Saturday, 18 October 2014

Tips Berhenti Merokok Berkesan dari Dr. D. M. Viskers

Tak nak merokok lagi dah? Alhamdulillah baguslah..merokok tu salah satu perbuatan yang sia-sia dan sangat membahayakan kesihatan perokok dan orang sekeliling. Semua orang maklum akan hal ini..tapi mengapa ye mereka tetap merokok? Entahlah..hanya perokok saja yang tahu…Bukan senang sebenarnya nak berhenti merokok...kita orang yang tak merokok ni tak faham..yang faham hanya mereka saja (so motivational kan? hehe)

merokok membahayakan kesihatan

Okaylah untuk anda yang merokok dan benar-benar bersedia untuk berhenti merokok, saya telah terbaca Dr. D.M Vickers mengemukakan satu kaedah terbaik. Kaedah ini di bahagikan kepada 3 tahap dan hanya mengambil masa 3 bulan.

1) tahap persediaan

Pada tahap persediaan ini, anda telah benar-benar bersedia dan bertekad untuk berhenti merokok. Langkah-langkah ini patut dilakukan:
- senaraikan semua kesan negative dan bahaya akibat rokok.
-meyakini bahawa semua bahaya akibat merokok benar-benar mengancam nyawa setiap perokok tanpa pengecualian.
-tentukan tarikh sebenarnya anda akan muali berhenti secara total.
-senaraikan segala keuntungan dan kebaikan yang diperoleh apabila berhenti merokok.

2) tahap berhenti beransur-ansur

Setelah melepasi tahap persediaan, maka mulakan tahap kedua:
- mulai hari pertama, tundalah rokok pertama hari itu selama 15 minit, lalu ditambah lagi 15 minit pada hari kedua dan seterusnya.
- apabila timbul rasa nak merokok, jangan terus capai rokok, tapi buatlah perkara lain seperti makan, minum atau berbual-bual dengan rakan.
- matikan api rokok setelah rokok habis dihisap setengah batang.
-setelah habis makan, jauhkan rokok dari anda dengan bermain-main dengan anak atau menggosok gigi.
-simpan rokok ditempat yang sukar dilihat dan mudah dilupakan.
-pilih tempat awak yang dilarang merokok sekiranya anda berjalan-jalan.
-banyakkan beriadah dan berekreasi.
-dapatkan sokongan moral daripada orang yang tidak merokok dan yang sedang berjuang seperti anda untuk berhenti merokok.  

3) tahap berhenti total

Tahap ini paling mencabar. Kuatkan semangat dalam melawan cabaran dan dugaan sebagai bekas perokok. Pada hari ke-90 dan seterusnya ambil langkah-langkah berikut:

-buang semua baki rokok yang ada dan juga benda-benda yang bersangkutan seperti bekas habuk rokok, paip, bekas tembakau, gunting dan cengkih.
-jauhilah makanan, minuman atau gula-gula yang biasa anda makan atau minum semasa merokok.
-sibukkan diri dengan pelbagai kegiatan sama ada di rumah ataupun di tempat kerja.
-apabila timbul keinginan untuk merokok, tarik nafas dalam-dalam beberapa kali, nyalakan api kemudian tiup perlahan-lahan. Bangun dan cepat-cepat sibukkan diri.
-hindari teman-teman yang masih merokok. Jangan terpedaya dengan pelawaan orang lain meskipun hanya sebatang rokok.

Biasanya tiga atau empat hari setelah berhenti merokok, darah akan bersih daripada nikotin. Apabila nikotin tiada, maka ketagihan fisiologi akan hilang, tetapi ketagihan psikologi masih ada. Hati-hatilah agar usaha anda tidak sia-sia. Anda mungkin akan mengalami mulut masam, resah, cepat marah, perubahan dalam kebiasaan membuang air besar dan sebagainya. Namun gejala ini hanya sementara. Yang penting ialah sekarang anda mesti terus tetap berkemahuan tinggi untuk membebaskan diri daripada merokok.


Suplemen juga insyaAllah pasti membantu anda membebaskan diri daripada merokok. Nak tak saya syorkan anda dengan suplemen berhenti merokok yang telah berjaya membebaskan ramai perokok tegar di luar sana?

tips berhenti merokok

Suplemen berhenti merokok Shaklee terdiri daripada:
1) B complex
2) Vita-E complex
3) Vita-lea
4) Vita-C

ATAU

anda boleh pilih Vivix.

suplemen untuk berhenti merokok

Jom tengok pengalaman mereka yang berjaya dengan Set berhenti merokok Shaklee di Testimoni berhenti merokok Shaklee.

Untuk pertanyaan lanjut, call/sms/whatsapp Zila 019 5592717

Semoga bermanfaat semua. InsyaAllah.
Berdoa dan berusahalah.





No comments:

Post a Comment