Mari kita berkongsi cerita dan tips tentang penggunaan kad kredit pula untuk kali ini. Entahlah lately suka nak share tentang kewangan ni sebab...sebab..sebab ape ye? Hehehe...mungkin sebab saya dan family sedang merancang untuk bercuti so sentiasa mengira-ngira wang yang tak berapa nak banyak tu...hehe..Dan mungkin dah akhir tahun..maksudnya kita kena revise kedudukan kewangan kita untuk perbelanjaan tahun datang..cewahhhh so futuristic!!
Okay siapa yang tak pernah ada kredit kad? Angkat tangan? Wahhh..bravo!!! Hmmm..nak kata kad kredit ni bagus ke tak bagus ke bergantung pada individu lah kan? Lain orang lain kemampuan dan cara pengurusan wang...so..pandai-pandai lah...kesimpulannya....hehe
Mari kita tengok adakah kita menggunakan kad kredit dengan bijak seperti yang dicadangkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ini:
- memastikan membayar sepenuhnya yang bertujuan untuk mengelak daripada dikenakan faedah.
- tidak menggunakan kad kredit jika tidak mampu membuat bayaran bulanan.
- menghadkan bilangan kad kredit. So anda ada berapa kad kredit?
- tidak sekali-kali menggunakan kad kredit untuk mendapatkan wang pendahuluan wang tunai dari mesin ATM. Ini kerana, setiap kali kita mengeluarkan wang menggunakan kad kredit, kita telah menambahkan lagi beban pinjaman, ditambah lagi dengan fi pendahuluan wang tunai dan faedah harian yang dikenakan!
- membayar sebelum tarikh akhir penyata untuk mengelak daripada membayar faedah dan caj bayaran lewat.
- sekiranya mempunyai masalah aliran tunai, kita hendaklah memastikan dapat membayar bayaran minimum dahulu diikuti dengan pembayaran penuh secepat mungkin.
- sentiasa menyemak penyata bulanan kad kredit.
Semoga dapat mengamalkan tips ini dan menguruskan kewangan dengan berhemah.
Bagaimana dengan anda?
Ada tips cara guna kad kredit untuk dikongsi?Jom share....
Ada tips cara guna kad kredit untuk dikongsi?Jom share....
No comments:
Post a Comment