Monday 23 December 2019

Tips MELANCONG ke Switzerland dan Tempat WAJIB Pergi

Alhamdulillah saya sekeluarga baru kembali dari Switzerland setelah 2 minggu berada di negara orang. Seperti biasa saya lah travel agent nya haha...sebab saya memang suka nak buat itinerary sendiri dan lebih fleksibel berbanding pakej pelancongan di luar.
Saya pergi bersama suami dan anak  berusia 8 tahun. Kami pergi dan balik dengan Qatar Airways daripada KL dan transit di Doha. Perjalanan lebih kurang 8 jam dan daripada Doha ke Zurich selama 6 jam. Penerbangan balik, saya ambil daripada Milan Italy juga transit di Doha sebelum sampai ke KL.

Peta perjalanan - Zurich-Lucerne-Interlaken-Milan

Tips travel jimat kos di Switzerland :


1. Swiss travel pass


Jika mode transportation adalah public transportation, better beli Swiss Travel Pass (STP) atau Swiss Half Fare Card (SHFC).
Saya beli SHFC daripada Klook app di sini https://bit.ly/36MGe2i

Kedua-dua jenis pass ini boleh beli di train station Switzerland atau beli online. Saya beli secara online di Klook apps berharga RM 490 untuk seorang. So, saya beli untuk saya dan suami.











Jika saya pilih STP, harga untuk 8 hari seorang adalah      RM 1735. Dan memanglah free ke kebanyakan tempat (sesetengah mountain yang popular seperti Titlis dan Jungfraujoch still kena bayar sama seperti SHFC), tetapi dalam 8 hari rasanya tak mampu nak cover terlalu banyak tempat. Lagipun, during winter, pukul 5 petang sudah malam. 

Dengan SHFC semua transportation (bus, train, boat, cable car)   dapat diskaun 50%. Apabila ibubapa beli pass ini, kita akan dapat  Swiss Family Card, yang membolehkan anak yang berusia hingga 16 tahun travel secara percuma. Ya! percuma!

Manakala until Swiss Travel Pass (STP) ada beberapa jenis boleh pilih mengikut hari. Boleh tengok option tawaran daripada Klook di sini https://bit.ly/2Tfft2z
STP lebih mahal kerana ianya membolehkan anda travel secara percuma ke semua tempat tarikan dan percuma tiket public transportation mengikut jumlah hari yang dibeli. 
Ada pilihan 3 hari : RM 970, 4 hari : RM 1170, 8 hari : RM 1735 dan 15 hari : RM 2130. Harga berbeza juga sama ada hendak memilih flexible days atau consecutive days. 

Begitu juga dengan anak yang berusia hingga 16 tahun, boleh travel percuma sama seperti SHFC dengan STP. Menarik bukan? Saya memilih SHFC berbanding STP kerana saya stay agak lama di Swiss iaitu selama 10 hari. SHFC boleh digunakan selama 1 bulan, berbanding STP ada restriction mengikut jumlah hari yang dibeli. 

Pandangan saya, travel pass memang akan lebih menjimatkan kos. Sekiranya, tanpa STP atau SHFC, anak akan dikenakan diskaun 50% daripada bayaran dewasa. Still kena bayar berbanding menggunakan travel pass.

Dengan pass ini, saya telah dapat menjimatkan kos lebih kurang 75% berbanding tanpa pass. 
Jika anda hanya stay di Lucern, mungkin boleh pertimbangkan Tell Pass yang berharga lebih kurang RM 465 seorang untuk 2 hari. Ada harga lain mengikut bilangan hari.


Mesti ingat, public transportation di Swiss adalah antara termahal di Europe dan Swiss adalah antara negara paling mahal di dunia.

Maklumat lanjut disini https://www.tellpass.ch/de/

2) Supersaver Ticket

Jika ingin beli ticket train saya beli secara online di aplikasi SBB mobile. Cara ini boleh elakkan kami sekeluarga bawa wang tunai yang banyak. Lagipun kami akan ke Milan, ramai yang bercerita di Milan ramai pickpocket. 


