Showing posts with label Energizing Soy Protein (ESP). Show all posts
Showing posts with label Energizing Soy Protein (ESP). Show all posts

Wednesday, 26 August 2015

Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu...

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Memang panik dan susah hati kalau kita atau salah seorang ahli keluarga kita terkena demam denggi. Segeralah berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi. Di hospital doktor akan 'masukkan' air sentiasa supaya pesakit tidak dehydrated.

Tonton video ini untuk mengetahui bagaimana untuk merawat demam denggi yang insyaAllah akan membantu kita semua.

Saturday, 25 April 2015

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit

Amalan berpantang memang menjadi kewajipan bagi wanita lepas bersalin. Unless kita duduk oversea mungkin boleh la tak berpantang macam mat saleh..hehe...

Sebenarnya amalan berpantang merangkumi semua aspek : pemakanan, hubungan kelamin, aktiviti fizikal dan lain-lain. Berpantang membolehkan ibu berehat dan bertenang selepas melalui episod mengandung selama 9 bulan dan episod melahirkan anak yang kadangkala mencemaskan berjam-jam di dalam labour room. Elok untuk luka jahitan episiotomi sembuh jika bersalin normal dan untuk luka caesarean sembuh sepenuhnya.

Kebanyakan kaum wanita, khususnya kaum melayu juga kurang meminum air walaupun dari segi perubatan amalan ini ada kesan negatifnya. Komplikasi yang sering terjadiakibat amalan ini adalah masalah sembelit serta dehidrasi. Penghasilan susu badan juga akan terjejas akibat kekurangan air dalam badan.

Thursday, 26 February 2015

Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini...

Rambut adalah mahkota kita. demikian kata pepatah. Kerana itu ia harus dijaga. Caranya adalah dengan mengetahui bagaimana perawatan rambut yang baik. Ada ke orang yang tak pernah experience masalah rambut ni? Paling teruk saya experience adalah masa lepas bersalin. Memang banyak sangat rambut gugur..tambah-tambah time sikat..aduhhhh tak sanggup nak tengok. Nasib baik rambut saya jenis tebal so tak delah risau sangat-sangat....cuba rambut nipis...mau susah hati jugak!

Saya pernah terbaca cara rawat rambut gugur - ambil kulit landak, then bakar. Next masak dalam minyak zaitun. Dah siap terus sapu pada rambut selama 8 hari. - Wahhhh gitu sekali petua ni. Soalan cepumas- mana nak dapat landak tu? Nak bakar-bakar bagai....namun...... namun ya.....ini adalah cara tradisional yang guna bahan semulajadi...okaylah tu compared dengan guna syampu (termasuklah saya) yang dah tentu-tentu macam-macam chemical..... Hehe

Okay jom tengok video ni. Pengalaman Puan Maria Awi yang pun turut risau susah hati dengan masalah rambutnya. Bagaimanakah beliau mengatasinya? Jom kita saksikan....

Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula

Pernah kena chicken pox tak? Saya pernah kena - still ingat sampai hari ni- sebab kena masa Hari Raya Aidilfitri masa Form 1 dulu....- nak nangis rasanya- sebab kena masa raya kot! heheh...tapi dikenang-kenang balik memang kelakar pun ada....pengalaman di hari raya...hehe... Saya dan adik saya - kami berdua terbaring je atas katil...hehe

chicken pox


Apakah Chicken pox sebenarnya?

Saturday, 1 November 2014

Suplemen untuk tingkatkan kesuburan wanita

Adalah menjadi impian setiap pasangan yang berkahwin untuk menimang cahaya mata. Namun apabila setelah masuk tahun pertama masih tiada tanda-tanda untuk hamil sudah tentulah suami isteri dan biasanya isteri semakin resah. Saya pun mengandungkan anak saya Alya hanya setelah 1 tahun 8 bulan berkahwin. Sebabnya saya mempunyai cyst di ovari dan terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang cyst yang sebesar bayi 3 bulan itu. Alhamdulillah tak lama selepas itu rezeki kami untuk mendapat anak sulung. 

Bagaimana pula dengan anda?
Saya percaya kisah pasangan suami isteri yang masih tidak dikurniakan cahaya mata bukan kisah baru. Tengok sekeliling kaum keluarga dan rakan-rakan pasti ada yang masih belum dikurniakan rezeki ni kan? InsyaAllah pasti ada rezeki suatu hari nanti dengan syarat kita seharusnya tidak berhenti berdoa dan mencuba.

