Showing posts with label Set Kesuburan Wanita Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Kesuburan Wanita Shaklee. Show all posts

Thursday, 19 July 2018

Pengalaman IUI yang pertama

Assalamualaikum
Hi all

Alhamdulillah 2 hari lepas saya telah berjaya menjalani prosedur IUI. Untuk pengetahuan, IUI adalah singkatan kepada intrauterine insemination. Memang kita akan rasa nervous sekiranya ini adalah prosedur IUI yang pertama. Saya pun begitu juga, macam-macam blog dan video di Youtube yang saya tengok sebelum tu. Tak kurang juga, saya bertanya pada rakan yang pernah menjalaninya sebelum ini.


pengalaman IUI


Bilakah IUI boleh dijalankan?
Berdasarkan pengalaman, saya hanya menjalani IUI setelah beberapa tahun mencuba untuk mendapatkan anak yang kedua. Saya memang telah berjumpa pakar sakit puan dan diberi makan clomid sejak beberapa tahun lepas. Walaupun begitu, bukanlah secara berterusan consume clomid tu kerana ikut mood saya juga ada on off berjumpa doktor. Hehe. Lagipun consumption clomid ada had dan tak boleh berterusan. IUI biasanya dijalankan antara hari ke-12 hingga ke-16 cycle.
Peratus peluang untuk mendapatkan zuriat melalui IUI sekitar 35% (doktor saya cakap) dan lebih rendah berbanding IVF. IUI lebih murah lebih kurang RM 1 ribu (di hospital saya pergi) berbanding IVF kosnya lebih daripada RM 10 ribu.

Friday, 7 November 2014

Apa kata pakar tentang suplemen untuk hamil?

Assalamualaikum semua

Hari ni saya nak share tentang hal-hal kesuburan.. Pada saya ini hal yang agak sensitif untuk sesetengah orang yang masih belum dikurniakan cahaya mata ataupun mana-mana wanita mahupun lelaki yang mempunyai masalah kesuburan. Namun saya sendiri pernah mengalami masalah kesuburan kerana pernah mempunyai cyst di ovari, maka saya turut faham dengan perasaan anda. 

Kita memang kadang-kadang tak faham macamana boleh sesetengah orang suka-suka saja tanya macam-macam hal :
- bila nak dapat anak, kan dah lama kahwin?
- bila kakak sulung nak dapat adik?
- memang plan nak anak tunggal ke?
- kenapa tak pregnant lagi?
- aduhhhh dan macam-macam lagi soalan cepumas yang ditanya..huhu 

Saturday, 1 November 2014

Suplemen untuk tingkatkan kesuburan wanita

Adalah menjadi impian setiap pasangan yang berkahwin untuk menimang cahaya mata. Namun apabila setelah masuk tahun pertama masih tiada tanda-tanda untuk hamil sudah tentulah suami isteri dan biasanya isteri semakin resah. Saya pun mengandungkan anak saya Alya hanya setelah 1 tahun 8 bulan berkahwin. Sebabnya saya mempunyai cyst di ovari dan terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang cyst yang sebesar bayi 3 bulan itu. Alhamdulillah tak lama selepas itu rezeki kami untuk mendapat anak sulung. 

Bagaimana pula dengan anda?
Saya percaya kisah pasangan suami isteri yang masih tidak dikurniakan cahaya mata bukan kisah baru. Tengok sekeliling kaum keluarga dan rakan-rakan pasti ada yang masih belum dikurniakan rezeki ni kan? InsyaAllah pasti ada rezeki suatu hari nanti dengan syarat kita seharusnya tidak berhenti berdoa dan mencuba.

Rasa tak puas rasanya kalau saya tak share pengalaman rakan-rakan yang berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee. Saya sendiri kini sedang mengambil suplemen GLA yang terbukti sangat membantu saya mengatasi senggugut dan juga beberapa vitamin yang lain. Sila KLIK SINI untuk info GLA yang hebat.

Di sini antara testimoni yang berjaya hamil: