Wednesday, 19 November 2014

Penyusuan Susu Ibu : Cukupkah baby kita minum susu?

Assalamualaikum semua...
Untuk Tips Penyusuan Susu Ibu kali ini..soalan ini memang kadangkala bermain-main di fikiran para ibu..terutama ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata...termasuklah saya juga dulu.

Soalannya adalah - Adakah Bayi Kita Menyusu & Membesar Dengan Baik?

susu badan


Kita mestilah ingin tahu sama ada bayi kita mendapat susu yang mencukupi atau tidak kan sebab ia sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan yang optimum.
Perasaan sebegini memanglah lumrah terutamanya jika kita tidak boleh menyukat
berapa banyak susu yang diminum oleh bayi pada setiap kali penyusuan. Teruskan membaca untuk mendapatkan kepastian bahawa bayi kita mendapat susu yang mencukupi.

1 Corak penyusuan
• Bayi sepatutnya berasa puas selama 1 hingga 2 jam di antara waktu menyusu.

2 Lampin basah
• Dalam sehari terdapat 6 hingga 8 lampin bayi yang benar-benar basah dengan air kencing berwarna kuning pucat.
• Bayi sepatutnya membuang air besar beberapa kali dalam sehari, sekali selepas menyusu pada beberapa minggu pertama. Dalam 4 minggu pertama, bayi sepatutnya membuang air besar 2 hingga 5 kali dengan najis yang lembut berwarna kekuningan.

3 Corak tidur
• Bayi tidur lena dan nampak sihat dan cerdas sewaktu berjaga.

4 Tumbesaran
• Setiap bayi membesar mengikut kadarnya sendiri. Sebagai panduan, berat badan bayi akan meningkat sekali ganda daripada berat lahir apabila berusia 5 bulan. Menjelang 12 bulan, berat badannya harus meningkat tiga kali ganda daripada berat lahir dan panjangnya 1 1/2 kali ganda daripada panjang lahir. Ibu-ibu yang melahirkan bayinya di hospital kerajaan (dan sesetengah hospital swasta) akan diberikan Carta Tumbesaran. 

Doktor akan menggunakan carta ini untuk memplotkan tumbesaran bayi. Akan tetapi, jika anda tidak mempunyai carta ini, minta doktor untuk menimbang berat badan dan mengukur kepanjangan bayi pada setiap kunjungan. Simpan rekod ini dan semak ukurannya
berpandukan carta di bawah.

cukupkah susu badan

Jika anda mendapati bayi anda tidak membesar dengan baik atau jika berat badannya menyusut, berbincanglah dengan doktor.

5 Diari penyusuan bayi
• Meskipun bayi tidak memerlukan jadual penyusuan, Diari Penyusuan Bayi mungkin dapat membantu jika anda mementingkan bagaimana bayi menyusu. Catatkan masa setiap kali bayi menyusu, berapa lama dia menyusu pada setiap payudara dan tandakan pada ruang ketiga setiap kali anda menukar lampinnya yang basah atau kotor. 

Mulakan dengan jadual yang baru pada setiap hari.
susu badan

Semoga entry ini membantu kita semua menjayakan Penyusuan Susu Ibu.
InsyaAllah

Anda pun ada Tips Penyusuan Susu Ibu yang sudi kongsi?
komen anda sangat dialu-alukan.

cukupkah susu badan




No comments:

Post a Comment