Rasa tak puas rasanya kalau saya tak share pengalaman rakan-rakan yang berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee. Saya sendiri kini sedang mengambil suplemen GLA yang terbukti sangat membantu saya mengatasi senggugut dan juga beberapa vitamin yang lain. Sila KLIK SINI untuk info GLA yang hebat.

Di sini antara testimoni yang berjaya hamil:

Saturday, 27 September 2014

Apakah punca masalah kesuburan lelaki?

Berbincang mengenai masalah kesuburan, ramai menganggapnya sebagai  masalah wanita, sedangkan realitinya hampir 50% masalah membabitkan  lelaki, walaupun rata-rata cuba menafikan hakikat ini.

Bahkan, ada banyak kes masalah kesuburan berpunca daripada suami yang enggan bekerjasama menjalani pemeriksaan, menyebabkan rumah tangga sunyi sepi dan isteri terpaksa berdepan pelbagai tekanan emosi.
Berdasarkan kajian, masalah kesuburan boleh dipecahkan kepada 20% membabitkan lelaki saja dan 30% membabitkan lelaki dan perempuan,  manakala 15 peratus lagi pasangan didapati normal.
Ini menunjukkan lelaki menyumbangkan 50% masalah di kalangan pasangan  yang tiada anak.

Punca masalah kesuburan lelaki

Masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada beberapa kategori  iaitu :

Sunday, 7 September 2014

Penyusuan Susu Ibu : 5 sebab ibu tak boleh tolak!

Anda baru disahkan hamil? Atau sedang menanti kelahiran si comel yang telah lama dinanti-nantikan? So....sedang berkira-kira nak menyusukan sepenuhnya si comel atau campur susu tin.... Okay....terpulang kepada anda kerana walau apa jua keputusan yang diambil pastinya telah ditimbangtara dengan baik dan pastinya yang terbaik, kan?

Banyak entry saya berkaitan segala faedah penyusuan kepada si comel sebelum ini...kali ini jom kita tengok fakta - kenapa ibu-ibu patut menyusukan si comelnya - yang pastinya membuatkan anda bulat hati nak menyusukan so comel itu....

Friday, 5 September 2014

Penyusuan Susu Ibu : Adakah yang lebih baik darinya?

Ramai yang tahu kebaikan susu ibu yang memang tiada tolok bandingannya. Di dalam Al Quran juga tertulis dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 233 yang bermaksud:

“Para ibu hendaklah menyusukan  anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan  penyusuan itu” 

Bagaimana susu ibu dikatakan sangat baik?

Sunday, 31 August 2014

Penyusuan Susu Ibu : Mengapa Gagal?

Ramai ibu yang nak BF bayi mereka, tapi tidak berjaya. Ada yang tidak mendapat pendedahan awal, ada yang tidak cukup info, ada yang mendapat info tapi over-confident, dan sebagainya. Saya percaya anda mesti taknak tergolong dalam kumpulan itu kan?

Cuba jangan dengar atau abaikan saja cerita-cerita tentang kegagalan... tentang
kecundang... Benar, semuanya terserah kepada takdir Yang Maha Esa, itu tidak perlu
dipersoalkan lagi. Namun ingat, Allah tidak akan merubah nasib mereka yang tidak
mengubah nasib mereka sendiri. Kalau rasa nak BF tapi tak usaha cari ilmu dan rasa benda
tu mudah, jangan nak kaitkan dengan takdir pula kalau tak berjaya.



Kalau bukan sebab takdir pun, memang dah hukum alam kalau tak buat apa-apa, mana nak datang hasilnya, kan.

Saturday, 23 August 2014

Gangguan emosi selepas bersalin

Bermula dari peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah mencecah ke usia emas, terlalu banyak perubahan fisiologi dan biologi yang harus dilalui oleh seseorang wanita.


Pakar perunding obstetrik dan ginekologi di sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, perubahan ini biasanya tidak disedari oleh ramai wanita. Sebaliknya, ia lebih banyak dikesan oleh mereka yang hampir dengan wanita terutama pasangan mereka

                         


Menurut beliau, salah satu aspek yang mungkin tidak difahami oleh sebahagian besar wanita, mahupun mereka yang berada di sekelilingnya, ialah emosi seseorang wanita.

