Wednesday, 3 February 2016

Tips goodie beg/cenderahati majlis hari jadi: Apa nak letak dalam tu?

Selalu kita tercari-cari atau terfikir-fikir apa nak letak dalam goodie beg untuk majlis-majlis keraian yang kita sambut. Betul kan?

Ini adalah idea yang biasa untuk orang kebanyakan macam saya (hehe) letak di dalam goodie beg untuk birthday celeberation anak saya:


  1. biskut bear/oreo/chipsmore (boleh beli yang siap packing color biru tu or nak beli 1 tin/timbang then repack pun boleh-jimat)
  2. biskut aiskrim kecil-kecil yang ada topping macam aiskrim warna warni tu- saya tak sure nama apa hehe (boleh beli 1 tin atau timbang then repack size kecil)
  3. sumi/jeli (beli yang brand sah Halal sebab kadang-kadang tu ada pelbagai brand yang tak menentu- boleh letak 2-3 biji)
  4. gula-gula (boleh letak 2-3 biji)
  5. wafer (boleh letak 1-2 biji)
  6. lolipop (boleh letak 1)
  7. kismis
  8. madu - repack kecil
  9. kacang 
  10. roti -any brand : Twiggies, Gardenia dan sebagainya
  11. muffin/cupcake
  12. stationary set 
  13. coloring book
  14. sticker - movie sticker seperti Frozen, Big Hero 6, Rapunzel dan sebagainya
Tips:
  1. Untuk  makanan, kita boleh beli di kedai borong dan repack untuk lebih jimat. Sebab kos buat birthday memang tinggi juga (untuk orang kebanyakan seperti saya hehe). 
  2. Elakkan untuk letak makanan ringan/cikedes yang tinggi MSG tu dalam goodie beg. Kasihanilah kanak-kanak kecil yang makan makanan yang tidak berkhasiat tu. Pada saya setakat biskut okay lagi tapi saya tak boleh terima seperti Twisties, Super Ring dan sebagainya. 
  3. Untuk item no. 12 hingga 14 boleh beli di kedai-kedai borong stationary kalau murah. Saya pernah beli di Pusat Borong GM Klang dan murah sebab beli dalam kuantiti yang banyak untuk majlis anak saya.
  4. After all, letaklah makanan/stuff yang berkhasiat dan berguna sebab seandainya ia memberi manfaat kepada oranglain insyaAllah kita akan dapat pahala selain dapat pahala memberi kepada kanak-kanak tersebut.
  5.  Untuk goodie beg boleh beli yang ada kartun-kartun tu (kalau ada bajet), jika tidak ada pun saya suka buat sendiri guna doily paper dan beg kertas kecil tu. Google je banyak idea untuk ini.
  6. If ada bajet lebih, bolehlah jemput anak-anak yatim/miskin ke majlis sambutan hari lahir anak kita. Pastinya anak-anak yatim/miskin ni gembira. Dan idea yang bagus juga kalau kita celebrate di Rumah Anak Yatim/Miskin ni untuk mendidik anak-anak kita (termasuklah kita ibubapa) untuk bersyukur dengan apa yang kita miliki. Saya pasti kita akan lebih menghargai dengan apa yang kita ada dan dapat mendidik kita menjadi orang yang lebih baik di sisi Nya. InsyaAllah.
majlis hari lahir
Contoh goodie beg during birthday celebration my daughter, simple je print Sofea The First image yang comel then letak doily paper. Jimat!!! Yet creative! Hehe

Okay selamat lahir lahir! Semoga majlis yang dirancang mendapat keberkatan dari Allah bukan sekadar suka-suka untuk kita dan orang ramai sahaja. Semoga anak-anak kita menjadi saham dan pencen kubur dan akhirat untuk kita InsyaAllah.





1 comment: