Okay...jom kita tengok tempat-tempat menarik di Vietnam yang boleh anda lawati pula kalau ke sana nanti (or saya pergi buat kali kedua...what??? Hahaha)
1. Chu Chi Tunnel
Setelah lebih kurang 1 setengah jam perjalanan dengan van maka kami pun sampai ke Chu Chi Tunnel yang terletak lebih kurang 70 km dari Ho Chi Minh City.
Dah datang jauh-jauh...mestilah kena masuk jugak! Muat ke? haha |
Haaaaa.....dah tutup! muat!!! yeayyyy!!
Gelap kott dalam ni...kalau tak ingat kubur..tak tahula....
Actually time nak keluar dari lubang tu...susah jugak la sebab kena henjakkan badan ke atas..yela dalam jugak la...tak cukup ketiggian la saya ni...so apa lagi..tersangkutla nak keluar..hahahha...adoiii gelak banyak pun satu hal...macam mana nak keluar..mat saleh kat sekeliling dah kerumun dah tengok saya tersangkut....hahahha...dah macam artis..lepas beberapa kali cubaan melonjakkan badan keluar dan ditarik oleh kawan-kawan barulah berjaya..Hahahha gelak kat diri sendiri! Best la....mana nak dapat pengalaman ni kat tempat lain kan? ayat cover...
|
Posing bersama 'komunis' |
Aktiviti-aktiviti di bawah tanah |
Perangkap yang banyak jenis digunakan untuk menentang tentera Amerika..dahsyat la perang |
Lagi...depan aktiviti-aktiviti di bawah tanah |
Boleh menembak..kalau nak... |
Ada National Defence Sports Shooting Range (seperti tertulis kat signboard heheh). Kat sini bolehlah nak cuba aktiviti menembak dengan pelbagai jenis senapang. Tapi peluru kena beli sendiri..boleh bayar guna RM macam biasa. Tapi saya dan kawan-kawan tak buat pun sebab kena beli bullet sendiri (punyala berkira hehe) lagipun tak suka la bising bingit telinga... Yela tu...hehe.
Then boleh tengok proses pembuatan makanan tradisional jugak macam lempeng kot...dah tak berapa ingat..serius kan makcik ni...tapi yang kami perasan orang-orang Vietnam ni memang kecil molek dan susah nak jumpa yang overweight. Mungkin sebab tu lah boleh bina lubang kecil (yang saya tersangkut tu lah hehe).... hidup bawah tanah...sebab size mereka yang kecil.
Dalam terowong Chu Chi |
Tak sah kalau tak menyusuri Sungai Mekong ni kalau berkunjung ke Vietnam. Chewahhh! Heheh... Sungai Mekong ni merupakan sungai ke-10 terpanjang di dunia yang mengalir dari Yunnan, China kemudian terus ke Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan akhirnya sampai ke Vietnam. Seterusnya megalir masuk ke Laut China Selatan.
Perjalanan ke Mekong River dari hotel kami di bandar sekitar 2 jam jugak la dengan van...Jauh la kiranya..tapi sangat berbaloi sebab memang menarik di sini. Kita akan di bawa dengan menaiki bot besar ke sebuah pulau. Di situ kita akan melihat proses pembuatan gula-gula kelapa yang sedap. Ada free tester ye. Hehe.. Then kita akan dijamu dengan minuman dan makanan berasaskan madu lebah. Ohh ya...semestinya ramai peniaga yang menjual seperti beg (saya beli 1 sebab cantik suka sangat), pakaian, buah-buahan dan banyak lagi yang membuatkan RM kita melayang terbang seperti angin ye...Heheh....
.......................cerita Mekong Cruise.............................
Seawal 7.30 pagi selepas breakfast seperti semalam, kami semua berkumpul di depan hotel menunggu tourist guide kami Dominic untuk membawa kami ke Mekong River.
Jap nak posing untuk Day 3 trip....heheh
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam..fuhhh jauh jugak rupanya....dan dalam perjalanan yang panjang tu kita akan tengok pemandangan macam di utara semenanjung Malaysia...sebab sawah padi terbentang luas. Ada lembu kerbau...heheh..iyalahhh Asia Tenggara kan...macam ni lah keadaannya lebih kurang saja....kereta memang tak banyak macam di Malaysia lah sebab kat sini Dominic cakap nak beli kereta atau motor kena bayar cash. Tiada istilah hutang ye...loan bank? Oh enggak ada dong!! Ha....sebab itulah rakyatnya hanya mampu beli motor saja...sesiapa yang beli kereta tu kiranya orang kaya lah kiranya di sini.. So kalau kita duduk di Vietnam macamana? Mampu tak beli kereta dengan tunai based on duit makan gaji tu?*huhuhu...nangis jap*
Pemandangan bandar Ho Chi Minh yang majoriti bermotosikal |
Dalam perjalanan ke Mekong River tu..kami sempat singgah di kawasan R&R tapi tak sure + tak ingat dah apa namanya... R&R ni sama jugak la macam tempat kita di highway tu cumanya pemandangan dan lansdskap nya cantik. Sangat sesuai untuk berposing dengan teman-teman ye hehe...
Di sini pun ada menjual sovenir untuk dibeli..tapi biasalah tempat-tempat macam ni mahal sikit berbanding di luar. My tips : beli saja sovenir di Bent Thant Night Market tak pun di jeti Mekong River nanti..memang murah. 6 keping sovenir contoh macam fridge magnet and keychain dapat RM 10. Tu paling murah saya jumpa...okayla tu untuk kenangan bagi pada keluarga dan kawan-kawan balik Malaysia nanti. Tak beli apa-apa untuk mereka? Fuhhh habis bajet la tu ye..hehhe
Lebih kurang 40 minit lepas tu kita pun akan sampai ke jeti Mekong River. Okay ini buktinya dah sampai...Hahah..tolong la....
Kita akan naik motorboat ke Thoi Son Islet. Lebih kurang 20 minit saja ke situ. Apabila sampai ke pulau tu akan terbau-bau kelapa yang banyak..sebab terdapat pemprosesan gula-gula kelapa. Pernah kan makan coconut candy terutama masa zaman kecik-kecik makan dengan kertas pembungkus yang transparent tu...yang prawn candy tu. So lebih kurang yang tu lah kat sini....cuma yang bezanya sini ada beberapa flavour..coconut+choc, coconut+kacang, coconut+pandan dan coconut original dan yang lain-lain tak ingat.
Yang kanan sekali pegang budak tu ialah Dominic tour guide kami |
Baik-baik diri atas batang pokok tu nanti silap haribulan tak balance berendam lah dalam air bawah tu |
Errrr....berapa dah duit u habis kat sini ye....hahahah |
Cantik je view rumah papan ni...sekali toilet daaaa...... |
Lebih kurang 40 minit lepas tu kita pun akan sampai ke jeti Mekong River. Okay ini buktinya dah sampai...Hahah..tolong la....
Kita akan naik motorboat ke Thoi Son Islet. Lebih kurang 20 minit saja ke situ. Apabila sampai ke pulau tu akan terbau-bau kelapa yang banyak..sebab terdapat pemprosesan gula-gula kelapa. Pernah kan makan coconut candy terutama masa zaman kecik-kecik makan dengan kertas pembungkus yang transparent tu...yang prawn candy tu. So lebih kurang yang tu lah kat sini....cuma yang bezanya sini ada beberapa flavour..coconut+choc, coconut+kacang, coconut+pandan dan coconut original dan yang lain-lain tak ingat.
Pemprosesan membuat coconut candy |
Packing candy |
Madu. lebah peliharaan |
Kita minum dulu!!!
|
Buah-buahan tempatan yang sama seperti tempat kita |
Menyusur Mekong |
3. Water Puppet Show
Hanya 10 minit dari Ben Thanh, pertunjukan seni budaya tradisi masyarakat Vietnam yang bermula di delta sungai Merah ini hampir sama dengan persembahan boneka di negara lain.Tetapi yang uniknya ialah boneka-boneka kayu ini dimainkan di atas air.
Harga masuk around USD 7.50 (~RM24.54)
3. Bent Thant Market (Klik untuk baca lanjut)
Haaa inilah tempat yang disukai ramai terutama kita la perempuan..Bent Thant Market macam Pasar Siti Khadijah la Kelatan tu sebab macam-macam ada. Ada jual kain cotton, kain lace, prada lace, sutera Vietnam, baju balus, tshirt, kemeja lelaki dan wanita, kasut, cadar, table runner, lapik meja, sarung bantal bersulam, souvenir dan macam-macam lagi. Yang penting tawar harga ye!! Harganya memang tinggi tapi boleh drop jauh sangat bila kita pandai tawar. Tak pandai tawar? Cari kawan yang pandai tawar! Heheh...kalau tak senyum sampai ke telinga la penjual tu...
4. Bent Thant Night Market
Pasar Malam Ben Thanh disekeliling Ben Thanh Market bermula jam 7 malam sehingga 12 tengah malam. Barangan yang dijual lebih kurang dalam Ben Thanh Market dan lebih murah sedikit harganya jika pandai menawar. Saya memang suka! Sebab tu tiap-tiap malam pergi! Ada telekung, kain pasang, baju siap, beg, blouse, table runner..macam-macam la..sedia duit je..hehe
5. Malaysian Street
Kat area sini kalau malam-malam memang seronok untuk shopping. Pun sama ada jual telekong, tshirt Vietnam, beg, kain cotton, baju kurung siap, jubah, tudung dan macam-macam lagilah. Tempat makan halal pun banyak kat sini..tapi tak semurah Bent Thant dan pasar malam tu.
6. Pasar Binh Thay
Jika anda ingin memborong kain dan barangan lain untuk dibawa pulang, singgalah ke pasar borong Vietnam yang dikenali sebagai pasar Binh Tay di Daerah 6 ini.
Pasar khusus untuk para pemborong ini tidak sesuai untuk pelancong, anak kecil atau mereka yang bencikan lorong kecil. Tetapi jika anda seorang peniaga yang datang untuk mencari fabrik untuk diniagakan di Malaysia, ini memang tempat sesuai untuk anda.
Peniaga borong di sini kebanyakannya tidak akan melayan sebarang tawar menawar atau pembelian peribadi secara kecil. Bukan apa, sasaran mereka bukan pelancong, tetapi peniaga pukal. Dan harga barangan mereka pun jauh lebih murah dari Pasar Bent Thanh. Pa
Pasar borong pakaian dan pelbagai kelengkapan ini sempit dan panas. Manusia, kain dan motor berkongsi lorong yang sama dan anda kerap kali terpaksa melangkah longgokan baju dan kain untuk bergerak.
Tetapi jika anda tidak kisah dengan semua ini, anda pasti pulang dengan senyuman lebar selepas seharian meredah manusia dan barangan di sini.
7. Saigon Central Post Office
Pejabat pos ini terletak di tengah-tengah
bandar Ho Chi Minh dan bertentangan dengan Notre Dame Cathedral. Ia dibina pada
1886 hingga 1891. Apabila masuk saja pejabat pos ni rasa seolah-olah berada di
zaman lama sebab rekaannya yang klasik lagi bersejarah. Ada peta dilukis di
dinding-dinding. Begitu klasik sebab itulah ia menjadi tarikan pelancong di Ho Chi Minh City ni. Pejabat pos ni masih beroperasi hingga hari ini. So...bolehlah
kalau nak pos surat ke Malaysia ye! Hehehe...
8. Notre Dame Cathedral
Jangan ingat Notre Dame ada di Paris saja ye..Ho Chi Minh City pun ada. Kalau nak tahu..semua bahan binaan untuk membina Notre Dame ini didatangkan khas dari Perancis...malah tiles di dalamnya turut mempunyai tulisan-tulisan berbahasa Perancis yang dipercayai tempat pengeluaran tiles itu di sana. So teringat la pulak dulu-dulu ada movie The Huntchback of Notre Dame hehe...