Dengan aplikasi SBB mobile, kita boleh plan awal untuk naik train pukul berapa. Ada route yang berbeza harga mengikut waktu. Juga ada certain route yang menawarkan Supersaver Ticket, yang up to 70% lebih murah. Contohnya dari Zurich ke Luzern. Ianya memang memudahan perjalanan dan membantu menjimatkan duit. 


Supersaver Ticket ini hanya boleh dibeli melalui SBB mobile app. Kenapa murah? Sebab pada masa ini, jumlah penumpang adalah kurang dan bukan peak hour.


Maka, saya akan pilih tiket yang waktu murah + Supersaver Ticket price. Tambahan pula, saya ada Half Fare Travel Card, maka tiket saya bertambah murah lagi. 


Supersaver Ticket ini hanya valid until selected time departure saja. Kalau anda pilih Point-to-point Ticket, sekiranya anda terlepas train, anda boleh naik train lain pada masa yang lain dalam route yang sama. 


Berhati-hati semasa beli tiket dan simpan elok-elok jika beli ticket di kaunter, kerana kalau hilang tiket, harga denda chf 90, lebih kurang RM 400 + harga route tiket sebenar. Nangisss! 

Kalau beli online di aplikasi ini, kita hanya ada e-ticket dalam phone, dan tunjukkan saja kepada inspector ticket. 

Ini contohnya :


SBB Mobile app



Select destination - Contohnya Zurich HB ke Luzern. Ada beberapa masa dengan harga dan train direction berbeza, yang % menunjukkan ada diskaun. . 

So saya select paling murah pukul 16.04.Next, masukkan detail passenger dan type of card yang dimiliki.



harga dengan Swiss Half Fare Card 



harga tanpa Swiss Half Fare Card
                                                                                            
Lastly,proceed ke payment. Setel! Tak perlu print out ticket. Supersaver Ticket ini available hingga 1-2 jam sebelum train berlepas. Kalau hendak beli last minute, harga Supersaver Ticket ini akan gone.
So, sebelum anda ke Swiss, bolehlah buat bajet kira-kira untuk kos pengangkutan berdasarkan SBB mobile app ini.

Walau bagaimanapun, jika anda travel dengan STP, anda tidak perlu merancang sebegini, kerana semuanya covered by the pass. Percuma kecuali untuk train route yang memerlukan seat reservation. 

3) Bawa bekalan makanan 


Tips ini memang saya apply ke semua negara yang saya pergi. Apatah lagi ke Swiss yang mahal ni. hehe. Pada saya, tidaklah terlalu mahal, cumanya tak kan lah kita nak makan kebab hari-hari di sana kan? Tapi memang kami makan di restoren Turki atau Lebanon setiap hari tapi di tempat-tempat yang berbeza, sebab nak rasa makanan di tempat yang berlainan. Menarik juga. Harga kebab dalam RM 50 sebiji. So, peruntukan setiap hari makan dalam RM 200. Termasuklah asyik nak beli hot chocolate dan hot coffee untuk panaskan badan. hehe.

Di samping tu, bekal makanan pun bawa juga. 

Pada saya, nak bawa makanan frozen pun okay, sebab masuk ke Swiss tak perlu declare makanan yang dibawa di airport. Tidak strict seperti di Australia dan Korea. 


Semasa ke Korea dan London, kami bawa lauk siap masak yang telah dibekukan, wrap seeloknya, inshaAllah tidak cair. Then sampai ke hotel, masuk fridge. Apabila nak makan, panaskan saja..Tadaaaa dah siap. Contoh lauk yang dibawa adalah ayam masak black pepper dan ayam bistik. Apa-apa lauk pun boleh. Cuma ke Swiss saja saya tak bawa lauk, risau tak lepas di kastam, rupanya okay saja.

InshaAllah trip lepas ini, saya akan bawa hehe.

4) Beli barang di Denner dan Aldi


Coop Mart adalah supermarket yang mudah dijumpai di mana-mana di Swiss. Walau bagaimana pun, saya dapati harganya mahal sedikit berbanding supermarket Denner dan Aldi. Disebabkan memasak, barang yang mesti saya beli ialah telur hehe. Selain itu, kami juga beli coklat dan keropok sebagai souvenir di sini, kerana lebih murah. Harga standard sebuah keychain atau fridge magnet sekitar RM 20. Dibawah ini adalah gambar Aldi dan Denner di Interlaken.