Set Bersalin Shaklee : Pengalaman Berpantang Yang Hebat

Assalamualaikum

Hai semua…kali ni saya nak share tentang Set Bersalin Shaklee yang saya gunakan semasa berpantang sebelum ini. Sebenarnya ia dihadiahkan oleh kakak ipar kesayangan saya. Jauh tau dari Johor…pos terus ke Ipoh (ok thanks Gdex jugak heheh)....Aduhhh terharu betul dapat 1 set…pulak tu saya bersalin secara pembedahan..so memang suka sangat sebab luka pembedahan cepat sembuh.

Kelahiran yang tenang dan tidak menyakitkan disusuli tempoh berpantang yang mudah dan penyembuhan yang cepat menjadi impian setiap ibu, kan? Set Bersalin Shaklee pastinya memberikan pengalaman melahirkan yang lebih manis seperti yang dialami oleh saya sendiri dan ramai ibu diluar sana. Wahhh ayat serius betul…. Hehehe..tapi memang betul lah kan?

Untuk pengetahuan pembaca kesayangan semua, 

Set bersalin Shaklee terdiri daripada :

Sunday, 17 August 2014

Set Bersalin Shaklee – 10 Soalan-soalan popular yang anda selalu nak tahu!


1. Bila Saya Boleh Mula Ambil Set Bersalin Shaklee?
Set ini boleh dimakan terus selepas bersalin. Ini berbeza dengan sesetengah set bersalin yang lain yang perlu tunggu beberapa hari.

2. Kalau Anak Kuning (Jaundice), Boleh Ke Saya Teruskan Dengan Set Bersalin Shaklee?

Saturday, 16 August 2014

Kontraksi sebelum kelahiran : Kontraksi sebenar vs kontraksi palsu

Hai pembaca kesayangan semua..
Jom kita tambah ilmu hari ini tentang kontraksi sebelum kelahiran.

Apakah kontraksi?

Kontraksi sebenarnya adalah pengecutan rahim yang merupakan perkara utama yang menjadi petanda awal sebelum proses kelahiran bermula.  Apabila tiba masanya, rahim yang merupakan organ reproduktif wanita akan mengalami kontraksi bagi membolehkan janin dikeluarkan semasa kelahiran.  Lazimnya pengecutan rahim akan bermula daripada bahagian atas rahim dan seterusnya merebak ke bahagian bawah menuju ke arah pangkal rahim. Ia akan berulang-ulang kali secara kerap.


Sememangnya wanita yang pertama kali hamil akan mengalami kekeliruan untuk mengetahui sama ada  kesakitan yang dialami ialah kontraksi palsu atau sebenar.

Thursday, 17 July 2014

Energizing Soy Protein : Khasiat protein yang terbaik!

Pengambilan protein membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan. 

Apa kelebihan dan kebaikan protein sebenarnya ?

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. 




PENTINGKAH PROTEIN?

Friday, 4 July 2014

Tips menyusukan anak di bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua..

Sempena bulan Ramadhan ni...saya nak share tips berpuasa bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi. Bukan mudah kan bagi ibu yang baru pertama kali mengalaminya.

Sebelum tu..tahukah anda bahawa puasa bulan Ramadan mula diwajibkan pada tahun ke-2 Hijrah?
Terjemahannya : “ Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa ”.


Ayat yang memerintah umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan ialah ayat 183 daripada surah al-Baqarah iaitu firman Allah S.W.T :

Haaa...dapat ilmu sikit lah kan tentang puasa ni... Alhamdulillah







Jika anda menyusu badan, anda tidak diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. Kebanyakan sarjana Islam percaya bahawa wanita yang menyusukan, seperti juga wanita yang tidak sihat atau sedang bermusafir, dibenarkan untuk tidak berpuasa. Malah, ramai yang mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini dengan berpuasa jika anda tidak perlu berbuat begitu. 