9. War Remnants Museum
Muzium ini adalah yang paling terkenal di Vietnam. Ia mempamerkan foto-foto dan tinggalan Perang Vietnam semasa mereka menentang U.S dahulu. Boleh tengok banyak foto yang menyayat hati akibat perang terutamanya bayi dan kanak-kanak. Antaranya kesan daripada Ajen Orange iaitu bahan kimia yang telah disebarkan oleh tentera U.S ke atas penduduk Vietnam pada masa Perang Vietnam tahun 1961 hingga 1972. Memang ramai pelancong asing datang ke sini.
Muzium ini terletak di District 3 Ho Chi Minh City. Ia sebagai salah satu tanda peringatan perang iaitu Perang Vietnam dan dibuka kali pertama oleh Kerajaan Vietnam pada 1975 sebelum diubahsuai dan namanya beberapa kali.
Muzium ni terbahagi kepada beberapa bahagian. Ada bahagian pameran foto-foto semasa Perang Vietnam, ada bilik untuk hasil kerja seni kanak-kanak, ada hasil tinggalan perang yang digunakan oleh mereka semasa perang seperti basikal, bom dan banyak lagi.
Ingatkan masuk muzium ni macam biasa je macam muzium yang pernah masuk sebelum ni...tapi berbeza. Memang tersentuh hati lah tengok foto-foto zaman Perang Vietnam tu...semua orang dalam muzium tu memang diam je..senyap sunyi....bayangkan foto kanak-kanak, bayi semasa perang...ibu mengandung.....tak ke memang sedih..huhu...teringat anak kat rumah..huwaaaaaaa.....
Ehem2...okay...
Yang teruknya kesan Perang Vietnam ni sebab Agen Orange iaitu sejenis bahan kimia yang digunakan oleh tentera Amerika ke atas penduduk Vietnam. Sebelum ni saya hanya tahu tentang bom atom yang digugurkan oleh tentera Amerika ke atas Hiroshima dan Nagasaki saja...yang menyebabkan pelbagai kesan termasuklah yang sangat menakutkan iaitu mutasi sel. Rupa-rupanya di Vietnam pun sama jugak..tentera Amerika menyebarkan Agen Orange atau dioksin yang turut akan menyebabkan mutasi sel selain penyakit kulit dan pelbagai jenis kanser yang kesannya memang ada sehingga hari ini. (ke..saya je yang tak tahu tentang ni?orang lain semua tahu ek?huhu)
Sebab itulah jika anda berjalan-jalan di sekitar bandar ini akan nampak orang cacat seperi kurang jari, kudung kaki dan tangan.....inilah puncanya iaitu Agen Orange. Huh....memang Amerika lah kan....sanggup buat apa saja asalkan mereka dapat apa yang mereka nak..hah tetiba emosional..eee..memang teringat kat penduduk Palestin..macamana lah keadaan mereka kan..memang dahsyat la kesan perang....memusnahkan segala-galanya....hanya mereka saja yang tahu....namun seboleh-bolehnya kita pun mesti bantu mereka dan salah satunya yang paling saya suka BOIKOT BARANGAN ISRAEL!! Contoh McD!! Yayyy dah lama tak makan...puas ati...
Okay2...back to Perang Vietnam info.....
Perang Vietnam tu berlaku antara 1957 dan 1975... Kiranya baru je la habis kan? Now baru 2014... Ia juga dikenali sebagai Perang Indochina Kedua. Dua kubu yang berperang adalah Republik Vietnam (Vietnam Selatan) dan Republik Demokratik Vietnam (Vietnam Utara). Amerika Serikat, Korea Selatan, Thailand, Australia, Selandia Baru dan Filipina bersekutu dengan Vietnam Selatan, manakala Uni Soviet dan Tiongkok mendukung Vietnam Utara yang berideologi komunis.
Jumlah korban lebih dari 280 000 jiwa di pihak Vietnam Selatan dan lebih dari 1 juta jiwa di pihak Vietnam Utara. So di War Remnants Museum inilah yang menceritakan segalanya.
So inilah antara tempat-tempat menarik yang biasanya ramai pelancong pergi apabila ke Ho Chi Minh. Sebenarnya ada lagi beberapa tempat yang lain..mungkin ada yang dah pergi boleh la share ya...sharing is caring kan? hehe...
Semoga bermanfaat..
Tips ke sini : bawa duit lebih hehe...sebab banyak benda-benda menarik yang akan memanggil-manggil anda untuk beli. Terutama kain yang super murah!! Wohooooo....
Selamat melancong ke Ho Chi Minh kawan-kawan!
Bertentangan dengan post office yang klasik ni ialah Notre Dame Cathedral. Ala-ala Paris gitu heheh...
Notre Dame ini dibina oleh Perancis kerana mereka kan pernah menjajah Vietnam dahulu sekitar 1863 hingga 1880. So pembinaan ini adalah salah satu usaha pihak Gereja Roman Katolik tuntuk membantu pihak Perancis dalam urusan agama mereka.
Jangan ingat Notre Dame ada di Paris saja ye..Ho Chi Minh City pun ada. Kalau nak tahu..semua bahan binaan untuk membina Notre Dame ini didatangkan khas dari Perancis...malah tiles di dalamnya turut mempunyai tulisan-tulisan berbahasa Perancis yang dipercayai tempat pengeluaran tiles itu di sana. So teringat la pulak dulu-dulu ada movie The Huntchback of Notre Dame hehe...
Boleh nampak tak The Hunchback of Notre Dame? hehe |
9. War Remnants Museum
Muzium ini adalah yang paling terkenal di Vietnam. Ia mempamerkan foto-foto dan tinggalan Perang Vietnam semasa mereka menentang U.S dahulu. Boleh tengok banyak foto yang menyayat hati akibat perang terutamanya bayi dan kanak-kanak. Antaranya kesan daripada Ajen Orange iaitu bahan kimia yang telah disebarkan oleh tentera U.S ke atas penduduk Vietnam pada masa Perang Vietnam tahun 1961 hingga 1972. Memang ramai pelancong asing datang ke sini.
Muzium ini terletak di District 3 Ho Chi Minh City. Ia sebagai salah satu tanda peringatan perang iaitu Perang Vietnam dan dibuka kali pertama oleh Kerajaan Vietnam pada 1975 sebelum diubahsuai dan namanya beberapa kali.
Muzium ni terbahagi kepada beberapa bahagian. Ada bahagian pameran foto-foto semasa Perang Vietnam, ada bilik untuk hasil kerja seni kanak-kanak, ada hasil tinggalan perang yang digunakan oleh mereka semasa perang seperti basikal, bom dan banyak lagi.
Ingatkan masuk muzium ni macam biasa je macam muzium yang pernah masuk sebelum ni...tapi berbeza. Memang tersentuh hati lah tengok foto-foto zaman Perang Vietnam tu...semua orang dalam muzium tu memang diam je..senyap sunyi....bayangkan foto kanak-kanak, bayi semasa perang...ibu mengandung.....tak ke memang sedih..huhu...teringat anak kat rumah..huwaaaaaaa.....
Ehem2...okay...