5)  Minum tap water

Pure, rich in minerals dan memang selamat diminum.

Memang jimat duit! Kalau nak beli air botol Evians pun boleh je, hanya 99 cents untuk sebotol besar saiz 1.5 liter, hehe. Sangat murah berbanding di Malaysia. Seronok pula tengok harganya hehe.

6) Tinggal di bandar dan hotel yang menawarkan free public transportation card


 

Di hotel tempat kami menginap di Luzern dan Interlaken, kami dapat free intercity public transportation card. Malahan, ada bus free daripada Interlaken sehingga Lake Brienz dan Lake Thun. Di Zurich tiada tawaran sebegini. Sebelum book hotel, bolehlah pastikan terlebih dahulu tentang transportation card ini jika hendak jimatkan duit. 

Okay, now sudah boleh berjimat sedikit, jom tengok tempat2 yang boleh dilawati di Swiss, berdasarkan jadual perjalanan saya ini. 

Jadual perjalanan


Day 1 and 2 - Zurich 

Tempat menginap - Zurich Lakeside Apartment 

FIFA World Football Museum,Old Town, Lake Zurich, Grossmunster, Fraunmunster, Zurich Opera House dan Paradeplatz.


Tips : 

1) Boleh beli intercity ticket tram dan bus di ticket machine. Anda boleh hop on and hop off tanpa perlu beli tiket beberapa kali. Harga mengikut zon dan masa. Lebih jimat.

2) Beli online ticket FIFA lebih murah 50% berbanding walk in price.



Lake Zurich 

FIFA Museum


FIFA Museum


Day 3 and 4 - Lucerne city sightseeing & Lake Lucern Cruise 


Tempat menginap : Ibis Budget Hotel Lucerne


Chapel Bridge, Lion Monument, Spreuer Bridge, Museggmauer, Glacier Garden of Lucerne, Hofkirche St. Leodegar. 


Tips : 

1) Untuk boat cruise, harga chf 35. So, dengan SHFC adalah chf 17 dan kids up to 16 years old, adalah free. Dengan STP totally free. Boat cruise tour mengambil masa sekitar 1 jam 15 minit boleh menikmati pemandangan Lake Lucerne. Ada free audio guide juga. 

2) Di sebelah hotel ini, ada Denner supermarket. Setiap hari kami masuk Denner untuk membeli dan mencuci mata. Pagi-pagi sebelum naik bas, saya akan beli croissant. hehe




Museggmauer Lucerne


Lucerne
Chapel Bridge
Chapel Bridge



Day 5 - Mount Titlis


Daripada awal memang saya sudah target Mount Titlis untuk tempat main ice sledding dan snow tubbing. Bukan semua mountain ada tempat bermain salji ya. 

Cara ke Mount Titlis :

1) Dari Lucerne, kami naik train sehingga last stop iaitu Engelberg.

2) Then, ada free shuttle bus ke Titlis Valley Station. Boleh juga berjalan kaki dalam 15 minit.
3) Beli tiket di kaunter, jika belum beli. Harga sebenar chf 92 for adult, kids chf 46. So dengan SHFC atau STP, tak perlu pening kepala.
4) Naik Titlis Xpress gondola cable car macam di Langkawi dan Genting Higlands tu.
5) Tukar naik Titlis revolving cable car. Boleh berputar 360 degrees. Dah sampai ke puncak Mount Titlis!

Apa yang boleh dibuat di sini, memang ada macam-macam. Majoriti orang Swiss datang sini main ski, ice skating dan snowboard.

Klik di website ini untuk maklumat lanjut dan check apa yang ditawarkan mengikut musim. 
https://www.titlis.ch/en


Kami sempat naik Ice Flyer chair lift, ke Glacier Cave, naik Cliff Walk, berehat di panoramic lounge dan beli coklat di Lindt Chocolate shop.
Yang paling kami suka di Trubsee Snowpark, ada tempat main ice sledding dan snowtubbing secara percuma. Yeay!! 

