Anda baru disahkan hamil? Atau
sedang menanti kelahiran si comel yang telah lama dinanti-nantikan?
So....sedang berkira-kira nak menyusukan sepenuhnya si comel atau campur susu
tin.... Okay....terpulang kepada anda kerana walau apa jua keputusan yang diambil
pastinya telah ditimbangtara dengan baik dan pastinya yang terbaik, kan?
Banyak entry saya berkaitan segala
faedah penyusuan kepada si comel sebelum ini...kali ini jom kita tengok fakta -
kenapa ibu-ibu patut menyusukan si comelnya - yang pastinya membuatkan anda
bulat hati nak menyusukan so comel itu....
Kembali
kepada bentuk badan asal
Penyusuan susu ibu membantu anda
membakar lemak yang tersimpan sewaktu hamil. ohhhh sungguh sensitif bab ini
(kalau saya la..., anda pula?hehe) Penurunan berat badan lebih berjaya jika ibu
turut mengamalkan senaman yang betul. Come on..to be honest...senang ke nak
turunkan berat badan? Biasanya ibu hamil akan tambah berat sekitar 10 -15
kg.... pada saya memang mencabar jugak..maklumla....kalau dikira-kira berat
baby baru lahir sekitar 2-4 kg sahaja..so selebihnya tu macamana ye?
Mengecutkan
rahim
Penyusuan susu ibu akan merembeskan
hormon-hormon yang bertindak ke atas uterus (rahim),menyebabkannya mengecut dan
kembali kepada saiz asal dengan lebih cepat. Selain itu, pengecutan ini juga
menghalang pendarahan berlebihan selepas bersalin.
Melindungi kesihatan
Penyusuan susu ibu melindungi ibu daripada penyakit barah
payudara dan barah ovari dan mengurangkan kemungkinan mendapat osteoporosis dan
penyakit jantung. Tahukah anda bahawa kanser pangkal rahim menyebabkan
kematian seorang wanita setiap dua minit di seluruh dunia.
Dianggarkan 1,500
wanita negara ini disahkan mendapat kanser
pangkal rahim setiap tahun. Sementara itu statistik dari Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2008 menunjukkan kes kanser di kalangan
wanita yang paling tinggi ialah kanser payudara (32.3%) diikuti dengan kanser
kolorektal (10.4%), servik (8.5%), paru-paru (5.7%) dan ovari
(5.4%). Manakala pada 2011, kanser paru-paru merupakan penyebab kematian
kanser yang paling penting bagi seluruh kematian akibat kanser yang berlaku di
semua hospital KKM di seluruh negara iaitu 17.5% diikuti oleh kanser payudara
(10.2%) dan kolorektal (8.5%).
Menjarakkan
kehamilan
Penyusuan susu ibu melambatkan
kedatangan haid dan ini boleh membantu ibu menjarakkan kehamilan secara
semulajadi. Dengan merancang kehamilan pada
jarak yang ideal (antara 2 hingga 5 tahun) maka akan mengurangi risiko
nutritional deficiencies atau kurang gizi terutama kekurangan zat besi. Ini
membantu mengurangkan risiko anemia akut (severa anemia) yang akan terjadi pada
kehamilan yang akan meningkatkan risiko stress semasa mengandung.
Mudah
Penyusuan susu ibu
selesa, boleh diberikan kepada bayi di mana-mana sahaja ibu berada, pada
bila-bila masa dan adalah percuma! Yayy!! Tidak kah ia memang sangat memudahkan kita?
Thanks for reading. Harapnya ia membantu anda membuat pilihan dan keputusan!
Sedang mencari-cari makanan tambahan untuk membantu penyusuan anda?
Sedang mencari-cari makanan tambahan untuk membantu penyusuan anda?
Dapatkan Set Penyusuan Susu Ibu Shaklee hari ini untuk hasil terbaik!
Contact saya hari ini Zila 019 5592717 untuk harga berbaloi-baloi.
Dengan setiap pembelian vitamin dengan saya anda layak mendapat:-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
No comments:
Post a Comment