Namun begitu,

Friday, 27 June 2014

Pemakanan sihat ibu hamil

Hai semua yang dikasihi
entry kali ini tentang pemakanan ibu hamil. Mestilah kena concern hal pemakanan masa mengandung kan...supaya dapat berikan yang terbaik untuk kandungan kita.
Pemakanan ibu adalah satu-satunya pengaruh terbesar dalam kehidupan anak sebelum lahir dan melalui pemakanan lah yang akan memberi kesan pada pembesarannya.

Kajian saintifik mendapati terdapat perbezaan antara bayi yang dilahirkan sihat dan berpenyakit. Keadaan anak itu bergantung kepada pemakanan ibunya semasa hamil.



Apakah vitamin & mineral yang penting diambil?

Sunday, 4 May 2014

Set Kurus Shaklee yang Superb!


Ohh saya rasa orang perempuan memang sensitif dalam hal macam ni. Sehinggakan ada yang sanggup melakukan pelbagai cara dan kaedah untuk mengatasi dan mengelak menjadi gemuk. Termasuklah saya!
Tapi jangan tak tau orang lelaki hari ini pun dah mementingkan kecantikan dan penjagaan kesihatan. Ada yang lebih daripada orang perempuan!



Secara peribadinya saya memang control makan...saya boleh tak makan nasi beberapa hari...saya bukan jenis 'mesti makan nasi'...so saya akan makan selain nasi...Sebab ada sesetengah orang yang wajib makan nasi setiap hari. So alternative nya saya makan yang lain seperti mihun goreng, mihun sup, sup sayur ke... saya suka mihun hehehe....dan membuatkan saya lega sebab mihun jumlah karbohidratnya lebih rendah dari nasi. Mee dan koteaw juga agak tinggi jumlah karbohidrat.

Husband saya cakap "Yang...dalam adik-beradik sayang tinggal sayang dan Zizi je yang masih kurus".

Aah la betul husband saya cakap sebab adik beradik saya ada 6 orang dan saya anak sulung. 4 adik-adik saya dah menjadi obes...Pulak tu 2 orang pernah 'disyaki' ada darah tinggi dan seorang lagi yang nombor 2 tu ada kencing manis pada usia yang belum 30 tahun pun!
Haaa mana la saya tak concern bab-bab berat badan ni.....
Saya rasa faktor genetik memang besar dalam kes family saya sebab nenek saya (belah mak) juga berbadan besar dan hanya seorang daripada 8 orang adik-beradik mak saya adalah obes!



Sebenarnya gemuk ni macaman ye ceritanya....
Gemuk adalah istilah biasa yang kebanyakan kita memahaminya secara umum sahaja. Dalam erti kata yang lain gemuk adalah obes atau terlebih (ter…tak sengaja heheh) berat badan. Kena faham yang berlebihan berat badan dan obesity adalah 2 perkara yang berbeza tau. Untuk berlebihan berat badan maksudnya 10% lebih daripada berat badan ideal. Manakala obesiti maksudnya 20% lebih daripada berat badan ideal dan mempunyai kadar lemak yang tinggi.

Saya selalu fikir yang saya termasuk kategori berlebihan berat badan (belum obes tau..) Tapi kawan-kawan dan orang sekeliling  kata saya dalam kategori kurus (masih ye hahah).Tapi…Tapi…. saya tetap percaya saya overweight berdasarkan kiraan Body Mass Index (BMI). So saya memang terlebihh..terlebihhh…sikit....hmmmm…..

Selain kiraan formula BMI tu ada jugak cara yang boleh kita guna nak tengok samada kita gemuk atau tak…. Hahaha ada berani nak cuba?
  •  Cermin! – tengok kat cermin adakah kita nampak gemuk? Kalau ya..maksudnya memang kita gemuk okeyyyy….. Jangan cakap tu kesan refraction or reflection light in the mirror ye……Terima hakikat!
  •   Cuba cubit kulit di belakang lengan atas iaitu atas otot trisep yang bermula dari satu bahu sampai ke siku. Kalau berat badan normal, tebal lemaknya antara 1 – 2.5cm saja. Ukur lah!
  • Okey ini cara yang best jugak…lompat setempat depan cermin! Lompat…lompat…dan lompat lagi…..Tengok ada tak bahagian tubuh yang tak sepatutnya bergoncang tapi ikut bergoncang sekali? Contohnya: perut..huhu…So yang bergoncang itu adalah LEMAK!

Dah try?
Seronok juga ye sekali-sekala lompat setempat depan cermin…Hehehe
Penat jugak saya ni kalau tak biasa dan dah lama tak buat..Takpe-takpe nasib baik ada VITA-LEA dan ESP…pagi-pagi dan minum so menjadikan saya bertenaga dan tak cepat letih. Ambil juga HERB LAX dan LECITHIN untuk serap lemak-lemak degil dan membantu detox yang best…..



Nak cuba jugak?




Jom jaga berat badan sama-sama!

Saturday, 3 May 2014

Cara hadapi stress!

Stress?
Dengar perkataan ini pun dah jadi stress....Heheh!


Adakah anda dalam kategori ini?
  •  insomnia
  • resah gelisah
  • sensitif
  • mudah melenting
  • ingatan terjejas
  • tidak boleh fokus dalam banyak hal
  • selalu letih
  • muram
  • tidak minat pada seks
  • sakit kepala
Kalau anda mempunyai ciri-ciri  di atas besar kemungkinan anda dalam STRESS!


OK OK jangan risau sebab sebenarnya stress ialah suatu keadaan yang tidak boleh dielakkan dalam kehidupan seharian kita. 
Kalau tak stress maksudnya mugkin kita tak terlibat dengan sebahagian besar aktiviti hidup. 
Contoh : tidur 20 jam sehari (errr....ada ke)...Tak buat kerja apa-apa so macamana nak stress?

Setiap orang menghadapi stress dengan cara dan gaya yang berbeza-beza sehinggakan tanda-tanda stress itu berbeza untuk setiap orang.

Bagaimanakah cara nak membantu kurangkan stress?
  • Tingkatkan amal ibadah - Berdoa pada Allah Taala untuk bantu kita kuatkan semangat menjalani kehidupan. Teringat Ustaz Pahrol Mohd Juoi punya cadangan - "Katakan pada musibah/dugaan yang Allah lagi Besar". Banyakkan mengaji Al-Quran. Al Quran kan melembutkan hati Saidina Umar?
  • Bersikap positif - mestilah realistik dan positif sentiasa yang masalah itu akan berlalu dan kita perlu setelkan dengan berhikmah.
  • Berekreasi - apabila kita beriadah/bersenam otot yang tegang kerana stress akan mengendur. Tubuh akan mengeluarkan endorfin iaitu hormon yang 200 kali lebih berkesan dalam memberi ketenangan berbanding morfin! Please jauhi dadah!! So...go exercise people out there (including me lah...haha).
  • Bercuti!! - Siapa yang tak happy kalau pergi bercuti kan... Ok tak payah explain panjang-panjang..Hihi - Jangan stress duit habis sudah lah....
  • Pemakanan - suplemen juga InsyaAllah boleh membantu..


B-complex membantu menangani stress dengan memastikan kesihatan optimum fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, stress, insomnia, kemurungan.


Vita-lea adalah multivitamin yang diselaputi spirulina mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada buah dan sayur-sayuran. Vita-lea membantu membekalkan tenaga untuk kecergasan tubuh dan mental serta metabolisma. So jadi bertenaga (InsyaAllah) akan lebih fokus buat kerja...sebab badan dah ambil muitivitamin..so tidak stress!


Ini satu lagi soya kegemaran ramai di Malaysia..
Minum ESP tiap-tiap pagi bersama jus kegemaran..InsyaAllah tenaga berkekalan sepanjang hari sekaligus mengurangkan simptom keletihan/lesu/tak bermaya...
So? again...boleh fokus lebih...kurang stress!
ESP jugak kawan baik kulit cantik halus mulus!
What??? 
Ok...tiada stress sebab ambil ESP jadi awet muda..

Baca ni...



Nak try jugak?


Kurangkan stress! 














Berapa banyakkah riadah yang kita perlukan?

Beriadah? 

Sama tak dengan maksud bersenam? 
Pada saya beriadah atau bersenam lebih kurang saja maksudnya….sebab objektifnya supaya sentiasa sihat fizikal, minda dan semangat. Kita biasa dengar masa zaman sekolah dulu ada phrase ‘Badan cergas otak cerdas’, kan..