Yang teruknya kesan Perang Vietnam ni sebab Agen Orange iaitu sejenis bahan kimia yang digunakan oleh tentera Amerika ke atas penduduk Vietnam. Sebelum ni saya hanya tahu tentang bom atom yang digugurkan oleh tentera Amerika ke atas Hiroshima dan Nagasaki saja...yang menyebabkan pelbagai kesan termasuklah yang sangat menakutkan iaitu mutasi sel. Rupa-rupanya di Vietnam pun sama jugak..tentera Amerika menyebarkan Agen Orange atau dioksin yang turut akan menyebabkan mutasi sel selain penyakit kulit dan pelbagai jenis kanser yang kesannya memang ada sehingga hari ini. (ke..saya je yang tak tahu tentang ni?orang lain semua tahu ek?huhu)
Sebab itulah jika anda berjalan-jalan di sekitar bandar ini akan nampak orang cacat seperi kurang jari, kudung kaki dan tangan.....inilah puncanya iaitu Agen Orange. Huh....memang Amerika lah kan....sanggup buat apa saja asalkan mereka dapat apa yang mereka nak..hah tetiba emosional..eee..memang teringat kat penduduk Palestin..macamana lah keadaan mereka kan..memang dahsyat la kesan perang....memusnahkan segala-galanya....hanya mereka saja yang tahu....namun seboleh-bolehnya kita pun mesti bantu mereka dan salah satunya yang paling saya suka BOIKOT BARANGAN ISRAEL!! Contoh McD!! Yayyy dah lama tak makan...puas ati...
Okay2...back to Perang Vietnam info.....
Perang Vietnam tu berlaku antara 1957 dan 1975... Kiranya baru je la habis kan? Now baru 2014... Ia juga dikenali sebagai Perang Indochina Kedua. Dua kubu yang berperang adalah Republik Vietnam (Vietnam Selatan) dan Republik Demokratik Vietnam (Vietnam Utara). Amerika Serikat, Korea Selatan, Thailand, Australia, Selandia Baru dan Filipina bersekutu dengan Vietnam Selatan, manakala Uni Soviet dan Tiongkok mendukung Vietnam Utara yang berideologi komunis.
Jumlah korban lebih dari 280 000 jiwa di pihak Vietnam Selatan dan lebih dari 1 juta jiwa di pihak Vietnam Utara. So di War Remnants Museum inilah yang menceritakan segalanya.
Setelah selesai meneroka muzium ni..sedih-sedih tengok mangsa perang..marah-marah kat Amerika bagai...kat luar tu ada jualan sovenir oleh kanak-kanak dan mangsa Agen Orange Perang Vietnam..Alahaaiiiii tak kan lah tak beli kan? membeli sambil membantu mereka.....murah je...boleh bayar RM ye..no worriessss....Cute jugak sovenir buat sendiri..ada yang dari manik...tak sempat nak capture gambar
Saya beli Olaf Frozen untuk anak kat rumah dengan keychain manik-manik cantik! Tapi balik rumah ni entah mana tah keychain tu...hehe..
So instead of shopping..shopping..and shopping..datanglah ke War Remnants Museum ni...boleh buka mata dan minda tengok keadaan negara orang..pada saya barulah itu lebih bermakna dapat learn something....bukan sekadar seronok-seronok suka-suka...habis duit...but we get 'something' from the places we go. That's why lah Vietnam ni baru buka pintu ke negara-negara luar sebab mereka dah rasa teruknya kesan peperangan yang dahsyat tu. Nak kata Malaysia tak teruk perang dulu pun tak jugak...tapi rasanya tak adalah sampai dapat kanser sel..mutasi semua tu sampai hari ni kan? And kalau kita tengok rakyat Vietnam memang rajin dan berusaha pelbagai cara untuk mencari wang..macam-macam mereka buat untuk survive. So apakah moral nya disitu?
p/s: Recreation must come with re-creation you!
So inilah antara tempat-tempat menarik yang biasanya ramai pelancong pergi apabila ke Ho Chi Minh. Sebenarnya ada lagi beberapa tempat yang lain..mungkin ada yang dah pergi boleh la share ya...sharing is caring kan? hehe...
Semoga bermanfaat..
Tips ke sini : bawa duit lebih hehe...sebab banyak benda-benda menarik yang akan memanggil-manggil anda untuk beli. Terutama kain yang super murah!! Wohooooo....
Selamat melancong ke Ho Chi Minh kawan-kawan!
No comments:
Post a Comment