Sunday 7 September 2014

Penyusuan Susu Ibu : 5 sebab ibu tak boleh tolak!

Anda baru disahkan hamil? Atau sedang menanti kelahiran si comel yang telah lama dinanti-nantikan? So....sedang berkira-kira nak menyusukan sepenuhnya si comel atau campur susu tin.... Okay....terpulang kepada anda kerana walau apa jua keputusan yang diambil pastinya telah ditimbangtara dengan baik dan pastinya yang terbaik, kan?

Banyak entry saya berkaitan segala faedah penyusuan kepada si comel sebelum ini...kali ini jom kita tengok fakta - kenapa ibu-ibu patut menyusukan si comelnya - yang pastinya membuatkan anda bulat hati nak menyusukan so comel itu....

tips penyusuan susu ibu

Kembali kepada bentuk badan asal

Penyusuan susu ibu membantu anda membakar lemak yang tersimpan sewaktu hamil. ohhhh sungguh sensitif bab ini (kalau saya la..., anda pula?hehe) Penurunan berat badan lebih berjaya jika ibu turut mengamalkan senaman yang betul. Come on..to be honest...senang ke nak turunkan berat badan? Biasanya ibu hamil akan tambah berat sekitar 10 -15 kg.... pada saya memang mencabar jugak..maklumla....kalau dikira-kira berat baby baru lahir sekitar 2-4 kg sahaja..so selebihnya tu macamana ye? 

Mengecutkan rahim

Penyusuan susu ibu akan merembeskan hormon-hormon yang bertindak ke atas uterus (rahim),menyebabkannya mengecut dan kembali kepada saiz asal dengan lebih cepat. Selain itu, pengecutan ini juga menghalang pendarahan berlebihan selepas bersalin.

Melindungi kesihatan

Penyusuan susu ibu melindungi ibu daripada penyakit barah payudara dan barah ovari dan mengurangkan kemungkinan mendapat osteoporosis dan penyakit jantung. Tahukah anda bahawa kanser pangkal rahim me­nyebabkan kematian se­orang wanita setiap dua minit di seluruh dunia.

Dianggarkan 1,500 wanita negara ini disahkan mendapat kanser pangkal rahim setiap tahun. Sementara itu statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2008 menunjukkan kes kanser di kalangan wanita yang paling tinggi ialah kanser payudara (32.3%) diikuti dengan kanser kolorektal (10.4%), servik (8.5%), paru-paru (5.7%) dan ovari (5.4%). Manakala pada 2011, kanser paru-paru merupakan penyebab kematian kanser yang paling penting bagi seluruh kematian akibat kanser yang berlaku di semua hospital KKM di seluruh negara iaitu 17.5% diikuti oleh kanser payudara (10.2%) dan kolorektal (8.5%). 

Menjarakkan kehamilan

Penyusuan susu ibu melambatkan kedatangan haid dan ini boleh membantu ibu menjarakkan kehamilan secara semulajadi. Dengan merancang kehamilan pada jarak yang ideal (antara 2 hingga 5 tahun) maka akan mengurangi risiko nutritional deficiencies atau kurang gizi terutama kekurangan zat besi. Ini membantu mengurangkan risiko anemia akut (severa anemia) yang akan terjadi pada kehamilan yang akan meningkatkan risiko stress semasa mengandung. 

Mudah

Penyusuan susu ibu selesa, boleh diberikan kepada bayi di mana-mana sahaja ibu berada, pada bila-bila masa dan adalah percuma! Yayy!! Tidak kah ia memang sangat memudahkan kita?

Thanks for reading. Harapnya ia membantu anda membuat pilihan dan keputusan!


Sedang mencari-cari makanan tambahan untuk membantu penyusuan anda? 
Dapatkan Set Penyusuan Susu Ibu Shaklee hari ini untuk hasil terbaik!
Contact saya hari ini Zila 019 5592717 untuk harga berbaloi-baloi.

Dengan setiap pembelian vitamin dengan saya anda layak mendapat:-
- Jadual Makan Vitamin

- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive

- Peluang menjana income dengan Shaklee


Beli online terus pun senang jugak...hanya klik di bawah ini:



No comments:

Post a Comment