Showing posts with label Chewable Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Chewable Vitamin C. Show all posts

Friday, 11 December 2015

10 KEBAIKAN VITAMIN C SHAKLEE!

Vitamin C adalah larut dalam air dan termusnah apabila dimasak terlalu lama - hampir separuh kandungan vitamin C akan hilang dan makanan pun jadi lembik.

Tubuh mengandungi simpanan vitamin C yang cukup untuk 2 hingga 3 bulan - itupun jika ambil kira-kira minimum 30 mg vitamin C setiap hari iaitu bersamaan 1 biji oren. Wanita hamil dan penghisap rokok pula perlukan minimum 60 mg sehari. Sebilangan pesakit yang telah dibedah memerlukan 2 kali ganda jumlah vitamin C kerana penyerapan vitamin mungkin berkurangan dan pemulihan dari kecederaan atau pembedahan perlukan lebih vitamin C.

Persoalannya - adakah tubuh badan kita mempunyai kadar vitamin C yang cukup?  Dengan gaya hidup dan corak pemakanan kita sukar untuk memastikannya.

Saturday, 17 May 2014

Tips terbaik turunkan demam anak

Bilakah kali terakhir anda demam?

Saya sendiri tak berapa ingat bila ye…oohhh yaa awal bulan lepas! Tapi Alhamdulillah demam tak lama Cuma 3 hari..Baru demam sikit dah rasa tak boleh nak buat apa-apa..Baru sikit Allah uji tu. 
Tapi  Alhamdulillah ujian kesihatan pun salah satu cara untuk menyucikan dosa kita. So mestilah kita sentiasa redha sebab Allah mestilah hendak beri yang terbaik untuk hambanya kann…Baiklah ustazah Zila hehe…

Saya sebenarnya sanggup demam sendiri daripada tengok anak saya Alya yang demam.
Rasa kasihan sangat. (Tapi Allah swt lagi Maha Mengasihani)… saya rasa ibu-ibu kat luar tu pun sama la macam saya kan….tengok anak-anak kecil terbaring je tak bermaya…makan tak lalu..



Walau bagaimanapun pakar perubatan (doktor-doktor lah kan) percaya bahawa demam ini bukanlah sesuatu yang sangat menakutkan pun..
Ohhh sebab apa ya?