Tuesday 17 June 2014

Breast Refusal : Bayi enggan menyusu direct payudara

Hai readers...jumpa lagi untuk kisah penyusuan yang menarik.
Pernah alami masalah bayi anda tak mahu menyusu direct pada payudara anda? Hoho panik juga dibuatnya kan...keadaan ini dinamakan juga sebagai Breast Refusal.

                            

Apakah Breast Refusal?



Breast refusal ialah keadaan di mana bayi menolak payudara ibu, di mana ia berlaku sejak
dari awal atau secara tiba-tiba setelah sekian lama dia menyusu dari payudara ibunya.
Kadangkala bayi sebenarnya bukan breast refusal cuma dia cerewet, mengada-ngada,
terleka dengan benda lain dan susah untuk memulakan penyusuan. Ini terjadi kepada bayi
saya, Alya. 

Tapi bila sudah mula, dia dapat menyusu dengan baik.
Kadang-kadang ibu tidak sabar apabila disuakan payudara, bayi kelihatan tidak berminat
dan menganggapnya breast refusal. Jika anda menghadapi bayi jenis ini hendaklah
bersabar dan cuba bertenang. Cuba susukan di tempat yang senyap dan tenang agar bayi
juga boleh bertenang dan tiada objek lain yang mengalih perhatiannya.

Apakah penyebab breast refusal?

Antara sebab-sebab bayi menolak payudara ibunya ialah:
1. Bayi hendak tumbuh gigi.
2. Bayi tidak sihat, demam, selsema atau sakit tekak.
3. Bayi sakit telinga.
4. Terlalu letih atau penat.
5. Bayi sudah kenyang kerana mendapat makanan lain sebelum menyusu.
6. Bayi keliru puting (menyukai puting susu plastik).
7. Pertukaran corak penyusuan oleh bayi sendiri.
8. Tidak menyukai aliran susu yang mungkin terlalu laju atau terlalu perlahan.
9. Akibat penggunaan puting kosong (pacifier).
10. Cerai susu oleh bayi sendiri.
11. Ibu menukar bedak, sabun, parfume, dsb. menyebabkan bau badan bertukar.
12. Susu bertukar rasa kerana ibu mengandung atau mengambil ubat-ubatan.
13. Ibu mengalami masalah hormon atau ovulasi.

Bagaimana menghadapi breast refusal?

Kadang-kadang breast refusal berlaku secara tiba-tiba (ia memang berlaku secara tiba-tiba)
hingga anda tidak dapat meneka apakah penyebabnya. Walau bagaimanapun di bawah ini
beberapa tips untuk menghadapi masalah ini:

1. Cuba bertenang dan jangan gopoh untuk melihat bayi menyusu. Beri bayi masa
untuk bersedia dan jangan memaksanya.
2. Tenangkan bayi dengan urutan, nyanyian, mendodoinya, alat mainan dan
sebagainya.
3. Cuba tukar posisi menyusu yang biasa kepada posisi lain.
4. Cuba menyusuinya ketika bayi anda sedang mamai atau tidur-tidur ayam.
5. Picitkan susu anda dari puting ke dalam mulut bayi anda sebelum mula latch on.
6. Jika anda mengesyaki bayi anda sakit, bawa dia berjumpa doktor dengan segera.


All the best mommies out there!
Ada nak share pengalaman penyusuan bayi anda? Jom komen.


Till then,

With love,
Zila

No comments:

Post a Comment