Bilakah kali terakhir anda bersenam? Wow! soalan cepumas..heheh…Dulu masa zaman bujang dan sebelum mengandung anak pertama saya dan suami boleh dikatakan hampir setiap minggu akan naik Bukit Larut dan ke Taman Tasik Taiping. Maklumla jalan kaki pun dah sampai…dekat dengan rumah. Tapi itulah kali terakhir saya naik Bukit Larut! Nak buat macamana dah ada baby takkan nak bawa naik Bukit Larut kot….lepastu kami pindah rumah so dah jauh dari kawasan tu…hmmm…senaman dalam rumah je la…hahah…



Banyak antara kita apabila dengar perkataan bersenam maka terbayanglah letih, penat, berpeluh, sakit-sakit badan, sesak nafas, pening dan macam-macam simptom lagi…

Dengan sebab tu (mungkin) ramai yang tak nak beriadah atau berolahraga kerana tak biasa buat ataupun pernah cedera seterusnya serik dah. Yelah kan..berpeluh badan melekit, rasa tak seleasa…memang mencabar mental untuk orang yang tak biasa…
Ohhh ataupun kita still buat exersice tapi tak bertahan lama…bersemangat di fasa awal saja. Reason lain mungkin jugak sebab kurang motivasi dan berfikir kenapa nak exercise ni…tak perlu pun takpe… Dan….banyak lagi alasan untuk tak exersice. ..
So biasanya kita nak tahu dah cukup ke senaman/riadah yang kita buat tu (buat ke…hihi)

Mengikut Dr. Sam Rachmat sebenarnya ia bergantung pada beberapa faktor :
·         Umur
·         Kadar metabolisme tubuh
·         Jenis aktiviti
·         Taraf kesihatan diri

Mengikut beberapa kajian ilmiah yang pernah dijalankan menunjukkan bahawa mereka yang tidak aktif beriadah lebih tinggi kebarangkalian untuk menghidap penyakit jantung! Ohh my God! 

Selain itu ia juga mendapati umur mereka juga 4-5 kali lebih pendek daripada mereka yang rajin beriadah! Alamakkk…..

Ok lagi fakta riadah : Dr. Ralph Patternbarger, ahli epidemiologi dan alumni Universiti Harvard menyatakan bahawa angka kematian di kalangan mereka yang beriadah secara sederhana adalah lebih rendah serta mendapat faedah-faedah kesihatan yang lebih banyak berbanding yang malas beriadah… 



So kesimpulannya kita mestilah..ok …mestilah….BERIADAH SECARA SEDERHANA TETAPI KONSISTEN – taknak lah beriadah/bersenam beriya-iya tetapi sebulan lepas tu dah tak buat dah…bukankah Islam juga meminta kita bersederhanaJ

Sebagai panduan biasanya kekerapan paling sedikit untuk bersenam ialah 3 hingga 5 kali seminggu. Keamatan untuk mencapai kadar denyutan nadi sehingga 70-80% daripada denyutan nadi maksimum, iaitu 220 berkurangan dengan meningkatnya umur seseorang. Jenis riadah yang biasa adalah seperti berjalan, berjoging, aerobik, berenang atau merentas desa. 
Masa riadah paling minimum ialah antara 15 hingga 20 minit.

Kawan sekerja saya (wanita) berusia 50-an dan rajin berenang. Hingga hari ini dia tidak menghidap sebarang penyakit dan di bulan Ramadan dia akan datang paling awal duduk di saf paling depan. Kami yang muda-muda ni hanya ‘mampu’ buat solat terawih 8 rakaat tapi dia boleh habiskan 23 rakaat!

Suatu hari dia cakap pada saya ‘Zila you should go swimming. Good for your health’.
Saya jawab ‘Akak saya tak pandai berenang’.
jangan gelak...It's fact ok! Haha
Tapi InsyaAllah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Dan untuk hal-hal berkaitan senaman macam ni saya suka suggest suplemen pada kawan-kawan untuk membantu kita sentiasa kekal aktif dan bertenaga.


  • Ada ESP (Energizing Soy Protein) yang diminum setiap pagi untuk berikan kita tenaga untuk memulakan hari dengan bersemangat. Yihhaaa!
  • B - complex Shaklee yang mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, b12, asid folik, biotin. Membantu menukarkan makanan kepada tenaga dan mengurangkan keletihan.
  • Vita-lea iaitu multivitamin dan mineral yang memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental. So bolehlah membantu kita lebih fokus setiap hari. InsyaAllah.

