Saturday, 3 May 2014

Berapa banyakkah riadah yang kita perlukan?

Beriadah? 

Sama tak dengan maksud bersenam? 
Pada saya beriadah atau bersenam lebih kurang saja maksudnya….sebab objektifnya supaya sentiasa sihat fizikal, minda dan semangat. Kita biasa dengar masa zaman sekolah dulu ada phrase ‘Badan cergas otak cerdas’, kan..

Bilakah kali terakhir anda bersenam? Wow! soalan cepumas..heheh…Dulu masa zaman bujang dan sebelum mengandung anak pertama saya dan suami boleh dikatakan hampir setiap minggu akan naik Bukit Larut dan ke Taman Tasik Taiping. Maklumla jalan kaki pun dah sampai…dekat dengan rumah. Tapi itulah kali terakhir saya naik Bukit Larut! Nak buat macamana dah ada baby takkan nak bawa naik Bukit Larut kot….lepastu kami pindah rumah so dah jauh dari kawasan tu…hmmm…senaman dalam rumah je la…hahah…



Banyak antara kita apabila dengar perkataan bersenam maka terbayanglah letih, penat, berpeluh, sakit-sakit badan, sesak nafas, pening dan macam-macam simptom lagi…

Dengan sebab tu (mungkin) ramai yang tak nak beriadah atau berolahraga kerana tak biasa buat ataupun pernah cedera seterusnya serik dah. Yelah kan..berpeluh badan melekit, rasa tak seleasa…memang mencabar mental untuk orang yang tak biasa…
Ohhh ataupun kita still buat exersice tapi tak bertahan lama…bersemangat di fasa awal saja. Reason lain mungkin jugak sebab kurang motivasi dan berfikir kenapa nak exercise ni…tak perlu pun takpe… Dan….banyak lagi alasan untuk tak exersice. ..
So biasanya kita nak tahu dah cukup ke senaman/riadah yang kita buat tu (buat ke…hihi)

Mengikut Dr. Sam Rachmat sebenarnya ia bergantung pada beberapa faktor :
·         Umur
·         Kadar metabolisme tubuh
·         Jenis aktiviti
·         Taraf kesihatan diri

Mengikut beberapa kajian ilmiah yang pernah dijalankan menunjukkan bahawa mereka yang tidak aktif beriadah lebih tinggi kebarangkalian untuk menghidap penyakit jantung! Ohh my God! 

Selain itu ia juga mendapati umur mereka juga 4-5 kali lebih pendek daripada mereka yang rajin beriadah! Alamakkk…..

Ok lagi fakta riadah : Dr. Ralph Patternbarger, ahli epidemiologi dan alumni Universiti Harvard menyatakan bahawa angka kematian di kalangan mereka yang beriadah secara sederhana adalah lebih rendah serta mendapat faedah-faedah kesihatan yang lebih banyak berbanding yang malas beriadah… 



So kesimpulannya kita mestilah..ok …mestilah….BERIADAH SECARA SEDERHANA TETAPI KONSISTEN – taknak lah beriadah/bersenam beriya-iya tetapi sebulan lepas tu dah tak buat dah…bukankah Islam juga meminta kita bersederhanaJ

Sebagai panduan biasanya kekerapan paling sedikit untuk bersenam ialah 3 hingga 5 kali seminggu. Keamatan untuk mencapai kadar denyutan nadi sehingga 70-80% daripada denyutan nadi maksimum, iaitu 220 berkurangan dengan meningkatnya umur seseorang. Jenis riadah yang biasa adalah seperti berjalan, berjoging, aerobik, berenang atau merentas desa. 
Masa riadah paling minimum ialah antara 15 hingga 20 minit.

Kawan sekerja saya (wanita) berusia 50-an dan rajin berenang. Hingga hari ini dia tidak menghidap sebarang penyakit dan di bulan Ramadan dia akan datang paling awal duduk di saf paling depan. Kami yang muda-muda ni hanya ‘mampu’ buat solat terawih 8 rakaat tapi dia boleh habiskan 23 rakaat!

Suatu hari dia cakap pada saya ‘Zila you should go swimming. Good for your health’.
Saya jawab ‘Akak saya tak pandai berenang’.
jangan gelak...It's fact ok! Haha
Tapi InsyaAllah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Dan untuk hal-hal berkaitan senaman macam ni saya suka suggest suplemen pada kawan-kawan untuk membantu kita sentiasa kekal aktif dan bertenaga.


  • Ada ESP (Energizing Soy Protein) yang diminum setiap pagi untuk berikan kita tenaga untuk memulakan hari dengan bersemangat. Yihhaaa!
  • B - complex Shaklee yang mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, b12, asid folik, biotin. Membantu menukarkan makanan kepada tenaga dan mengurangkan keletihan.
  • Vita-lea iaitu multivitamin dan mineral yang memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental. So bolehlah membantu kita lebih fokus setiap hari. InsyaAllah.

Berminat nak tahu lebih lanjut?
Contact saya
Zila 019 5592717


Jom kita sama-sama tingkatkan tenaga untuk kekal aktif sepanjang hari!







No comments:

Post a Comment