Friday, 31 October 2014

Day 3 : Part 1 : Melawat Ho Chi Minh City

Day 3 : Part 1 
Mekong Cruise

Seawal 7.30 pagi selepas breakfast seperti semalam, kami semua berkumpul di depan hotel menunggu tourist guide kami Dominic untuk membawa kami ke Mekong River. 
Jap nak posing untuk Day 3 trip....heheh


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam..fuhhh jauh jugak rupanya....dan dalam perjalanan yang panjang tu kita akan tengok pemandangan macam di utara semenanjung Malaysia...sebab sawah padi terbentang luas. Ada lembu kerbau...heheh..iyalahhh Asia Tenggara kan...macam ni lah keadaannya lebih kurang saja....kereta memang tak banyak macam di Malaysia lah sebab kat sini Dominic cakap nak beli kereta atau motor kena bayar cash. Tiada istilah hutang ye...loan bank? Oh enggak ada dong!! Ha....sebab itulah rakyatnya hanya mampu beli motor saja...sesiapa yang beli kereta tu kiranya orang kaya lah kiranya di sini.. So kalau kita duduk di Vietnam macamana? Mampu tak beli kereta dengan tunai based on duit makan gaji tu?*huhuhu...nangis jap*


Pemandangan bandar Ho Chi Minh yang majoriti bermotosikal
Dalam perjalanan ke Mekong River tu..kami sempat singgah di kawasan R&R tapi tak sure + tak ingat dah apa namanya... R&R ni sama jugak la macam tempat kita di highway tu cumanya pemandangan dan lansdskap nya cantik. Sangat sesuai untuk berposing dengan teman-teman ye hehe...


Yang kanan sekali pegang budak tu ialah Dominic tour guide kami
Baik-baik diri atas batang pokok tu nanti silap haribulan tak balance berendam lah dalam air bawah tu
Errrr....berapa dah duit u habis kat sini ye....hahahah
Cantik je view rumah papan ni...sekali toilet daaaa......
Di sini pun ada menjual sovenir untuk dibeli..tapi biasalah tempat-tempat macam ni mahal sikit berbanding di luar. My tips : beli saja sovenir di Bent Thant Night Market tak pun di jeti Mekong River nanti..memang murah. 6 keping sovenir contoh macam fridge magnet and keychain dapat RM 10. Tu paling murah saya jumpa...okayla tu untuk kenangan bagi pada keluarga dan kawan-kawan balik Malaysia nanti. Tak beli apa-apa untuk mereka? Fuhhh habis bajet la tu ye..hehhe

Lebih kurang 40 minit lepas tu kita pun akan sampai ke jeti Mekong River. Okay ini buktinya dah sampai...Hahah..tolong la....



Kita akan naik motorboat ke Thoi Son Islet. Lebih kurang 20 minit saja ke situ. Apabila sampai ke pulau tu akan terbau-bau kelapa yang banyak..sebab terdapat pemprosesan gula-gula kelapa. Pernah kan makan coconut candy terutama masa zaman kecik-kecik makan dengan kertas pembungkus yang transparent tu...yang prawn candy tu. So lebih kurang yang tu lah kat sini....cuma yang bezanya sini ada beberapa flavour..coconut+choc, coconut+kacang, coconut+pandan dan coconut original dan yang lain-lain tak ingat.


Pemprosesan membuat coconut candy
Packing candy
Nak jugak tunjuk bakat...

Selain tu disini penduduknya turut mengusahakan madu dengan menternak lebah. So bolehlah membeli madu 1 botol harganya RM 15 sahaja. Kita pun akan dilayan dengan minuman teh madu yang menyegarkan oleh perempuan-perempuan tempatan yang comey-comey hihi...lagi satu yang kami perasan susah nak jumpa perempuan yang berambut pendek...semuanya menjaga rambut mereka cantik je panjang mengurai. Then lepas berjalan-jalan sekitar gerai-gerai disitu kita akan dijamu pula dengan buah-buahan tempatan di sini sambil menyaksikan persembahan menarik. Yang best nya mereka nyanyi lagu Rasa Sayang...hey rasa sayang sayang hey...hey lihat nona jauh rasa sayang sayang hey.... get it? Hahaha..... 

Kat sini saya sempat beg buatan tempatan yang memang murah RM 15 saya dapat. Cantik! dan dress anak saya RM 20...pun cantik dan kat tempat-tempat lain saya tak jumpa dah lepas tu...rugi pulak rasanya tak beli beg tu banyak-banyak mesti kawan-kawan saya pun nak sebab murah... yang pasti kena tawar-menawar tau.
Madu. lebah peliharaan
Kita minum dulu!!!

Banyak gerai-gerai peniaga disini termasuklah durian!!
Buah-buahan tempatan yang sama seperti tempat kita
Persembahan oleh orang-orang tempatan

Lama jugak berjalan di sekitar pulau ni.. then kami pun nak balik ke jeti..so naiklah sampan tradisional ni...haaa ni la yang paling femes tentang Mekong Cruise ni...nampak tak yang paling depan tu lah pendayung kami...memang kuat lagi walaupun dah usia lanjut...Sepanjang menyusur Sungai Mekong ni kami sempat jugak terjumpa beberapa bot pelancong dari Malaysia jugak...Seronok naik sampan ni sambil menikmati pemandangan pokok-pokok baya bakau dan kelapa..memang macam kampung kat Malaysia! Yang tambah menarik dengan gaya pendayung-pendayung Vietnam yang mendayung dengan laju walaupun sungai ni muat-muat 2 sampan je tapi boleh pulak memotong. Kami pulak kecut perut..heheh.....

Bukan senang nak mencari rezeki kalau dibandingkan dengan kita ni...tambah-tambah yang makan gaji kan. Kalau kat sini mereka terpaksa la berdayung banyak trip pergi balik baru boleh dapat income lebih sikit. Bergantung jugak pada tips yang pelancong bagi. Saya tengok makcik pakcik tua-tua lah yang kesiannya..Iyalah yang muda-mudi mesti tak duduk kampung sini dah...pergi Saigon banyak peluang kerja sikit. Perkara-perkara macam ni lah sepatutnya boleh mengajak kita berfikir dan bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Allah bagi selama ini, kan? Bukan sekadar berjalan makan angin saja...ia seharusnya lebih mendekatkan diri kita dengan Allah swt. Insya Allah
Menyusur Mekong




Next : Day 3 Part 2


No comments:

Post a Comment