Berminat nak tahu lebih lanjut?
Contact saya
Zila 019 5592717


Jom kita sama-sama tingkatkan tenaga untuk kekal aktif sepanjang hari!







Monday, 21 April 2014

Set Kesuburan Shaklee

Menjadi ibu bapa mestilah saat yang dinanti-nantikan bagi setiap pasangan yang berkahwin, kan?
Pengalaman saya sendiri yang berkahwin pada 2009 tapi end of November 2011 baru dapat baby.
Alhamdulillah rezeki daripada Allah.

Inilah princess kami yang ditungu-tunggu
Nur Alya :-)


Sukanya bau baby...heheheh....
Kenapa saya lambat dapat baby sedangkan saya kahwin pada 2009?
Saya percaya itu semua ketentuan dan ujian dari Allah s.w.t untuk hambanya. 


   Firman Allah dalam surah Al-Ankabut : 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Ditakdirkan Allah saya menghidap ovarian cyct. Maksudnya di bahagian ovari kiri saya ada cyst. Macamana 'nak lekat' sebab ada cyct yang lebih kurang saiz baby 3 bulan pada ovari saya. Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu dan saya terpaksa menjalani pembedahan dipanggil laparoskopi untuk membuang cyct itu. Dan Alhamdulillah selepas 8 bulan Allah kurniakan saya rezeki mengandung. Tapi sebelum itu saya memang buat follow-up dengan gynae untuk pastikan keadaan saya ok.

Saya juga sering berpegang pada janji Allah dalam Surah Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Kini anak saya Nur Alya telah pun berusia 2 tahun 5 bulan. Orang diluar sana selalu tanya :
  • taknak tambah anak lagi ke? - logiknya memangla dan MESTILA NAK kan...tapi rezeki Allah kan.
  • cukup ke anak sorang je? - TAK CUKUP...tapi belum ada rezeki. Doakan saya ye :-)
  • umur dah meningkat tak elok lambat-lambat dapat anak - InsyaAllah ada rezeki saya prgenant lagi ;-)
  • memang merancang ke? - Adoiii....TAK RANCANG tapi belum ada rezeki :-)

Dan.......
Dan.......
Banyak lah lagi soalan-soalan cepumas ni kan....
Kalau kita belum kahwin mereka tanya bila nak kahwin
Kalau dah kahwin nanti mereka tanya bila nak dapat anak
Kalau dah ada anak sorang nanti tanya lagi bila nak tambah anak
Nanti anak sekolah tanya result pulak......
Haha
Kesimpulannya 'soalan-soalan cepumas' memang NEVER END!

So...WHY BOTHER?
Be strong!
Be positive!
Kita minta baik-baik supaya mereka doakan kita :-)

Kalau nak ikutkan experience saya ni taklah besar mana. Saya percaya ramai lagi insan diluar sana yang menghadapi pelbagai dugaan samada yang bujang atau dah berkahwin.


Memang saya faham perasaan mereka yang still tak berpeluang untuk merasai pengalaman menjadi parents. Saya pun pernah alaminya.
Tapi apapun kita jangan berputus asa dan berusaha.
Saya juga try macam-macam kaedah untuk conceive.

Kalau nak tahu Shaklee pun ada suplemen untuk SET KESUBURAN.
Ada untuk suami dan isteri.










ZINC COMPLEX - Membantu meningkatkan penghasilan testosteron dan meniggikan kandungan sperma.

VITA-E COMPLEX - Sebagai antioksidan membersihkan radikal bebas yang merosakkan sel reproduktif & melindungi sperma.


ESP - Mengandungi isoflavone yang sangat penting untuk hormon estrogen wanita &

Membantu mempertingkatkan motaliti sperma 

VITA-C - Berfungsi sebagai antioksidan

GLA COMPLEX- Membantu mengatasi masalah kemandulan 
                                    biasa yang disebabkan ketidakseimbangan hormon.

B-COMPLEX - Mengandungi asid folik yang penting untuk perkembangan janin yang sihat.


Disini pun saya nak share pengalaman mereka yang berjaya pregnant dengan set kesuburan Shaklee.






Nak cuba?
Jom sms/cal/whatsapp saya
Zila 019 5592717

InsyaAllah saya bantu with free consultation.