Tuesday, 21 October 2014

Day 2 : Part 2 : Melawat Ho Chi Minh City

Day 2 : Part 2 

Selepas lunch Satay House di tengah bandar, then kami pun dibawa ke Kedai Kain Haji Basiroh. Memang cakap melayu la diorang ni rupanya....memang target Malaysian. Dah yang barang-barang dijual tu..telekung...tudung...kain-kain pasang...baju melayu...dah tak kan lah orang vietnam nak pakai ni semua....diorang bukannya Muslim..so senyum la diorang tengok Malaysian masuk kedai..heheh... Tak lama pun singgah kedai tu sebab nak pergi tempat lain...okaylah sempat beli dress anak Rm 20...layanlah....

Next destination is War Remnants Museum.


                                              War remnants museum




Muzium ini terletak di District 3 Ho Chi Minh City. Ia sebagai salah satu tanda peringatan perang iaitu Perang Vietnam dan dibuka kali pertama oleh Kerajaan Vietnam pada 1975 sebelum diubahsuai dan namanya beberapa kali.

Muzium ni terbahagi kepada beberapa bahagian. Ada bahagian pameran foto-foto semasa Perang Vietnam, ada bilik untuk hasil kerja seni kanak-kanak, ada hasil tinggalan perang yang digunakan oleh mereka semasa perang seperti basikal, bom dan banyak lagi.  


Ingatkan masuk muzium ni macam biasa je macam muzium yang pernah masuk sebelum ni...tapi berbeza. Memang tersentuh hati lah tengok foto-foto zaman Perang Vietnam tu...semua orang dalam muzium tu memang diam je..senyap sunyi....bayangkan foto kanak-kanak, bayi semasa perang...ibu mengandung.....tak ke memang sedih..huhu...teringat anak kat rumah..huwaaaaaaa.....


Ehem2...okay...


Yang teruknya kesan Perang Vietnam ni sebab Agen Orange iaitu sejenis bahan kimia yang digunakan oleh tentera Amerika ke atas penduduk Vietnam. Sebelum ni saya hanya tahu tentang bom atom yang digugurkan oleh tentera Amerika ke atas Hiroshima dan Nagasaki saja...yang menyebabkan pelbagai kesan termasuklah yang sangat menakutkan iaitu mutasi sel. Rupa-rupanya di Vietnam pun sama jugak..tentera Amerika menyebarkan Agen Orange atau dioksin yang turut akan menyebabkan mutasi sel selain penyakit kulit dan pelbagai jenis kanser yang kesannya memang ada sehingga hari ini. (ke..saya je yang tak tahu tentang ni?orang lain semua tahu ek?huhu)


Sebab itulah jika anda berjalan-jalan di sekitar bandar ini akan nampak orang cacat seperi kurang jari, kudung kaki dan tangan.....inilah puncanya iaitu Agen Orange. Huh....memang Amerika lah kan....sanggup buat apa saja asalkan mereka dapat apa yang mereka nak..hah tetiba emosional..eee..memang teringat kat penduduk Palestin..macamana lah keadaan mereka kan..memang dahsyat la kesan perang....memusnahkan segala-galanya....hanya mereka saja yang tahu....namun seboleh-bolehnya kita pun mesti bantu mereka dan salah satunya yang paling saya suka BOIKOT BARANGAN ISRAEL!! Contoh McD!! Yayyy dah lama tak makan...puas ati...


Okay2...back to Perang Vietnam info.....


Perang Vietnam tu berlaku antara 1957 dan 1975... Kiranya baru je la habis kan? Now baru 2014... Ia juga dikenali sebagai Perang Indochina Kedua. Dua kubu yang berperang adalah Republik Vietnam (Vietnam Selatan) dan Republik Demokratik Vietnam (Vietnam Utara). Amerika Serikat, Korea Selatan, Thailand, Australia, Selandia Baru dan Filipina bersekutu dengan Vietnam Selatan, manakala Uni Soviet dan Tiongkok mendukung Vietnam Utara yang berideologi komunis.



Jumlah korban lebih dari 280 000 jiwa di pihak Vietnam Selatan dan lebih dari 1 juta jiwa di pihak Vietnam Utara. So di War Remnants Museum inilah yang menceritakan segalanya.


war remnants museum
Keadaan di dalam muzium
war remnants museum
Kanak-kanak ini berlari apabila bom dijatuhkan di kampung mereka, Yang menyentuh hati...kanak-kanak perempuan tanpa baju itu telah tua dan masih hidup hingga kini dan kita boleh melwatnya jika mahu di sebuah kampung.
Foto ini menang award..tapi tak ingat award apa...







Setelah selesai meneroka muzium ni..sedih-sedih tengok mangsa perang..marah-marah kat Amerika bagai...kat luar tu ada jualan sovenir oleh kanak-kanak dan mangsa Agen Orange Perang Vietnam..Alahaaiiiii tak kan lah tak beli kan? membeli sambil membantu mereka.....murah je...boleh bayar RM ye..no worriessss....Cute jugak sovenir buat sendiri..ada yang dari manik...tak sempat nak capture gambar

Saya beli Olaf Frozen untuk anak kat rumah dengan keychain manik-manik cantik! Tapi balik rumah ni entah mana tah keychain tu...hehe..

So instead of shopping..shopping..and shopping..datanglah ke War Remnants Museum ni...boleh buka mata dan minda tengok keadaan negara orang..pada saya barulah itu lebih bermakna dapat learn something....bukan sekadar seronok-seronok suka-suka...habis duit...but we get 'something' from the places we go. That's why lah Vietnam ni baru buka pintu ke negara-negara luar sebab mereka dah rasa teruknya kesan peperangan yang dahsyat tu. Nak kata Malaysia tak teruk perang dulu pun tak jugak...tapi rasanya tak adalah sampai dapat kanser sel..mutasi semua tu sampai hari ni kan? And kalau kita tengok rakyat Vietnam memang rajin dan berusaha pelbagai cara untuk mencari wang..macam-macam mereka buat untuk survive. So apakah moral nya disitu?

p/s: Recreation must come with re-creation you!

No comments:

Post a Comment