Showing posts with label Set Bersalin & Berpantang Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Bersalin & Berpantang Shaklee. Show all posts

Saturday, 25 April 2015

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit

Amalan berpantang memang menjadi kewajipan bagi wanita lepas bersalin. Unless kita duduk oversea mungkin boleh la tak berpantang macam mat saleh..hehe...

Sebenarnya amalan berpantang merangkumi semua aspek : pemakanan, hubungan kelamin, aktiviti fizikal dan lain-lain. Berpantang membolehkan ibu berehat dan bertenang selepas melalui episod mengandung selama 9 bulan dan episod melahirkan anak yang kadangkala mencemaskan berjam-jam di dalam labour room. Elok untuk luka jahitan episiotomi sembuh jika bersalin normal dan untuk luka caesarean sembuh sepenuhnya.

Kebanyakan kaum wanita, khususnya kaum melayu juga kurang meminum air walaupun dari segi perubatan amalan ini ada kesan negatifnya. Komplikasi yang sering terjadiakibat amalan ini adalah masalah sembelit serta dehidrasi. Penghasilan susu badan juga akan terjejas akibat kekurangan air dalam badan.

Saturday, 23 August 2014

Gangguan emosi selepas bersalin

Bermula dari peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah mencecah ke usia emas, terlalu banyak perubahan fisiologi dan biologi yang harus dilalui oleh seseorang wanita.


Pakar perunding obstetrik dan ginekologi di sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, perubahan ini biasanya tidak disedari oleh ramai wanita. Sebaliknya, ia lebih banyak dikesan oleh mereka yang hampir dengan wanita terutama pasangan mereka

                         


Menurut beliau, salah satu aspek yang mungkin tidak difahami oleh sebahagian besar wanita, mahupun mereka yang berada di sekelilingnya, ialah emosi seseorang wanita.

Set Bersalin Shaklee : Pengalaman Berpantang Yang Hebat

Assalamualaikum

Hai semua…kali ni saya nak share tentang Set Bersalin Shaklee yang saya gunakan semasa berpantang sebelum ini. Sebenarnya ia dihadiahkan oleh kakak ipar kesayangan saya. Jauh tau dari Johor…pos terus ke Ipoh (ok thanks Gdex jugak heheh)....Aduhhh terharu betul dapat 1 set…pulak tu saya bersalin secara pembedahan..so memang suka sangat sebab luka pembedahan cepat sembuh.

Kelahiran yang tenang dan tidak menyakitkan disusuli tempoh berpantang yang mudah dan penyembuhan yang cepat menjadi impian setiap ibu, kan? Set Bersalin Shaklee pastinya memberikan pengalaman melahirkan yang lebih manis seperti yang dialami oleh saya sendiri dan ramai ibu diluar sana. Wahhh ayat serius betul…. Hehehe..tapi memang betul lah kan?

Untuk pengetahuan pembaca kesayangan semua, 

Set bersalin Shaklee terdiri daripada :

Sunday, 17 August 2014

Set Bersalin Shaklee – 10 Soalan-soalan popular yang anda selalu nak tahu!


1. Bila Saya Boleh Mula Ambil Set Bersalin Shaklee?
Set ini boleh dimakan terus selepas bersalin. Ini berbeza dengan sesetengah set bersalin yang lain yang perlu tunggu beberapa hari.

2. Kalau Anak Kuning (Jaundice), Boleh Ke Saya Teruskan Dengan Set Bersalin Shaklee?

Saturday, 16 August 2014

Kontraksi sebelum kelahiran : Kontraksi sebenar vs kontraksi palsu

Hai pembaca kesayangan semua..
Jom kita tambah ilmu hari ini tentang kontraksi sebelum kelahiran.

Apakah kontraksi?

Kontraksi sebenarnya adalah pengecutan rahim yang merupakan perkara utama yang menjadi petanda awal sebelum proses kelahiran bermula.  Apabila tiba masanya, rahim yang merupakan organ reproduktif wanita akan mengalami kontraksi bagi membolehkan janin dikeluarkan semasa kelahiran.  Lazimnya pengecutan rahim akan bermula daripada bahagian atas rahim dan seterusnya merebak ke bahagian bawah menuju ke arah pangkal rahim. Ia akan berulang-ulang kali secara kerap.


Sememangnya wanita yang pertama kali hamil akan mengalami kekeliruan untuk mengetahui sama ada  kesakitan yang dialami ialah kontraksi palsu atau sebenar.