Ohh saya rasa orang perempuan memang sensitif dalam hal
macam ni. Sehinggakan ada yang sanggup melakukan pelbagai cara dan kaedah untuk
mengatasi dan mengelak menjadi gemuk. Termasuklah saya!
Tapi jangan tak tau orang lelaki hari ini pun dah
mementingkan kecantikan dan penjagaan kesihatan. Ada yang lebih daripada orang
perempuan!
Secara peribadinya saya memang control makan...saya boleh tak makan nasi beberapa hari...saya bukan jenis 'mesti makan nasi'...so saya akan makan selain nasi...Sebab ada sesetengah orang yang wajib makan nasi setiap hari. So alternative nya saya makan yang lain seperti mihun goreng, mihun sup, sup sayur ke... saya suka mihun hehehe....dan membuatkan saya lega sebab mihun jumlah karbohidratnya lebih rendah dari nasi. Mee dan koteaw juga agak tinggi jumlah karbohidrat.
Husband saya cakap "Yang...dalam adik-beradik sayang tinggal sayang dan Zizi je yang masih kurus".
Aah la betul husband saya cakap sebab adik beradik saya ada 6 orang dan saya anak sulung. 4 adik-adik saya dah menjadi obes...Pulak tu 2 orang pernah 'disyaki' ada darah tinggi dan seorang lagi yang nombor 2 tu ada kencing manis pada usia yang belum 30 tahun pun!
Haaa mana la saya tak concern bab-bab berat badan ni.....
Saya rasa faktor genetik memang besar dalam kes family saya sebab nenek saya (belah mak) juga berbadan besar dan hanya seorang daripada 8 orang adik-beradik mak saya adalah obes!
Sebenarnya gemuk ni macaman ye ceritanya....
Gemuk adalah istilah biasa yang kebanyakan kita memahaminya
secara umum sahaja. Dalam erti kata yang lain gemuk adalah obes atau terlebih
(ter…tak sengaja heheh) berat badan. Kena faham yang berlebihan berat badan dan
obesity adalah 2 perkara yang berbeza tau. Untuk berlebihan berat badan
maksudnya 10% lebih daripada berat badan ideal. Manakala obesiti maksudnya 20%
lebih daripada berat badan ideal dan mempunyai kadar lemak yang tinggi.
Saya selalu fikir yang saya termasuk kategori berlebihan
berat badan (belum obes tau..) Tapi kawan-kawan dan orang sekeliling kata saya dalam kategori kurus (masih ye
hahah).Tapi…Tapi…. saya tetap percaya saya overweight berdasarkan kiraan Body
Mass Index (BMI). So saya memang terlebihh..terlebihhh…sikit....hmmmm…..
Selain kiraan formula BMI tu ada jugak cara yang boleh kita
guna nak tengok samada kita gemuk atau tak…. Hahaha ada berani nak cuba?
- Cermin! – tengok kat cermin adakah kita nampak gemuk? Kalau ya..maksudnya memang kita gemuk okeyyyy….. Jangan cakap tu kesan refraction or reflection light in the mirror ye……Terima hakikat!
- Cuba cubit kulit di belakang lengan atas iaitu atas otot trisep yang bermula dari satu bahu sampai ke siku. Kalau berat badan normal, tebal lemaknya antara 1 – 2.5cm saja. Ukur lah!
- Okey ini cara yang best jugak…lompat setempat depan cermin! Lompat…lompat…dan lompat lagi…..Tengok ada tak bahagian tubuh yang tak sepatutnya bergoncang tapi ikut bergoncang sekali? Contohnya: perut..huhu…So yang bergoncang itu adalah LEMAK!
Dah try?
Seronok juga ye sekali-sekala lompat setempat depan cermin…Hehehe
Penat jugak saya ni kalau tak biasa dan dah lama tak
buat..Takpe-takpe nasib baik ada VITA-LEA dan ESP…pagi-pagi dan minum so
menjadikan saya bertenaga dan tak cepat letih. Ambil juga HERB LAX dan LECITHIN
untuk serap lemak-lemak degil dan membantu detox yang best…..
Nak cuba jugak?
Jom jaga berat badan sama-sama!
No comments:
Post a Comment