Hari ni saya nak share tentang hal-hal kesuburan.. Pada saya ini hal yang agak sensitif untuk sesetengah orang yang masih belum dikurniakan cahaya mata ataupun mana-mana wanita mahupun lelaki yang mempunyai masalah kesuburan. Namun saya sendiri pernah mengalami masalah kesuburan kerana pernah mempunyai cyst di ovari, maka saya turut faham dengan perasaan anda.
Kita memang kadang-kadang tak faham macamana boleh sesetengah orang suka-suka saja tanya macam-macam hal :
- bila nak dapat anak, kan dah lama kahwin?
- bila kakak sulung nak dapat adik?
- memang plan nak anak tunggal ke?
- kenapa tak pregnant lagi?
- aduhhhh dan macam-macam lagi soalan cepumas yang ditanya..huhu
Dah macam-macam cara cuba untuk hamil namun tak membuahkan hasil lagi? Saya nasihatkan kita jangan berhenti mencuba....cubalah selagi berdaya...
Mari kita tengok apa kata Pakar sakit puan ternama negara kita, Prof. Dr. Hamid Arshat tentang pengambilan suplemen untuk cuba hamil...
Beliau menasihatkan untuk mengambil suplemen seperti multivitamin, vitamin E, vitamin C dan asid folik untuk mencuba hamil. Saya percaya bukan Dr. Hamid Arshat saja yang cadangkan pengambilan suplemen ini malah semua pakar sakit puan mahupun doktor perubatan biasa. My gynae also suggest the same!
Bagaimana pula dengan anda?
Jom baca lebih lanjut tentang CARA UNTUK TINGKATKAN KESUBURAN di SINI dan MASALAH KESUBURAN LELAKI di SINI.
Insya Allah kita mesti lah berbaik sangka dengan Allah SWT. Teruskan berusaha dan berdoa. Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang akan mengabulkan doa kita.
Thanks for reading!
No comments:
Post a Comment