Untuk Tips Penyusuan Susu Ibu kali ini..soalan ini memang kadangkala bermain-main di fikiran para ibu..terutama ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata...termasuklah saya juga dulu.
Soalannya adalah - Adakah Bayi Kita Menyusu & Membesar Dengan Baik?
Kita mestilah ingin tahu sama ada bayi kita mendapat susu yang mencukupi atau tidak kan sebab ia sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan yang optimum.
Perasaan sebegini memanglah lumrah terutamanya jika kita tidak boleh menyukat
berapa banyak susu yang diminum oleh bayi pada setiap kali penyusuan. Teruskan membaca untuk mendapatkan kepastian bahawa bayi kita mendapat susu yang mencukupi.