Harini saya nak share tentang gila meroyan dengan anda semua...
Saya teringat pertama kali saya dengar perkataan ini semasa tingkatan 3..kawan saya cakap maknya gila meroyan..sebab baru lepas melahirkan adiknya.. Saya pelik jugak..boleh gila ke sebab bersalin? Kasihan kawan saya tu..adik beradiknya ramai...semua kerja ayahnya yang tolong buat...Hmmm.. sekarang apabila dah meningkat dewasa barulah saya faham tentang gila meroyan ni macamana..
Apakah gila meroyan?
Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.
Sebagai bakal ibu, kita seharusnya
mempelajari dan memahami tenggungjawab dan peranan yang akan dipikul.
Pelajarilah sebanyak mungkin ilmu sama ada daripada rakan-rakan, ibu bapa,
majalah keibubapaan, seminar dan pelbagai lagi.
Dapatkan
bantuan suami
Suami semestinya insan yang paling rapat
dengan kita kan?... Maka mintalah bantuan darinya terutama semasa dalam
berpantang. Alhamdulillah suami saya sangat membantu saya menjaga anak kami
Alya..kadang-kadang risau jugak tak nak menyusahkan dia..tapi tak mengapalah…bukan
selalu pun kan? Untuk kepentingan dan kesejahteraan bersama.
Dapatkan
pembantu rumah
Sekiranya anda berkemampuan apa salahnya
dapatkan pembantu rumah untuk membantu melakukan kerja-kerja rumah dan menjaga
bayi.. setidak-tidaknya dapat mengurangkan kerja sedia ada..Kalau saya sendiri
lah memang tak boleh tengok rumah bersepah…serabut kepala rasanya…tambah-tambah
bila dalam pantang kan? Ehhh..saya berpantang di rumah mak so tak perluah
pembantu rumah..Heheh… Anda bagaimana?
Rehat
yang cukup!
Dalam proses berpantang lah yang perlu
rehat cukup. Apabila baby tu tidur…kita pun tidurlah ye…sebab nanti baby bangun
tak kan pulak kita nak tidur..eh..eh…. ada jugak kadang-kadang terlelap..hehe…
Kita boleh berjalan-jalan sekitar rumah untuk menghirup udara yang segar…tengok
persekitaran yang menghijau pastinya hati pun tenang.. Insya Allah dapat
elakkan meroyan.
Diet
seimbang
Pemakanan semasa berpantang turut
dipengaruhi oleh faktor keluarga..terutamanya ibu/ibu mertua yang membantu
menjaga kita. Ada sesetengah orang yang tak boleh makan ayam lah, makan
sayur-sayuran dan macam-macam lagi pantang-larang. Apa yang penting pemakanan
mestilah berkhasiat kerana makanan itulah yang akan membekalkan tenaga untuk
kita. Kalau tak bertenaga dan letih bagaimana nak menjaga baby kan? Selain itu suplemen pun Insya Allah membantu. Contohnya vitamin B-complex terbukti dapat membantu melawan simptom dan punca masalah kemurungan dan tekanan.
Lakukan
senaman ringan
Contohnya regangan dan berjalan-jalan
pastinya menjadikan badan kita lebih cergas dan bertenaga. Kalau asyik
terbaring atas katil sepanjang hari 44 hari berpantang..memang sangat tak
patut..tak patut..tak patut…Jangan pula jalan laju-laju nanti tersadung apa-apa
orang-orang tua cakap boleh kena bentan tu. Jangan! Nanti stress punca meroyan!
So..berhati-hati ya.
Realistik
Jangan harapkan kesempurnaan sebagai
seorang ibu. Tiada orang pun yang sempurna di dunia ni…termasuklah kita. Jangan
rasa terbeban dengan hal-hal penjagaan baby terutama untuk ibu yang pertama
kali melahirkan. Tenanglah sentiasa..Bersikap dan berpandangan positif…Yang
penting kita nikmatilah pengalaman baru ini dengan sebaiknya….Insya Allah
Semoga info tentang gila meroyan kali ini membantu kita menambah ilmu.
Thanks for reading!
May Allah bless all of u!
8.
No comments:
Post a Comment