Friday, 5 September 2014

Penyusuan Susu Ibu : Adakah yang lebih baik darinya?

Ramai yang tahu kebaikan susu ibu yang memang tiada tolok bandingannya. Di dalam Al Quran juga tertulis dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 233 yang bermaksud:

“Para ibu hendaklah menyusukan  anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan  penyusuan itu” 

Bagaimana susu ibu dikatakan sangat baik?


Menggalakkan penghadaman dan penyerapan nutrien dengan lebih baik

Memang kasihan kan baby kecik-kecik dah kena sembelit ataupun meragam sebab masalah susu formula. Terpaksa la mak ayah tukar-tukar susu formula nak cari yang serasi dengan baby tu.. Bagaimana susu ibu membantu masalah penghadaman?  
Beberapa bahan biologi di dalam susu ibu menyebabkan bayi dapat menyerap nutrien dengan berkesan kerana susu ibu mengandungi:
• Enzim penghadam lemak yang membantu penghadaman dan penyerapan lemak
• Protein pengikat zat besi yang membantu bayi menyerap kebanyakan zat besi di dalam susu ibu
• Kandungan laktosa yang tinggi untuk meningkatkan penyerapan kalsium, magnesium, fosforus dan mineral yang lain.

Melindungi bayi daripada penyakit

Kajian menunjukkan bayi yang disusukan secara eksklusif selama 6 bulan kurang dijangkiti penyakit dalam tempoh 12 bulan pertama usianya. Kita pun biasa dengar tentang ini, kan? Ini kerana susu ibu mengandungi nutrien dan bahan-bahan yang melindungi bayi daripada penyakit berjangkit khususnya cirit-birit, selesema, bronkoliotis dan jangkitan telinga tengah. 

                                                  

Makanan untuk perkembangan otak

Susu ibu mengandungi asid lemak perlu seperti asid alfalinolenik (ALA) dan asid linoleik (LA). Kedua-dua asid ini diperlukan untuk menghasilkan asid dokosaheksanoik (DHA) dan asid arakidonik (AA) yang penting untuk pembesaran dan pertumbuhan janin dan bayi, terutamanya untuk pertumbuhan otak dan perangsangan visual yang berkualiti.Perkembangan otak yang sempurna dalam tahun pertama usia bayi akan menyediakan asas kepada keupayaan
pembelajarannya pada masa depan. Siapa yang taknak anak-anaknya bijak kan? 

Mengurangkan kemungkinan mengalami alergi

Kebanyakan simptom alergik yang dikaitkan dengan pengambilan susu formula lazimnya berpunca daripada tindakbalas bertentangan imun bayi terhadap protein susu  lembu. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami simptom-simptom alergik seperti kolik, muntah, cirit-birit atau najis berdarah, malresapan, ekzema, rinitis alergik dan asma bronkiol. Tak pernah dengar pulak ada baby yang simptom alergik sebab menyusu ibunya? Anda pernah dengar?

Pengikat kasih

Bayi perlu mendengar degupan jantung anda, merasai kehangatan tubuh anda dan berada rapat dengan anda.Kesemua ini adalah sama pentingnya dengan keperluannya terhadap makanan. Tiada aktiviti lain yang dapat memenuhi semua keperluan ini selengkap dan sehebat penyusuan susu ibu.

So.....adakah susu formula boleh berikan yang lebih baik daripada susu ibu?

Semoga entry kali ini dapat MEMBUKA HATI dan MINDA kita semua tentang kepentingan susu ibu seperti yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran.

Terima kasih kerana sudi membaca dan semoga bermanfaat kepada semua. 




Anda seorang yang mementingkan kesihatan & kecantikan?
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan sebagai pendapatan sampingan?

FREE CONSULTATION
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!












No comments:

Post a Comment