Monday 16 June 2014

Ibu bekerja dan mengepam susu

Hai semua kita jumpa lagi kali ini untuk tips mengepam susu bagi ibu bekerja.
Sekarang ni ramai ibu-ibu yang bekerja maka pengetahuan tentang mengepam susu adalah penting untuk melancarkan proses penyusuan si manja kita, kan?



Bagaimana Memerah Susu

 Berlatih mengepam susu sama ada dengan menggunakan tangan atau pam yang
sesuai.
 Ikut apa kata buku panduan untuk mengepam susu dengan pam susu anda.
 Ibu yang dah biasa mengepam dan mahir dengan tekniknya akan memperolehi susu
yang banyak dalam tempoh 15-20 minit. Mengepam pun perlukan teknik ya.
 Biasanya pada setiap kali perahan, jumlah susu yang diperolehi berbeza-beza.
Jumlah susu dari kedua-dua belah payudara juga berbeza-beza. Ini adalah normal.
 Di tempat kerja, anda boleh mengepam susu di mana-mana seperti di surau, bilik
pejabat, stor dan sebagainya, asalkan tidak menarik perhatian orang ramai.
 Mengepam susu di tempat kerja amat penting, untuk membekalkan susu kepada
bayi pada hari esoknya, untuk disimpan sebagai stok beku dan juga untuk
merangsang pengeluaran susu.

Alatan yang diperlukan:
1. Pam susu.
2. Botol bertutup atau bekas menyimpan susu.
3. Label (sebarang alat untuk melabel). Contohnya stiker tampal, muskin tape, kertas
dan selotep, marker pen dan sebagainya.

Persediaan untuk memerah:
1. Cuci tangan dengan sabun sebersihnya.
2. Relaks.
3. Urut payudara dengan lembut dan perlahan-lahan


Mula memerah susu:
1. Ikuti arahan dan panduan seperti di dalam kit pam susu anda.
2. Mula mengepam dengan ritma yang kerap dan hisapan perlahan untuk dapatkan let
down (bagi pam manual dan ritma yang boleh diset seperti Avent Isis IQ Uno).
Selepas itu gunakan hisapan yang kuat dan jarakkan kekerapan.
3. Jika anda menggunakan 2-phase pam, setkan masa letdown sehingga anda
mendapat letdown.
4. Perah sehingga 15 minit. Jika sebelum minit ke-15, susu yang sedang dipam sudah
tidak keluar, pamkan sehingga 15 minit juga untuk menstimulasi.
5. Bahagikan susu ke dalam bekas simpanan dalam kuantiti tertentu.
6. Labelkan bekas-bekas tersebut dengan nama dan tarikh.

Penjagaan pam susu:
1. Pastikan pam anda kering sebelum digunakan.
2. Pastikan anda mengikut buku panduan.
3. Bilas bahagian-bahagian yang terkena susu dengan air sejuk untuk menghilangkan
kesan susu.
4. Bilas pula dengan air suam, jika ada gunakan pencuci botol susu.
5. Keringkan dengan membiarkannya di dalam udara.

Breastpump manual yang saya suka guna


Bercerita tentang mengepam susu ni saya suka menggunakan pam manual sebab easy going. Walaupun lambat sikit nak keluar susu tu. Masa di U.S saya dah target nak beli double electric breast pump yang saya suka sebab kat sana harganya jauh lebih murah lebih kurang 70% kurang. Akhirnya separuh luggage saya hanya isi dengan breast pump! Puas hati saya dapat beli..heheh... (separuh luggage lagi isi pinggan mangkuk Corelle hahhaha)

Saya doakan ibu-ibu/bakal ibu semua berjaya menyusukan bayi anda dan menikmati pengalamannya yang hanya kita sahaja dapat merasainya.

Enjoy breastfeeding mommies!

With love
Zila mama Alya

No comments:

Post a Comment