Tips :

1) jika datang masa winter dan ingin bermain di snowpark, pastikan pakai pakaian yang waterproof. Atau bawa pakaian extra untuk salin basah habis dek main salji. 















Day 6 - Interlaken 

Tempat menginap : Walters Hostel Interlaken

Kami ke Hohematte dan Unterseen. Di Interlaken ada banyak juga kedai makan halal. Pekannya kecil sahaja. Kami stay di sini selama 4 hari 3 malam. Interlaken boleh dikatakan sebagai home base untuk ke banyak tempat menarik lain disekitar seperti Jungrau, Murren, LauterbrunnenHarder Kulm dan Spiez.




Day 7 - Murren dan Lauterbrunnen


Dari Interlaken OST ke Murren Lauterbrunnen hanya 20 minit dengan train. 

Lauterbrunnen adalah perkampungan cantik yang ada 72 buah waterfall. Yang terkenal adalah Staubbach Falls dan Trümmelbach Falls. 

Murren pula is a car free village yang merupakan perkampungan atas gunung yang sangat cantik berlatarbelakang kan batuan Swiss Alps, terletak di kaki Mount Schilthorn. Untuk naik ke sini juga perlu menggunakan cable car. 

Ada 2 cara untuk ke Murren:

1) Lauterbrunnen - Stechelberg - Gimmelwald - Murren
2) Lauterbrunnen - Grütschalp - Murren


Kami naik ikut cara 1 dan turun ikut cara ke-2. 

Di Murren juga majoriti orang Swiss yang datang berman ski. Di sini juga kalau salji yang cukup boleh bermain ice sledding dan sledging.

Dari Murren kita boleh naik ke Mount Schilthorn, menikmati pemandangan Eiger, Monch, Mont Blanc dan Jungfrau. Di sini pernah dijadikan tempat pengambaran filem James Bond. 

Harganya, jika naik daripada station Murren, tanpa STP dan SHFC adalah chf 85.60 manakala jika naik daripada station Stechelberg adalah chf 108. 









Day 8 - Wengen


Dari Interlaken OST ke Wengen pula ambil masa 45 minit, dengan berhenti di Lauterbrunnen. Kita akan naik cogwheel train naik ke atas gunung.


Wengen juga is a car free village yang merupakan perkampungan atas gunung yang cantik. Jika musim salji dan salji yang cukup tebal, kita pun boleh bermain di playground di sini. 

Jika naik lagi tinggi anda boleh terus ke Jungfraujoch yang dikenali sebagai Top of Europe. Harga asal chf 176 jika tanpa STP dan SHFC.



Dibawah ini adalah gambar perjalanan kami menaiki bas dari Interlaken West ke Milan Italy dengan Flixbus. 











Jadual perjalanan ini memang tidak padat sebab kami sekeluarga suka 'menikmati' pemandangan tanpa tergesa-gesa, bukan jenis 'touch n go' untuk cover banyak tempat.
Lagipun kami suka masuk ke kedai-kedai untuk melihat barangan penduduk tempatan. Barulah konon-konon kita 'blend in' dengan tempat tersebut hehe. 

In conclusion, jika kita pandai merancang bajet dan perjalanan, InshaAllah percutian di Switzerland tidaklah semahal yang disangka. Walaupun mungkin terpaksa mengeluarkan bajet yang lebih sedikit untuk datang ke Switzerland berbanding ke negara lain, InshaAllah pemandangan yang menakjubkan di sini memang lebih daripada berbaloi berbanding duit yang dikeluarkan. 

Kita toleh ke kanan, ke kiri, depan, belakang subhanallah memang very spectacular view. Sebab tu ada yang menggelarkan Switzerland sebagai syurga dunia. 

Semoga dengan perjalanan ini menjadikan kita sebagai hamba Allah SWT yang lebih beriman dan beramal soleh. 
Pastinya syurga di akhirat jauh lebih cantik daripada syurga Switzerland ini.


Bye,
Mama Alya 













No comments:

Post a Comment