Thursday, 9 October 2014

Madu menurunkan gula pesakit kencing manis?

Madu ialah kombinasi pelbagai gula dan mengandungi jenis gula yang jarang didapati dikenali sebagai levulose. Kelebihannya ia mampu menyerap perlahan-lahan sehingga ia tidak mempunyai kesan kejutan sebagaimana gula yang lain. Gula yang lain adalah sukar dikendalikan oleh orang-orang yang mengandungi kandungan gula yang tinggi atau rendah dalam darah. Seorang doktor perubatan, yang juga pakar dalam terapi madu, mencadangkan kemungkinan menggunakan madu untuk merawat orang yang menderita kencing manis!
kebaikan madu untuk kesihatan

Dr. A.Y. Davidor dari Russia mendapati bahawa madu adalah pengganti gula yang baik untuk gula dalam kencing manis. Salah seorang pesakitnya menggunakan 1 paun madu dalam tempoh 10 hari tanpa peningkatan gula dalam air kencing. Apabila pemberian madu dihentikan, kandungan gula terus meningkat semula. Dengan 4 sudu the madu setiap hari, kandungan gula menurun. Beliau melaporkan 6 lagi kejadian di mana madu memberikan kesan yang bermanfaat kepada pesakit kencing manis. 

Dr. L.R Emerick dari Eaton, Ohio, seorang pakar perubatan menggunakan madu dalam pemakanan untuk lebih daripada 250 orang pesakit kencing manis dan juga turut berjaya menurunkan paras gula.

Walau bagaimanapun jika anda adalah pesakit kencing manis anda dinasihatkan untuk menggunakan madu dengan nasihat doktor yang merawat anda.

Sumber : Makanan Penawar Yang Menakjubkan oleh Rex Adams

Semoga bermanfaat!


                    

No comments:

Post a Comment