menyusu.
  • Menamatkan penyusuan.


Posisi Menyusu.

Anda boleh memilih posisi yang paling selesa untuk anda dan bayi. Samada anda mahu menyusui sambil  meriba  atau  berbaring. Jangan risau  bayi tersedak  semasa  menyusu kerana menyusu badan tidak seperti menyusu menggunakan botol. Bayi tidak akan terhisap udara kerana di dalam payudara anda tiada udara.

Antara posisi-posisi yang popular untuk menyusu:

1.  Cradle hold (posisi mendakap)

Posisi ini adalah yang paling klasik dan paling popular. Bayi juga paling selesa dalam posisi ini kerana tidak perlu memusingkan kepala untuk mencapai payudara anda.

Kepala bayi diampu oleh lengan anda dan perutnya akan rapat dengan perut anda.


Teknik creadle hold




2.  Clucth/rugby ball/football hold

Kepala bayi diampu oleh tangan anda dan badan bayi berada di sebelah sisi anda.

Posisi yang sesuai untuk ibu yang menjalani pembedahan Cesarian kerana bayi berada jauh dari perut anda. Ia juga sesuai untuk bayi bersaiz kecil dan bayi pramatang.

Kalau susah nak ampu bayi begitu, boleh lapik bantak atau tilam kecil bi bawah lengan anda yang ampu bayi tu. Atau letak tilam di atas paham dan baringkan bayi di atasnya,

Pastikan anda dan bayi selesa ya.


Teknik football hold
3.  Cross-cradle hold (posisi dakap songsang)

Posisi ini hampir menyamai cradle hold, tetapi dalam keadaan menyongsang, di mana kepala bayi diampu oleh tangan anda.

Posisi ini sesuai untuk bayi yang mempuyai masalah latching.



Teknik cross cradle hold

4.  Menyusu sambil baring

Jika anda kepenatan, menyusu di waktu malam atau menjalani pembedahan Cesarian, posisi ini sesuai untuk anda. Anda boleh mengampu kepala bayi dengan lengan ataupun meletakkan kepalaya di bawah dan lengan anda di sisi kepalanya.

Walau apa posisi pilihan anda, pastikan belakang anda diampu dengan baik dan badan anda tidak terlalu membongkok untuk mengelakkan sakit belakang, sakit pinggang dan ketidakselesaan semasa menyusu. Anda boleh gunakan bantal untuk menyokong belakang anda.



Menyusu sambil baring

Mengampu Bayi

Anda boleh mengampu dengan tangan atau menggunakan bantal atau pun nursing pillow yang direka khas untuk penyusuan.

Anda mestila mengampu dengan baik agar bayi selesa dan anda tidak berasa lenguh. Pastikan anda tidak menunduk semasa menyusu kerana ia boleh membuatkan anda sakit belakang.

OK sebenarnya sakit belakang adalah perkara biasa kalau anda baru mula menyusukan bayi.  Ya  lah,  badan  kita  tak  biasa  lagi  dengan posisi-posisi  baru.  Bukan  sekejap  nak menyusukan bayi kan. Tapi jangan risau, itu perkara biasa. Pastikan anda dapat rehat yang cukup. Masa bayi tidur, tidurlah sama.

Kedudukan Bayi di Payudara

Pastikan bayi duduk dengan baik di payudara. Penting ni supaya dia dapat melekap atau latch dengan betul. Latch yang tidak betul boleh membuatkan puting anda sakit malah luka, dan bayi juga tak dapat amaun susu yang secukupnya.

Kalau anda menyusu dengan posisi cradle hold, pastikan perut bayi bertemu perut anda, dagunya bertemu payudara anda.

Pastikan  bayi  selesa  walau  apa  jua  posisi  yang  anda  pilih.  Yang  penting,  pastikan hidungnya tak tertutup oleh payudara anda, boleh lemas pula nanti.

Latch di Payudara

Tarik perhatian bayi anda dengan mencuit dagu atau pipinya supaya dia membuka mulut. Pastikan mulut bayi terbuka  dengan cukup luas untuk menghisap puting dan menutup bahagian aerola, bukan di puting sahaja.

Jangan cuba untuk menyusukan selagi bayi belum latch dengan betul. Ia akan membuatkan anda menghadapi masalah sakit puting atau puting merekah, dan kemungkinan bayi tidak dapat menghisap susu dengan efektif. Jika bayi menghisap di puting, bukan aerola, ia menyebabkan dia mendapat sedikit susu sahaja.


Perkara Yang Perlu Diperhatian Semasa Menyusu


Anda boleh pastikan samada bayi menyusu dengan betul atau tak. Pertama sekali, mulutnya mesti meliputi seluruh puting dan aerola. Pastikan kawasan hitam semuanya masuk ke dalam mulut bayi, bukan puting saja ya.

Biasanya telinga bayi akan bergerak-gerak bila dia menghisap. Tegukan dia pun kita boleh dengar. Kalau anda tarik bibir bawah bayi, akan nampak lidahnya ‘mendakap’ puting. Maknanya dia tengah menghisaplah tu.

Menamatkan Penyusuan

Kalau anda nak tukar posisi bayi ke payudara sebelah lagi, atau nak berhenti menyusukannya sekejap, jangan tarik puting atau jangan tarik bayi macam tu je. Kalau anda buat macam tu nanti puting anda akan sakit dan mungkin boleh luka.

Caranya  ialah  dengan  memasukkan  jari  kelingking  ke  hujung  mulut  bayi,  kemudian gerakkan perlahan-lahan ke arah puting, sampaila bayi sendiri melepaskan puting. Nak senang andaikan begini, seolah-olah gantikan puting tu dengan jari anda, bila bayi dan menukar fokus kepada jari anda, anda bolehlah tarik puting keluar dari mulutnya.

Untuk Tips Penyusuan Susu Ibu yang lebih hebat boleh contact saya:
Zila 019 5592717




Enjoy breastfeeding mommy!
Jumpa lagi di entry lain yang lagi menarik...
Mmuaaahhhh




No comments:

Post a Comment