Monday 9 June 2014

Panduan Penyimpanan Susu Ibu

Bagaimana Menguruskan Stok Susu Ibu?

Ini adalah antara soalan cepumas ibu-ibu yang sedang di alam menyusukan si comel...termasuklah saya sendiri suatu ketika dahulu.

So ada 5 perkara yang anda perlu tahu dalam pengurusan susu ibu.

1. Sediakan bekas yang sesuai.
Susu ibu yang telah diperah/dipam (di kenali sebagai EBM - Expressed Breast Milk) boleh disimpan dalam bekas yang tahan sejuk dan panas seperti:
 Botol susu.
 Milk storage kit.
 Bekas dadih.
 Disposable liner.
 Plastik aiskrim.

Saya menggunakan bekas dadih sebab murah dan mudah. Jangan risau dengan isu
plastik dan BPA kerana bekas dadih adalah selamat dan disyorkan untuk
menyimpan makanan atau susu bayi. Ia dibuat dari polypropylene yang
paling selamat digunakan untuk menyimpan makanan berbanding plastik-plastik
bersimbol lain. Plastik jenis ini tidak terurai dalam suhu yang tinggi.

2. Pastikan peti sejuk dan sejuk beku sesuai untuk menyimpan EBM.
EBM tidak perlu disimpan dalam peti sejuk khusus, memadai dengan peti sejuk/beku
yang ada di rumah anda. Tak apa kalau peti sejuk tu tempat simpan ayam ke daging
ke belacan ke.. kita tak letak EBM tu telanjang macam tu je, simpan dalam bekas
elok-elok kan. So, tak ada kesan buruk pun dari ayam ikan semua tu.

3. Tandakan tarikh bila EBM tersebut diperah dan disimpan.
Ini kerana EBM mempunyai ‘tarikh luput’. EBM tak ada bahan pengawet jadi ia
mudah basi! Makin lama EBM tu disimpan, makin kurang zat dan antibodinya.

4. Letakkan yang baru diperah di bahagian paling dalam dalam peti sejuk/sejuk
beku dan yang lebih dahulu diperah di bahagian hadapan.
Gunakan konsep FIFO (First In First Out) untuk EBM yang diberi pada bayi. Tapi
jangan pula berikan bayi semua EBM beku. Utamakan yang baru diperah, yang ini
lebih banyak zat. Yang beku kalau boleh biar jadi sebagai top-up dan kegunaan
emegency saja.

5. Apabila anda mengepam di tempat kerja, simpanlah susu di dalam peti sejuk
atau cooler bag bagi memastikan suhunya sentiasa sejuk sehingga anda
pulang ke rumah.
EBM mesti sentiasa dalam keadaan sejuk untuk memastikan zat-zatnya tidak
musnah. Dalam susu tu mengandungi mikroorganisma yang bertindak aktif dalam
kehangatan susu bilik.


Penyimpanan EBM

Susu ibu tiada bahan pengawet, jadi ia memang cepat basi. Terdapat banyak cara dan
pendapat tentang penyimpanan EBM, mengikut badan-badan tertentu. Terpulang kepada
anda hendak mengikut yang mana.

Di bawah adalah jadual tempoh penyimpanan EBM menurut WHO bagi bayi normal.

Cara penyimpanan susu ibu

Ini pula untuk bayi pra-matang atau yang masih di hospital:

Cara penyimpanan susu ibu untuk bayi pramatang

Oh yaa saya juga mengamalkan Set Penyusuan Shaklee sejak dalam pantang. Alhamdulillah saya berjaya menyusukan anak kesayangan saya Alya hingga 2 tahun secara esklusif! Rezeki anak saya. 

Anda pula bagaimana ya?

Untuk info lanjut tentang Tips Penyusuan Susu Ibu yang lebih banyak jom hubungi saya :
Zila 019 5592717. 

Kita berkongsi pengalaman & pengetahuan.
Sesiapa yang ada tips/petua penyusuan si comel silalah komen dan share ye.



No comments:

Post a Comment