Bilakah kali terakhir anda bersenam atau melakukan aktiviti
fizikal? Petang semalam?Hmmm..tak ingat dah sebab hari-hari kerja balik lewat
petang..
Bukan senang juga kan untuk orang biasa-biasa terutama macam
saya ni nak melakukan aktiviti fizikal kalau dah lama tak buat. Dulu rumah
dekat dengan Bukit Larut dan Taman Tasik, jalan kaki pun sampai (mestilah jalan
kaki kan…konon bersenam hihi), tapi sekarang ambil masa 15 minit juga nak drive
ke sana (15 minit je kot), so berkira-kira la jugak nak keluar.
Walaupun memang
kita tahu bersenam atau beriadah dan seumpamanya ni memang sangat perlu untuk
kesihatan tubuh badan fizikal dan mental namun ada saja kekangannya. Senang
saja…ajak kawan-kawan, pasangan atau ahli keluarga join mesti kita rasa seronok
sikit..ada teman!
Okay bagaimana prinsip latihan fizikal atau bersenam yang sempurna
dan menyeronokkan?
- Ajak teman/pasangan. Kalau berjoging dengan boyfriend 5km pun rasa macam 500 meter je kan? Tidak tidak…jaga batasan ye..
- Latihan mestilah yang dianggap menyeronokkan!
- Program latihan hendaklah dilakukan sedikit demi sedikit… Contohnya hari ini start buat larian 5 km dulu, then esok sambung 10 km (what?? 10km….hahah)… supaya otot tak terkejut dan sakit badan satu malam yang boleh menjejaskan mood berlari esok petang!
- Aktiviti mestilah dilakukan dengan kerap atau berjadual. Biasanya 3 kali semingu, selama 20 hingga 30 minit,bergantung pada anda.
- Lakukan aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa. Tak selesa nak buat rock climbing? Tak perlu buat!
- Aktiviti perlu dimulakan dengan memanaskan badan dan diakhiri dengan menyejukkan badan. Semasa tempoh ini, pergerakan mengendur kumpulan-kumpulan otot harus dilakukan dengan lembut dan perlahan supaya peluang kecederaan dikurangkan.
- Sebaiknya tidak makan sebelum melakukan aktiviti.
- Minumlah air dengan banyak!
Manfaat latihan fizikal yang kerap telah pun diselidiki dan
dilaporkan sejak 200 tahun yang lalu. Salah satu manfaat utama adalah berupaya
mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan mengurangkan aras tekanan darah.
Senaman, apabila digabungkan dengan program pemakanan sihat membolehkan kita
menurunkan berat badan lebih cepat dan mengekalkannya.
Senaman areobik pula akan mempercepatkan
kadar aliran darah melalui salur-salur darah, dan mengubah lipid atau lemak
darah supaya ateroma dihalang dari terjadi atau mengecil.
Senaman juga dapat memberikan rasa ‘kesejahteraan’ yang
mungkin disebabkan hormon tertentu seperti endorphin yang dibebaskan ketika
bersenam, yang memberikan rasa khayal; atau kerana kita tidak akan memikirkan
sebarang masalah pada masa itu.
“Mereka yang menjadi tua bukanlah mereka yang kaya atau
mereka yang masyhur, atau mereka yang terlalu banyak makan ubat-ubatan, tetapi
mereka yang selalu bersenam; kerana si pemalas tidak pernah berpeluang untuk
mencapai umur lanjut.”
Thomas Easten, 1799
No comments:
Post a Comment